Tuesday, August 23, 2011

cookies yg paling sonang tp disukai ramai...



hellooo..
see..tu gambar cookies kita buat tau. yang tu jer lah sempat pun..satu: sbb paling easy-peasy, dua: cepat dan pantas tiga: nayli dan mommy suka...

actually tak plan nak buat pun. dah bertahun2 tak pernah buat any cookies raya.. tapi cik nayli ni nak sangat buat so choose the easiest one lor. hari ahad malam..kitaorang 3 beranak terperap kat dapur buat ni. anak-anak tukang letak colourful 'rice' tu. sukalaa dorang...

ni hasilnya...boleh ler.. :)


taun ni memang i tak order byk kuih raya. ala kadar saja. bajet raya tahun ni kena share ngan insurance/road tax kete yer. hmm coincidence plak kena renew road tax time nak raya, kete pun nak raya. so bajet raya kena reduce huhuhu..

bajet duit raya pun terkena tempias...so anak-anak buah ku..'achik bagi singgit sorang jer tau'. haha..mau dorang boikot i lepas ni... :)



Wednesday, August 17, 2011

lipstik...

ni bukan lipstik raya..huhuhu..


recently try revlon lipstik latest ni. eh best la. tak kering sangat dan tak kilat sangat. lasting plak tu. ai adalah penggemar lipstik revlon. kaler range nya tak banyak, dlm 5 kaler jer kot.

terpengaruh tengok jessica alba pakai. belek2 magazine nampak dia jer... (pengaruh iklan betul la). Yang jessica pakai tu merah menyala..kan trend skang. tapi ai tak berani la plok pakai color tu..kan nampak mulut jer nanti..theee..

harga seketul about rm35 kalau tak silap. beli kat guardian jer.
sape rasa nak cari lipstik raya..boleh cuba try test lipstik ni. casing pun nampak elegance kan..yer.. casing lipstik pun boleh influence the buyer tau..(terutama buyer cam ai ni hohoho)

on another note: hari ni plan balik lepas buka puasa. based on previous experiences, kalau nuzul quran orang from selangor ramai masuk city so jalan sure jammed. so belajar dari pengalaman yer anak-anak.

da..


Tuesday, August 16, 2011

Aktiviti wiken

hari sabtu, lepas jer sahur pukul 5.30am tu dah tak tido. terus buat kerja rumah. moop lantai, basuh baju semua. kalau tak buat time tu...alamak tak terbuatlah. bila dah pukul 9-10 tu lemau jer..tapi kalau keluar gi shopping mall tak lemau...hehe..

lepas habis ‘homework’ lelapkan mata sekejap. Bila kiddos bangun..tak aman dah nak tido. Tak leh tengok mak dorang senang sikit tau...nak susu, nak towel, nak tu nak ni..

ahhh..bangun je la. mandi-manda. then bersiap nak kuar ke klcc. dedinya prefer keluar pagi..so petang boleh rest. ok patuh jer. kiddos sukalah nak gi jalan-jalan. in my head, nak singgah arzu.

jalan-jalan, pusing-pusing. nayli from rumah dah bagitau nak beli manik color2 nak buat gelang. umair pun mesti nak tuntut something tapi now bila nak beli toys dia akan tanya ‘yang ni mahal tak?’ sbb dia tahu kalau mahal i tak bagi..huhu.

penat jalan, dh dapat apa yang dihajati. Soping lite-lite. Moh ler balik..pukul 2 dh selamat sampai rumah. rest.

hari sabtu plak, pagi i keluar beli groceries kat giant shah alam ditemani anak-anak. petang keluar lagi, ada buka puasa gathering kat nelayan tasik titiwangsa. my husband nyer kawan2 itm dulu buat gathering. I follow jer..most of his kawan pun my kawan jugak. sama campus la katakan.
ramainya datang berbuka kat sini. datang lambat konfem parking jauh kena menapak. makanan..pun ok, padan la dengan harga buffet. cuma agak crowded skit. tapi no hal..sebab tempat pun besar.
biasala kalau dah jumpa-jumpaan gini..lepas makan borak, makan borak..sedar-sedar perut kekenyangan.

seronok jumpa geng lama....


and this photo tak de kena mengena with the event but suddenly i teringat kesedapan pulut mangga during buka puasa kat coca last week...hmmm (gambar google)

Monday, August 15, 2011

Cousin sister and newborn cousin brother..



Kalau orang tak tahu mesti kata allysha ni lagi besar (umur) dari nayli.

Tengok la...nayli yang sememangnya kocik nampak lagi kocik berdiri sebelah allysha. Ni anak my big brother. Baru umur 4 tahun tapi badan semangat macam 7-8 tahun.

Sibuk suruh amik gamba sebab dua-dua pakai sandal baru yang tok chendering belikan.


In other occasion but same day..visiting my brother in law yang baru dapat baby. Congrats!
This handsome boy is a new comer in our family. Umair suka sangat dapat cousin baru..balik rumah pun still cakap 'cute la baby pok yi'...dan his another statement was 'umair rasa macam nak baby jer'...
mami and dedi: rolled eyes...kwang-kwang-kwang..


Wednesday, August 10, 2011

Hari pertama puasa..


Catatan hari pertama puasa. Kita flashback ok. Yours truly masak ikan singgang, goreng ikan garing2 dan masak sayur campur. Plus budu dan tempoyak sebab hubby teringin nak makan. Huh..first day kan..penat lebih skit..berbuka pun makan terlebih skit. Lepas tu menyesal yang amat!
Dah..second day tune puasa makin ok. So kurangkan makan heavy2..hubby beli 1-2 lauk kat his office. Then balik rumah masak nasik plus sayur saja. Rasanya camtu better kot. Tak rushing sebab sampai rumah quite late.

Now dah masuk second week, our Ramadhan routine is getting better. Terawih pun buat kat rumah saja. My husband ada la jugak pergi terawih kat surau. Kalau I pergi sapa nak jaga budak 2 orang tu? Tak per lah..for time being buat yang termampu kat rumah saja.

Nayli so far puasa setengah hari. Dia tu dah la kecik..kesian tengok tak tahan lapar. It’s ok kakak start setengah hari dulu. Itu pun daddy dia bagi 2 hinggit kalau puasa setengah hari. Kalau penuh janji 5 hinggit.
So far dia collect 2 hinggit je lah sebb tak pernah puasa penuh lagi. Budak kecik sorang lagi tu..balik tadika je mintak susu cepat-cepat. Hih budak bertuah sorang tu..havoc betul.

Time buka puasa, nayli makan nasi sekali. Berselera dia makan sebab tengahari makan apa yang ada saja. Sometime babysitter masakkan nasi. Balik sekolah harus lapar..pastu petang sekolah agama pulak sampai 5.30pm. Sekolah petang kadang tu ustazah benarkan take nap sekejap kalau tengok murid-murid ngantuk. Tergelak i dengar dia cerita..sampai kaki dan tangan kakak kena semut-semut. Agaknya tidur kepala atas meja kot.. hehe..
‘Mommy, semut-semut tu datang dari mana?’ Hah jawab jangan tak jawab...heh.

gigi depan tak tumbuh lagi...

Raya kali ni tak best skit sebab my bonda will not around. Dia beraya diperantauan. Seronoklah my brother kat aussie sana sebab bonda boleh beraya dengan dia tahun ni. Kitaorang adik badik sini sedih la jugak..so masing2 raya dengan family masing2 saja. Of course I balik jugak my kampong coz still have to visit makcik, sedara mara and my adik bongsu. Tengok la macamana nanti..tak plan properly lagi. But InsyaAllah by 25th Aug I dah start cuti.

It’s ok bonda..we can take care ourselves. You have a splendid time beraya di sana. missing you!

see umair

my brother and bonda


babai tokwan...




Tuesday, August 9, 2011

^-^

Hi..
Lama tak update blog.

Camane puasa kita setakat ni? Mintak-mintak semuanya berjalan lancar dan dapat keberkatan.

Hari ni dah masuk hari ke-9 puasa. Kalau terasa nak dengar lagu raya, dengar suriafm. Cepat betul stesen radio tu pasang lagu raya.
Yours truly dah ‘tuang’ puasa 5 hari...heh. hopefully hujung2 puasa nanti tak kena lagi. kalau tak jenuh nak ganti :)

Nak cerita pasal apa yek..oh pasal trip ke phuket hari tu. Dah selamat dah. To me dapat pergi sekali kenal dah cukup. Tak macam Bandung or Jakarta, rasa jer nak pergi balik..sbb ada tarikan shopping kat sana.
Tempatnya not bad..but hotel yang kitaorang stay tu agak outskirt yet a nice place to stay tenangkan fikiran. Dalam setengah jam dari town patong. Mat saleh dan minah saleh memang ramai datang Phuket. Dorang suka nite life kat sana. Kalau ingat tragedy tsunami memang takut nak stay patong area. Too near ngan pantai. According to our tour guide, Mimi pondan (yes, dia mengaku) patong area memang teruk giler kena ‘makan’ dek tsunami. That time she was stranded kat laut sebab on the way to Phi Phi island bawak tourist. Lucky her sebab boat masa tu kat tengah laut so tak kena hit ombak tsunami tapi boat rosak sbb air laut tiba2 surut. Dengar dia cerita memang ngeri. Nauzubillah...
Mimi pondan ni best ho..meriah ambik dia jadi tourist guide. Kelakar dengar dia pot-pet kat dalam bas.

My trip ke sana ada training so schedule agak padat dengan activities yang dah diatur. Dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh. Nak makan pun dorang arranged ke tempat yang like setengah jam journey..so penat. Kenangan tak best was, i muntah2 on the way back to hotel from dinner at patong. Time dah lewat, badan penat plus pulak jalan bukit-bukit macam nak naik genting. Bengkang bengkok. Fuhhh! Rasa mcam nak pengsan..sangat-sangat tak best.

Yang best skit time pergi Fantasea Phuket tengok show. a great show. Singgah shopping kat ourtlet premium pun ok gak tapi time given to us sangat limited so membantut semangat nak shopping sebab nak kejar time to airport. End up lunch je kat situ. Tak sukalah terkejar2 dari satu outlet ke satu outlet nak tengok barang pun tak senang asyik tengok jam jer.

Overall the trip was enjoyable sebab boleh kenal new place and new friends tapi sangat memenatkan.

Let’s see some photos kenangan.


premium outlets
fantasea phuket
patong beach
hrc

anak gajah yg bergambar dgn kami




pool

nice view
nice hotel
nice
my room
in the class

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan is here...

A month of patience. 1 day has gone , 29 to go.

Let’s hope we all have a blessed one and try our best to take as much as pahala opportunities this month has to offer us.
Bulan yang penuh barakah...InsyaAllah. Wish me luck too!

Please do forgive me any words that may have hurt or annoyed you selama menulis coretan di sini.