Friday, April 29, 2011

kids have their own taste kan..



This is not a new bag. Dah lama tak pakai sebab tersimpan dlm gerobok. Luar dari pandangan mata. I beli bag ni tahun 2005 kot..guna duit bonus hehe. Dulu kat The weld ada butik Guess but now dah close down. Time kerja tempat lama dulu The weld jadi tempat lunch hari2 so selalu singgah cuci mata tengok handbags/purse kat guess butik ni.
Suka bag over sized gini sebab boleh isi macam-macam. Nayli kecik lagi that time so nak kemana-mana semua barang dia sumbat dalam bag tu..baju spare, diapers, susu segala maknenek lah. Walaupun bag ni tak sampai pun rm400 tapi to me masa tu rasa mahal sangat dah.
Since lama tak pakai so i pakai masa keluar dengan my kids the other day. Sambil jalan2 I casually sembang ngan nayli..nayli: dah lamakan mommy tak pakai bag ni.. (she memang observant) me: a’ah..nanti bag ni kakak ambik lah pakai bawak gi kolej ek (haha mommy dia berangan lelebih padahal anak baru darjah satu!..sembang kosong anak beranak jer) ..mommy simpan utk kakak.

Tahu dia jawab apa? Tapi (tiba2 tapi...) kakak tak suka bag ni ada besi-besi camtu...opps! ok mommy lupa...anak mommy has own taste! huhuhu

Kesimpulannya apa yang kita suka tak semestinya anak kita suka. Dulu kecik2 pakaikan baju apa pun tak per..skang dah besar ada baju favourite sendiri. Kasut pun camtu dulu ikut suka mommy dia nak pakai yang reben besor, kaler shocking pink ke..
Skang don’t ever main beli ajer..confirm kalau tak berkenan dia tak pakai. Nak yang bertumit bagai..alahai cik mek sorang ni..

Kalau boy pulak nak bergaya pakai jeans jer..jacket..nak pakai gel rambut kasi pacak. Kalau mommy dia yang sikat sah-sah kena belah tepi jer.. haha..
Kids nowadays..so mak bapak kena main peranan lah yer. Boleh jer ikut kemahuan anak-anak tapi berpada lah.

Happy weekend uols. Nak rehat. Dah la setiap petang meredah traffic jam, KL kan hujan petang jer seminggu ni. Penatnya rasa.

Wednesday, April 27, 2011

Dinner @ rawsha

Last Sunday bawak kiddos pusing-pusing klcc. Itu pun dah lambat keluar, lepas asar tunggu hujan reda sikit. Nak tengok movie tp terlupa bawak tiket free hasil hadiah yang husband dapat masa main golf the day before. Kalau tak silap ada 6 keping tiket TGV. Since tak bawak malaslah pulak nak beratur beli tiket. Maybe postpone tengok this weekend kot.

Jalan-jalan sambil mencari kasut flat utk nayli tapi tuan empunya diri tak berkenan so pusing-pusing sampai penat kaki. Tak per la kakak nanti kita cari kat cotton on aje..selalu pun beli flat shoes dia kat situ aje. Murah pun murah.

Perut dah lapar. Pikir-pikir nak makan apa? Sempat round sekali kat tingkat atas ada thai food, japanese food, vietnamese, local food pun ada kat madam kwan tapi macam tak rasa nak makan semua tu. So I suggest keluar aje klcc dan try arab food kat kg pandan. Memang on the way balik pun. Semua ok maka bergeraklah kami ke rawsha kg pandan. First time ke sini. Sebelum ni pernah try rawsha behind jalan ampang sana. Tak sure sekarang masih ada lagi tak kat sana. Sampai2 jer tengok banyaknya kereta tapi masih ada tempat parking sebab kawasannya besar. Teruja tengok kedai tu ala-ala castle. Bangunan baru mestilah cantik, bersih. Masa sampai tu almost maghrib. Jangan risau ada surau disediakan. Ada orang azan maghrib lagi.

We all order chicken mandy, kebab kambing dan seteko mint tea. Portion makanan arab memang banyak so tak payah order banyak2. Kenyang perut senang hati..pastu beransur gerak balik rumah.. ;)

budak 'kembar'


Tuesday, April 26, 2011

My cik mek molek..

Hari ni nak cerita pasal cik mek nayli. Semalam dia demam tapi pergi sekolah jugak sebab ada ujian jawi. Balik semalam dia cakap after jawab ujian dia tidur..poor her. Malam tadi pun still demam. I told her tak payah pergi sekolah hari ni..rehat kat rumah. Tapi she insist nak pergi jugak..maybe sebab hari ni ada her favourite subject muzik dan pendidikan seni visual (kalau zaman dulu kelas lukisan lah) Cikgu pesan suruh bawak tin yang dibalut kertas, tu lagi lah dia eksaited to go to school. I dah get ready tin tu malam tadi masa semua sedang nyenyak tidur. Prepared just in case nayli nak bawak today. Kan betul..dia nak pergi jugak sekolah hari ni.

Cik mek kecik tuek ni sangat sensitive orangnya..kalau ada family member ramai2 kat rumah dan if i just ignore her mula lah dia buat perangai..time tu menguji kesabaran mommy dia. Miss windy pun dia lah. Sometime kalau time dia nak bercerita..we all kamcing habis. Masa ni tanya lah apa jer pun dia akan bercerita. Tapi kalau dia tengah bad mood, don’t disturb.

Kalau stail makan, dia ikut husband..kari pun boleh hirup macam sup. Pinggan licin habis senang nak basuh. Suka lauk sayur kuah putih exactly macam her daddy. Kalau bab kemas2 tu husband cakap dia macam i skit.. tak suka tengok barang sepah2. Kalau comforter tempat dia baring sambil tengok tv tu mesti kemas tak boleh crumple2. Kalau wayar phone changer, laptop charger bersepah2 dia akan gulung letak setempat. Pastu kalau dia pakai bantal satu tu..yang tu lah dia akan pakai tak tukar dah. So loyal dia ni (hopefully)
Kalau bakul sampah penuh kat my room or tempat tengok tv..dia akan buang tak payah suruh...siap tukarkan plastic sampah baru. Yang tu memang baguih.

Kalau demam ke batuk ke..makan ubat paling dia tak suka. Macam nak perang! Dari kecik lagi..semalam dia tanya ada tak ubat demam pil untuk budak2. I cakap ada tapi kena beli kat farmasi. Kalau pil senang skit nak makan. Petang nanti kena singgah beli cortal or penadol for kid, standby kot2 demam lagi.

Dari kecik dia ni ada ekzema (kulit sensitive) so lotion mesti ada jer standby. Kalau panas2 dia cepat berpeluh dan kulit cepat gatal/kering especially kat pergelangan tangan, siku, belakang lutut, tengkuk. I was informed eczema ni susah nak baik. On and off akan ada sokmo. Skang ni kat muka dia macam ada panau/white spots. Pity nayli. Agaknya balik sekolah panas berpeluh2 plus pulak kulit yang very the sensitive so senanglah fungus nak singgah. This weekend I akan bawak dia jumpa specialist kulit kat sjmc. Mintak2 cepatlah baik. Kalau tempat lain ok lagi ni muka memanglah tempat yang sensitive.

Hai kakak oh kakak..bila lah nak besar sikit badan ni. Makan banyak pun still kecik jer size badan. Dengan adik dia same size jer..orang ingat macam kembar padahal beza dua tahun. Orang kata badan kecik pun tak per asalkan dia active tak sakit apa2. Alhamdulillah she is an active girl. Belajar pun ok..nak kata pandai sangat2 tak jugak tapi Alhamdulillah she’s in the first class after buat ujian darjah satu early this year..keep up the good work ya kakak. Sebab dia kecik sangat so bila tengok dia bawak beg besar ke sekolah macam kesian pulak..cepatlah besar sikit ya dear.

Anyway kakak..mommy nak wish selamat hari jadi for you dear tomorrow..27th April 2011. Genaplah usia nayli 7 tahun tapi macam baru sangat rasa mommy melahirkan mu kat labour room hospital sultanah nur zahirah. You always be my baby..mommy doakan yang baik-baik saja untuk kakak. amin.

jeruk pauh..

tau ke pauh tu apa?orang terengganu panggil mangga.. pauh. mangga yang kecik2, masam dan crunchy tu..
my mak mertua rajin buatkan jeruk. nak hilangkan masam kena rendam dengan air garam dulu. pastu masak air gula. then ai pun tak tanya apa kena buat seterusnya...hiks..

hari2 balik kerja ai makan ni..tengok tu dah nak habis. dalam kereta on the way back home dah teringat2 kerangupan jeruk pauh ni..sampai2 jer ai ngap-ngap ni depan tv. pastu baru boleh buat kerja lain..
skang dah habis baru senang hati..heheh

chill from icebox..
hmmm..

Monday, April 25, 2011

hitam si tompok manis..

wiken lepas ai masak nasi ayam. saja cakap kat nayli ajak dia tolong ai kat dapur. Sekali nayli cakap..‘mommy tahu ker masak nasik ayam?’ ..oh underestimate mommy ek!!

mesti kakak suka punya sebab mommy masak nasi ayam tu dengan penuh kasih sayang.

nak tengok my nasi ayam?

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+ --------------------------------->


ini namanya ayam hitam si tompok manis. hitam-hitam pun sodap...(eh angkat bakul plak..)

nasib baik nayli & umair suka. cik abe ai pun kata sodap..siap suruh buat weekly. hah!? alamak...

kebetulan plak my adik ipar datang rumah, rezeki dorang makan nasik ayam hitam si tompok manis...


ini hidangan untuk tuan puteri nayli..mommy siap 'mangkukkan' (perkataan baru) nasi macam kat kedai.. :D

Wednesday, April 20, 2011

a short note

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni, I'm not feeling so well.

See you.. :)

Friday, April 15, 2011

Hello! Nayli in da house...

Hari ni nayli nak buat nail buffing untuk mommy nayli, Kesian mommy penat kerja kat office. Daddy ajak mommy buat kat salon tapi mommy tak nak so daddy belikan benda untuk gosok kuku tu. Nayli tak tahu apa orang panggil benda tu. Yang daddy beli elok cepat jer kuku jadi kilat. Mommy pun pernah beli benda tu kat farmasi. Sekali dua aje pakai dah jadi rosak. Tak berkilat pun.

Senang jer buat nail buffing ni..kena rajin gosok-gosok sampai kuku berkilat. Nayli pun buat kat kuku nayli. Kalau kat salon diaorang letak krim nak kasi kuku tu lagi kilat tapi buat kat rumah tak ada krim. Tak payah pakai krim pun kuku jadi kilat bersih jugak.




kilat kan! ;D

Thursday, April 14, 2011

Dinner date..

Dah lama tak bertenet sambil makan2. Last week, one fine evening after kerja, we dropped by empire subang (ya..always be my fave place)
My husband cakap dia lapar sangat sebab tak ambik lunch. Dah banyak kali I inform dia jgn skip lunch sebab he tend to eat more masa dinner. I plak jenis yang lunch mesti nak nasik..kalau tak, pukul 3 ahkak dah kebulur, pastu masuk angin, pastu pening2, pastu semua benda tak kena..dah tahu camtu baik makan nasik kenyang2. Kalau ambik heavy breakfirst boleh ler consider light2 lunch tapi kena tapau pisang goreng ke..roti ke untuk dingap-ngap sambil kerja..teruk kan.

Masa dating hari tu I tak kebulur sangat so order nachos share berdua. Itu pun dah kenyang. My husband kan lapo so dia order lagi ayam+rib set. Ada nasik, jagung rebus, kacang pool bagai..haa! senak perut nak menghabiskan.



Sambil2 makan tu sempat lah bertukar2 cerita..pasal kerja...isu semasa, luahan perasaan blablabla. Masa ni lah nak berdiskusi, merapatkan hubungan sesama..berjanji setia..cewah..
Kat rumah bukan tak boleh sembang tapi saja cari suasana berlainan sambil santai makan-makan gitu..bila dating tak semestinya kena gi tempat khelas-khelas, mahal-mahal, must have a fine dinner. Ikut kemampuan..even kedai mamak pun kitaorang selalu lepak. Entahlah..to me spending time bersembang together sangat fenting. Lain orang lain pendapat. Lain couple, lain cara ‘spending-time-together’ kan. Ikut keselesaan masing2.

Ok-ok enaf talking pasal tu... On the way nak balik I sempat singgah Charles & Keith..ada berkenan gak tapi tak lah penting sangat. So I cuci mata sajork.

Before I chow...kawan2 dah isi borang cukai ka? Tempoh sampai akhir bulan ni jer. I pun belum lagih..nanti mintak tolong my husband isi kan. Mengada kan! Hiks...



Tuesday, April 12, 2011

Skinny jeans

Suka skinny jeans tak? Tengok orang pakai macam cun jer so i pun nak satu. I terbaca kat mags (Herworld kalau tak silap), katanya kalau pakai skinny jeans or leggings sesuwai kalau matchkan dgn tops yang labuh sikit so boleh cover your crotch area. Tak lah nampak segala curve yang ada. Orang kata lebih manis gitu..hehe..
Padankan dengan tunic ataupun boyfriend shirt memang cun. Kalau nak sylo lagi pakai belt kat luar baju. Tak kiralah belt halus or yang lebar. I pun prefer style gitu..

Lama jugak survey-survey skinny jeans yang sesuwai. Kebetulan last 2 months kot..semangat nak bershopping datang. Sorang-sorang pun jadi..kalau dengan si kenit 2 orang tu selalunya i tak shopping my things..more to their things jer. Kalau takat survey2 cuci mata boleh lah dengan dorang ni...
Jalan2 pastu nampak ada promotion skinny jeans kat Dorothy Perkins. Kaler pun yang macam i nak dan yang penting harga is affordable. Kurang singgit seratus.. :)
Jeans skang ni semua jenis yang cawat pendek kalau skinny jeans lagilah.. mula-mula pakai macam tak selesa. After basuh 2-3 kali dah jadi faberet pulak sebab bila pakai rasa ringan jer macam pakai leggings gak.

Itulah kisahku dan sehelai skinny jeans.. ;p


Contoh tops yang sesuwai dipadankan dengan skinny jeans or leggings (images google)

nice tunic...


boyfriend shirt


Ni lah skinny jeansku..(image from dorothy perkins)

Monday, April 11, 2011

Out with lil one...

Initial plan nak bawak kids tengok wayang tapi penuh. Nak tunggu next show macam too late pulak. So end up bawak dorang makan..layan main merry go round. Mencari parking tadi sekian hal..kat sunway pyramid. We all lupa jumaat malam ramai orang suka melepak after work. Biasanya kalau pergi situ we rather to park kat depan mall tu jer. Mahal skit tapi tak menyakitkan hati pusing2 cari parking. But malam tu hujan renyai2 so I suggest cari parking atas jer..my husband dah fed up sebab pusing banyak kali tapi still tak jumpa parking. Spoil mood sajork...grrr..

Since tak jadi tengok wayang..we all take our sweet time makan2. Lepas tu tunggu my husband buat nail buffing. Dia selalu offer I buat sekali tapi malas..
Nayli follow husband masuk kedai sekali. While waiting for him outside the kedai..I busy doing this...




Jgn salah sangka orang kat belakang tu bukan tengah kawad..hehe kebetulan masa I snap ni dia angkat kaki garu lutut..huhu


Proof that Umair memang suka donut..pantang nampak kedai donut sure nak..
Orang lain dah kenyang so belikan sebijik jer untuk dia. Kalau beli banyak nanti tak habis..tapi the next day dia tanya lagi mana donut dia..ishh umair...

Dah janji nak tengok wayang kan... so for sure budak kecik 2 orang tu akan tuntut selagi tak bawak. My husband kena kerja pulak on Saturday so yang menjadi mangsa adalah my adik. Bawak dorang pergi Alamanda layan cerita Hop. I tak tengok sebab I have a cuci-potong-rambut-session ;))

Thursday, April 7, 2011

Main uli-uli donat

Ni kerja last weekend. Anak2 ngan I berjemaah menguli tepung, trial and error buat donat. This is my first attempt sambil merujuk resepi yang digoogle from internet. Ya, donut merupakan makanan kegemaran umair. Nayli picky sikit bab makan. Suka jugak makan donut tapi so so aje. Punyalah exsaited dorang ni bila I ajak uli tepung..maklumlah bukan senang mommy dorang ni buat menda-menda camtu. Setahun sekali kot.. hehe..

Kat bawah ni resepi yang I cilok from internet. Disebabkan ni first percubaan dan bahan pun agak limited tapi semangat berkobar-kobar nak try, I only buat setengah adunan saja. Antara bahan2 tertera kat bawah, I kehabisan marjerin so I gantikan dengan virgin olive oil. Baking powder pun yilek. Yang best part time nak ‘mencetak’ doh..I pun tak dok pencetak donut so buat bulat-bulat pakai gelas. Hasil kerja budak dua orang tu..donut pun dah tak rupa donut. In term of rasa dah macam donut dah..lembut. Resepi ni kira jadi lah. Komen suamiku, kalau manis sket lagi best (haipp! tak elok makan manis-manis). Nanti isterimu improve ok..tapi tak tahu bila lagi nak buat...huhuhu..

Sape-sape nak try boleh ikut resepi ni:-

• Tepung Gandum 1 kg
• Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
• Gula Pasir 7 sudu besar
• Garam Halus 1 sudu kecil
• Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
• Marjerin 1 cawan
• Telur 2 biji
• Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
• Air secukupnya
Cara-cara
1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.

2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.

3. Adun adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.

4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.

5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.

6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.

7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.

8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.

9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.

10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.

11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul.
Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.

12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit.

13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.

Adunan yang dah siap. Then tunggu dia mengembang 2x ganda.

Tengok bentuk donut ni orang lain tak nak makan kot..haha..

ni lah rupa donut yang dah digoreng. Pastu golek-golek atas gula ising jer. Kiranya I skipped step no 13
Serbuk magik aka ibu roti mauripan (terbalik!)

Wednesday, April 6, 2011

sambungan entry semalam...

...kan semalam tertinggal phone dlm kete hubby so tak dapat nak transfer gambar 2 bijik kek umair. Haa umair..tengok! gigihkan mommy update pasal birthday cake umair. Ni untuk tatapan umair nanti..

Oh ya nak kongsi satu cerita..baru2 ni I terbaca satu blog yang penulisnya telah kembali ke rahmatullah. To me, allahyarham is a very good writer..bila baca tulisan beliau macam baca cerpen or novel. His wife pun seorang blogger. To be honest..menitis air mata bila baca blog wife beliau..I membayangkan kalau I kat tempat si isteri...sedih. If you want to read go here..allahyarham, his wife
Kebetulan pulak allahyarham berasal dari kampung tak jauh dari my kampung in Setiu, Terengganu.

Ok back to umair's story...dia happy sangat dapat celebrate birthday kali ni kat kindy. Sibuk bercerita..his friends (sambil sebut nama sorang demi sorang kawan dia) nyanyikan birthday song. Kawan2 dia semua suka cake 'ben 10' tu. Ok mommy happy bila anak mommy happy :)

Kakak pulak, cikgu pesan suruh bawak cawan plastik & berus gigi. I cakap ni mesti macam cerita upin ipin kan...kena gosok gigi ramai2. Hehe..petang nanti boleh ler dengar cerita from her. Cakap pasal gigi...kakak sekarang dah tumbuh gigi baru 2-3 batang kat bawah tapi senget2. Dentist kata sebab gigi baru tu besar dan tak cukup space so that's why senget2. Alahai ni bila besar ni kena pakai 'besi' gigi la kot..hopefully tak.


kek permintaan umair..ben 10 for his kindy

card from us..simpan tau nanti bila besar umair boleh tengok balik. This time no birthday toys sebab dah selalu dapat..lagi pun dah banyak toys kan..

yang ni kek for mak's house (babysitter). Makan dengan kawan-kawan sepermainan..
both cakes beli from bread story jer...

ok gtg..see ya..

Tuesday, April 5, 2011

mesti update jugak..

Mak aihh..lamanya tak update blog ni. Serius tak dan. Nak curi-curi update masa lunch time pun tak nyempat. Tambah pulak skang ni kat rumah tak de internet connection lagi ler.. To my fren yang masih lagi suka baca update yang jarang2 muncul ni..thank you, you!
I berazam sokmo nak update regularly blog ni walaupun dengan cerita yang biasa2 jer. Ok-ok lepas ni try my best yer..

Dalam diam tak diam..hari ni anak bujangku dah masuk 5 tahun. Semalam dah gi beli kek untuk dia bawak ke kindy. Kan dah janji hari tu so kena tunaikan. 2 bijik kek fully sponsored by daddy. Satu bawak gi kindy, satu lagi bawak ke rumah babysitter a.k.a mak. Petang nanti bolehlah umair ajak kawan-kawan dia makan kek kat rumah mak lepas kakak balik sekolah agama.

Last year masa birthday umair yang ke-4, I kena kerja kat kota singa. Rasa macam baru jer a few months ago. Haih..dah besar dah dia..
Macam mommy selalu doakan umair (and kakak)..semoga umair jadi anak yang soleh..berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Pagi tadi on the way ke rumah babysitter yang tak sampai setengah minit naik kereta, sempat lagi daddy nyanyikan birthday song to umair hehe..dalam mamai-mamai lepas bangun tido umair tersenyum walaupun pada pukul 6.30 pagi. Daddy pakaikan dia topi rambu-ramba ada gambar favourite umair – Cars. Then daddy bagi sekeping card. Sweetnya. Iya.. daddy susah payah gunting huruf2 from magazine pastu tempek kat sampul card. Kakak pun kagum dengan kekreatifan daddy. Kakak tengok kad tu semalam..masa tu birthday boy dah ketiduran. Kakak request daddy bagi kad jugak on her coming birthday (soon) sama macam umair tapi dia nak in pink kaler. Heh..

Pastu prepare untuk birthday mommy pulak yer daddy! :P



Alamak! Handphone tertinggal so gambar is yilek :(
Tapi nak jugak update blog hari ni..