Thursday, September 15, 2011

polka-dot...


hari ni ahkak berkurung polka-dotss ke office. first time ni pakai (hehe nak kabor jugak tu). Actually nak attend open house petang nanti invited by a friendly business partner. rombongan cik kiah la petang nanti ngan other colleagues dan bosses.

tahun ni cam ramai jer pakai polka-dot during raya. mine, tempah baju saje polka-dot. dipadankan dengan kain hitam plain. kat jalan tar memang banyak readymade kurung cotton polka dot masa belum raya hari tu. harga pun berpatutan. macam-macam kaler.

ok la..selamat bercuti korang! long wiken. I loike but lagi loike kalau tak yah pergi teambuilding bagai tu..issshhkkk boring heh. tapi i yang menurut perintah.

babai! doakan i selamat pergi dan balik berteambuilding kat pangkor ok :)

Tuesday, September 13, 2011

Tengah boring ni..(lunch hour)

Tak tahu nak letak title apa..

Hari ni nayli tak sekolah sebab budak darjah 6 exam upsr. Seronok dia tapi mak dia dah bagi homework siap2..buat exercise maths. Dah tak lama nak exam. Balik karang mommy nak check..huhu gertak sikit.

Jumaat ni uols boleh ler sambung ke open house lagi kan...cuti sambut hari satu Malaysia & merdeka followed by weekend. My house sentiasa terbuka yo...tapi..tapi.. nak mai tu call lah dulu. So tuan rumah ni boleh prepare makanan simple2. Kuih raya ada lagi...

Tapi wiken ni ai ke utara..kena paksarela attend teambuilding event. Sejak tahun lepas my opis buat teambuilding hari satu Malaysia. Jenuh. Orang nak beraya lagi tau..

Coming wiken ni jugak my beloved mom will be back to Malaysia (wah!). Ishh.. tak sabar nak jumpa. Sedih la jugak tak boleh jemput kat airport. Hari senin baru boleh jumpa. Katanya beli something yg dh lama ai nak. Since last year lagi idamkan benda tu. :)

Wiken lepas bawak my kids ke ikano. My target nak drop by ikea collect catalog baru. Sekali hampa sbb out of stock. Ai dapat rasakan dorang tak distribute kot on wiken. Then kata dah habis stock. Lepas breakfirst kids nak main kat playground ikea. Ada masa sejam so ai jalan2 cuci mata. Kata tak nak beli apa2 tp boleh caya ke? Hehe

Another reason bawak kids keluar pagi2 hari dan fulfill their request, sebab malam tu dorang nak kena tinggal. Toy dapat sorang satu. Tak de reason lagi tak boleh kena tinggal kan...lagipun bukan sokmo. Malam tu both mommy and daddy gi kenduri kawen kat KL.

Yours truly puasa semalam..insyaallah hari ni pun. Time tengah rajin ni..plus rasa macam makan banyak sangat time raya... end of this month plan nak gi wat check-up so kena pastikan kolestrol tak tinggi dan sihat walafiat. This is my first time nak buat thorough check-up. Since company pay..why not?

Ok lah got to go now..see you soon! :)

ada gambar budak 2 orang itu...

on sunday bwk kids tengok movie with my brother

killing time by playing gajet yang ada. tunggu nak masuk cinema.

Friday, September 9, 2011

Salam raya semua...

Alamak raya sakan ek uolss. Me tak la sakan tapi makan tak ingat. Semua wallop. Makan sambal belacan almost everyday sejak balik kampung sampai pimple pun meriah bermaharajalela. Tu yang tak best tu..
Betul.. balik kampong sekali sekala tak pantang langsung. Asyik mengunyah jer.

Dah..balik KL ni, mana nak jumpa belacan hari2. Boleh ler control makan sikit. Back to old routine please.

Hari rabu back to office. A ton of work waiting for me..(mak tensi dah). Tensi, tensi baik view catalogue ikea online dulu :)

Tak sabar nak tunggu weekend..nak raya lagi. Kan kita raya sebulan..sape2 buat open house jgn lupa jemput tau..:b

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.

disudahi dgn a few photos (random) taken during hari raya... :))

take care!

anak dara ni nak rambut curly2..

kembar tak seiras...kejap baik kejap gaduh..sukati korang lah.. :D

the girls....

eh..eh nampak gigi rongak tu..

hmm dh cover..
suka babies..ada ka mintak baby from mommy. Dia ingat mcm beli barang kat kedai kot...

Tuesday, August 23, 2011

cookies yg paling sonang tp disukai ramai...



hellooo..
see..tu gambar cookies kita buat tau. yang tu jer lah sempat pun..satu: sbb paling easy-peasy, dua: cepat dan pantas tiga: nayli dan mommy suka...

actually tak plan nak buat pun. dah bertahun2 tak pernah buat any cookies raya.. tapi cik nayli ni nak sangat buat so choose the easiest one lor. hari ahad malam..kitaorang 3 beranak terperap kat dapur buat ni. anak-anak tukang letak colourful 'rice' tu. sukalaa dorang...

ni hasilnya...boleh ler.. :)


taun ni memang i tak order byk kuih raya. ala kadar saja. bajet raya tahun ni kena share ngan insurance/road tax kete yer. hmm coincidence plak kena renew road tax time nak raya, kete pun nak raya. so bajet raya kena reduce huhuhu..

bajet duit raya pun terkena tempias...so anak-anak buah ku..'achik bagi singgit sorang jer tau'. haha..mau dorang boikot i lepas ni... :)



Wednesday, August 17, 2011

lipstik...

ni bukan lipstik raya..huhuhu..


recently try revlon lipstik latest ni. eh best la. tak kering sangat dan tak kilat sangat. lasting plak tu. ai adalah penggemar lipstik revlon. kaler range nya tak banyak, dlm 5 kaler jer kot.

terpengaruh tengok jessica alba pakai. belek2 magazine nampak dia jer... (pengaruh iklan betul la). Yang jessica pakai tu merah menyala..kan trend skang. tapi ai tak berani la plok pakai color tu..kan nampak mulut jer nanti..theee..

harga seketul about rm35 kalau tak silap. beli kat guardian jer.
sape rasa nak cari lipstik raya..boleh cuba try test lipstik ni. casing pun nampak elegance kan..yer.. casing lipstik pun boleh influence the buyer tau..(terutama buyer cam ai ni hohoho)

on another note: hari ni plan balik lepas buka puasa. based on previous experiences, kalau nuzul quran orang from selangor ramai masuk city so jalan sure jammed. so belajar dari pengalaman yer anak-anak.

da..


Tuesday, August 16, 2011

Aktiviti wiken

hari sabtu, lepas jer sahur pukul 5.30am tu dah tak tido. terus buat kerja rumah. moop lantai, basuh baju semua. kalau tak buat time tu...alamak tak terbuatlah. bila dah pukul 9-10 tu lemau jer..tapi kalau keluar gi shopping mall tak lemau...hehe..

lepas habis ‘homework’ lelapkan mata sekejap. Bila kiddos bangun..tak aman dah nak tido. Tak leh tengok mak dorang senang sikit tau...nak susu, nak towel, nak tu nak ni..

ahhh..bangun je la. mandi-manda. then bersiap nak kuar ke klcc. dedinya prefer keluar pagi..so petang boleh rest. ok patuh jer. kiddos sukalah nak gi jalan-jalan. in my head, nak singgah arzu.

jalan-jalan, pusing-pusing. nayli from rumah dah bagitau nak beli manik color2 nak buat gelang. umair pun mesti nak tuntut something tapi now bila nak beli toys dia akan tanya ‘yang ni mahal tak?’ sbb dia tahu kalau mahal i tak bagi..huhu.

penat jalan, dh dapat apa yang dihajati. Soping lite-lite. Moh ler balik..pukul 2 dh selamat sampai rumah. rest.

hari sabtu plak, pagi i keluar beli groceries kat giant shah alam ditemani anak-anak. petang keluar lagi, ada buka puasa gathering kat nelayan tasik titiwangsa. my husband nyer kawan2 itm dulu buat gathering. I follow jer..most of his kawan pun my kawan jugak. sama campus la katakan.
ramainya datang berbuka kat sini. datang lambat konfem parking jauh kena menapak. makanan..pun ok, padan la dengan harga buffet. cuma agak crowded skit. tapi no hal..sebab tempat pun besar.
biasala kalau dah jumpa-jumpaan gini..lepas makan borak, makan borak..sedar-sedar perut kekenyangan.

seronok jumpa geng lama....


and this photo tak de kena mengena with the event but suddenly i teringat kesedapan pulut mangga during buka puasa kat coca last week...hmmm (gambar google)

Monday, August 15, 2011

Cousin sister and newborn cousin brother..



Kalau orang tak tahu mesti kata allysha ni lagi besar (umur) dari nayli.

Tengok la...nayli yang sememangnya kocik nampak lagi kocik berdiri sebelah allysha. Ni anak my big brother. Baru umur 4 tahun tapi badan semangat macam 7-8 tahun.

Sibuk suruh amik gamba sebab dua-dua pakai sandal baru yang tok chendering belikan.


In other occasion but same day..visiting my brother in law yang baru dapat baby. Congrats!
This handsome boy is a new comer in our family. Umair suka sangat dapat cousin baru..balik rumah pun still cakap 'cute la baby pok yi'...dan his another statement was 'umair rasa macam nak baby jer'...
mami and dedi: rolled eyes...kwang-kwang-kwang..


Wednesday, August 10, 2011

Hari pertama puasa..


Catatan hari pertama puasa. Kita flashback ok. Yours truly masak ikan singgang, goreng ikan garing2 dan masak sayur campur. Plus budu dan tempoyak sebab hubby teringin nak makan. Huh..first day kan..penat lebih skit..berbuka pun makan terlebih skit. Lepas tu menyesal yang amat!
Dah..second day tune puasa makin ok. So kurangkan makan heavy2..hubby beli 1-2 lauk kat his office. Then balik rumah masak nasik plus sayur saja. Rasanya camtu better kot. Tak rushing sebab sampai rumah quite late.

Now dah masuk second week, our Ramadhan routine is getting better. Terawih pun buat kat rumah saja. My husband ada la jugak pergi terawih kat surau. Kalau I pergi sapa nak jaga budak 2 orang tu? Tak per lah..for time being buat yang termampu kat rumah saja.

Nayli so far puasa setengah hari. Dia tu dah la kecik..kesian tengok tak tahan lapar. It’s ok kakak start setengah hari dulu. Itu pun daddy dia bagi 2 hinggit kalau puasa setengah hari. Kalau penuh janji 5 hinggit.
So far dia collect 2 hinggit je lah sebb tak pernah puasa penuh lagi. Budak kecik sorang lagi tu..balik tadika je mintak susu cepat-cepat. Hih budak bertuah sorang tu..havoc betul.

Time buka puasa, nayli makan nasi sekali. Berselera dia makan sebab tengahari makan apa yang ada saja. Sometime babysitter masakkan nasi. Balik sekolah harus lapar..pastu petang sekolah agama pulak sampai 5.30pm. Sekolah petang kadang tu ustazah benarkan take nap sekejap kalau tengok murid-murid ngantuk. Tergelak i dengar dia cerita..sampai kaki dan tangan kakak kena semut-semut. Agaknya tidur kepala atas meja kot.. hehe..
‘Mommy, semut-semut tu datang dari mana?’ Hah jawab jangan tak jawab...heh.

gigi depan tak tumbuh lagi...

Raya kali ni tak best skit sebab my bonda will not around. Dia beraya diperantauan. Seronoklah my brother kat aussie sana sebab bonda boleh beraya dengan dia tahun ni. Kitaorang adik badik sini sedih la jugak..so masing2 raya dengan family masing2 saja. Of course I balik jugak my kampong coz still have to visit makcik, sedara mara and my adik bongsu. Tengok la macamana nanti..tak plan properly lagi. But InsyaAllah by 25th Aug I dah start cuti.

It’s ok bonda..we can take care ourselves. You have a splendid time beraya di sana. missing you!

see umair

my brother and bonda


babai tokwan...




Tuesday, August 9, 2011

^-^

Hi..
Lama tak update blog.

Camane puasa kita setakat ni? Mintak-mintak semuanya berjalan lancar dan dapat keberkatan.

Hari ni dah masuk hari ke-9 puasa. Kalau terasa nak dengar lagu raya, dengar suriafm. Cepat betul stesen radio tu pasang lagu raya.
Yours truly dah ‘tuang’ puasa 5 hari...heh. hopefully hujung2 puasa nanti tak kena lagi. kalau tak jenuh nak ganti :)

Nak cerita pasal apa yek..oh pasal trip ke phuket hari tu. Dah selamat dah. To me dapat pergi sekali kenal dah cukup. Tak macam Bandung or Jakarta, rasa jer nak pergi balik..sbb ada tarikan shopping kat sana.
Tempatnya not bad..but hotel yang kitaorang stay tu agak outskirt yet a nice place to stay tenangkan fikiran. Dalam setengah jam dari town patong. Mat saleh dan minah saleh memang ramai datang Phuket. Dorang suka nite life kat sana. Kalau ingat tragedy tsunami memang takut nak stay patong area. Too near ngan pantai. According to our tour guide, Mimi pondan (yes, dia mengaku) patong area memang teruk giler kena ‘makan’ dek tsunami. That time she was stranded kat laut sebab on the way to Phi Phi island bawak tourist. Lucky her sebab boat masa tu kat tengah laut so tak kena hit ombak tsunami tapi boat rosak sbb air laut tiba2 surut. Dengar dia cerita memang ngeri. Nauzubillah...
Mimi pondan ni best ho..meriah ambik dia jadi tourist guide. Kelakar dengar dia pot-pet kat dalam bas.

My trip ke sana ada training so schedule agak padat dengan activities yang dah diatur. Dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh. Nak makan pun dorang arranged ke tempat yang like setengah jam journey..so penat. Kenangan tak best was, i muntah2 on the way back to hotel from dinner at patong. Time dah lewat, badan penat plus pulak jalan bukit-bukit macam nak naik genting. Bengkang bengkok. Fuhhh! Rasa mcam nak pengsan..sangat-sangat tak best.

Yang best skit time pergi Fantasea Phuket tengok show. a great show. Singgah shopping kat ourtlet premium pun ok gak tapi time given to us sangat limited so membantut semangat nak shopping sebab nak kejar time to airport. End up lunch je kat situ. Tak sukalah terkejar2 dari satu outlet ke satu outlet nak tengok barang pun tak senang asyik tengok jam jer.

Overall the trip was enjoyable sebab boleh kenal new place and new friends tapi sangat memenatkan.

Let’s see some photos kenangan.


premium outlets
fantasea phuket
patong beach
hrc

anak gajah yg bergambar dgn kami




pool

nice view
nice hotel
nice
my room
in the class

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan is here...

A month of patience. 1 day has gone , 29 to go.

Let’s hope we all have a blessed one and try our best to take as much as pahala opportunities this month has to offer us.
Bulan yang penuh barakah...InsyaAllah. Wish me luck too!

Please do forgive me any words that may have hurt or annoyed you selama menulis coretan di sini.

Friday, July 15, 2011

Tersenyum...




Tadi baca update redmummy, entry pasal lingerie time pregnant. I tersenyum sorang bila she mentioned panties time pregnant macam panties nenek-nenek (no offence yer nek! ). I think that’s quite true. Sungguh bosan tengok color undies time peknen. Ni pun based on my own experience. Tau je lah bila ngandung semua pun kembang..so kena beralih ke size lebih besar. Choices sangat limited. Kalau suka yang colourful and lacy2 (yer saya suka) tu memang tak jumpa lah undies untuk orang mengandung..hahaha.

Pompuan biasalah, suka yang comel-comel, berenda-renda kan. Seksi kot..oppps! Tempat yang redmummy rekomen, la senza memang I loike other than wacoal..
Time ngandung dulu ada jugak beli yang wired bra murah2 (in colours) pastu buang wire sebab senak dada pakai yang berwire bagai. Exactly macam tips redmummy. Tu yang buat saya tersenyum jer baca her entry today. Teringat time mengandung.

So for those yang bakal ibuk-ibuk...plan to be ke..boleh guna pakai tips tu. During pregnant tak lah nampak pale je kan..choose colourful bagi ceria-ceria sikit hehe..

On another note, thank you LHDN sebab dah luluskan my tax refund. Orang lain dah lama dapat, me baru dapat. Tak pe lah..at least boleh buat pocket money to phuket walaupun tak banyak but it makes a difference tho...

Wednesday, July 13, 2011

Serai

The other day pergi dinner kat serai. Selalunya time wiken huishh ramai orang queue. Kalau time lapar memang tak sabar nak tunggu.
Kitaorang pergi on Friday nite. Orang suka gak lepak-lepak chilling hari jumaat malam sebab esoknya tak kerja.

Sampai2 tengok full house tapi waiter suruh tunggu kejap, will call in 5 minutes. So sempat jalan dulu kat kedai-kedai next doors. Tak lama dia call inform ada tempat kosong.

Order-order, makan-makan.

Nak tunjuk satu ni, terung goreng garing. Sedap sangat. First time cuba.



Keesokkannya me cuba goreng kentang sliced nipis2 (sebab tak de terung) then goreng ngan cili boh dan ikan bilis (ni tambah sendiri kuit my selera..hiks). Next time boleh cuba terung.

I pun try jugak pavlova yang famous itu. Tak leh masuk perut dah so tapau jer. Sedap laa untuk sape2 pencinta kuih yang manes. I makan sikit, the rest my husband habiskan. Gambar pun tak dan nak ambik..heh.
Harga boleh tahan, satu slice RM14...gulp!

Tuesday, July 12, 2011

Celoteh hari ni... :)

Hmm baru jer lepas gugel apa benda yang best kat phuket. Basically shopping lor..other than the lovely beach. Thanks to encik gugel yang sentiasa ada bila diperlukan.

In term of food pulak, agak skeptikal...just in case, I will bring maggi cup and instant milo. This week encik husband outstation then next week is my turn. Kesian kiddos..kena tinggal. Nak buat camane kan.

Anyway looking forward balik dari phuket sebab nak jumpa ibu tersayang. No, me tak balik kampung..tapi ibu saya yang datang KL. Disebabkan masa tak mengizinkan, me request my mom datang jalan2 ke Kuala Lumpur sebelum Ramadhan tiba. She’ll fly all the way from KT to here...huhu..
Wish to bring her pusing-pusing KL since rasa bersalah lama tak balik kampong. But my mom understand my position...bukan sengaja tak balik.

I know apa yang ibu saya suka..like daughter, like mom...shopping...hiks.

Lepas tu dah sibuk berpuasa. Seminggu ke seminggu sure cepat jer berlalu. Bila dah 2 minggu berpuasa, akan terasa bahang hari raya pulak.

Then cuti panjang sikit pulang beraya ke kampung halaman. Masa ni lah baru jumpa adik beradik, ipar duai. Walaupun adik beradik tinggal tak jauh kat sini but we hardly meet each other. Masing-masing busy ngan hal masing-masing. Time balik raya lah masa untuk kumpul ramai-ramai. Miss that..

Bet you, masa cepat jer berlalu sekarang ni...bila raya we are already in September (kalau panjang umur). My biras will deliver baby soon..nampaknya tambah another family member my husband side. Blessed.

Dah lama jugak tak de budak kecik in the family. Nayli was the first one then followed by umair and azim (almost the same time) sebab dorang ni sebaya. My side pun will get a new anak buah jugak end of the year. Another bless.

My family sendiri..so far tak tambah lagi. Baru-baru ni suspens jugak sebab kelambatan ‘best friend’ haha tau pun gabra.
For me kalau tuhan nak bagi rezeki terima dengan syukurnya..

Thursday, July 7, 2011

update pasal baju rayo.. :)

Hari tu kan berceloteh kat sini kata tak beli baju raya lagi kan..sekali last weekend pi beli material. So gamble, entah tailor nak jahit ke tak. My husband lah at first kata nak recycle jer baju melayu yang mana ada, me pun tak lah beriya sangat nak pikir this year baju melayu. Tetiba he changed his mind nak tempah pulak. We went to jakel shah alam saja.

I terbaca kat paper pasal jakel sale ni, the owner ( lupa the name) kata even on sale pun kalau customer mintak discount they will consider. So me pun try lah my luck. Dapat adik SA yang baik dan helpful. Total semua tu dapatlah lagi discount about 12%. Kira ok lah kan..even we didn’t spend beribu-ribu.

The next day, I gamble jumpa my kakak tailor at medan mara, lucky me dia nak ambik my tempahan. Tapi sebelum tu kena bebel hahah.. ‘ko ni main terjah jer..bukan nak call dulu
Jangan marah kak.. :)

So Alhamdulillah ada baju raya sedondon tahun ni. Walaupun yang murah-murah saja dan last menet...
Kalau beli siap agak susah sikit kot nak ‘berdondon-dondon’ ni kan..

The point is always try your luck.. tak cuba tak tahu! Kan.. :D

Thursday, June 30, 2011

pasta..pasta..

suka pasta? ni step simple nak masak pasta.
my kids' favorite.

just potong apa yang ada kat dlm fridge tu. I got sosej, carot & capsicum
kalau ada daging, ayam pun boleh. vege boleh taruk brokoli..ikut selera masing-masing.

rebus pasta. I choose spring pasta ni (nama sebenar lupa) ambik yang colouful bagi nampak berselera dan bite sized so senang budak2 nak makan. rebus jer ikut arahan kat plastik pasta tu. Kalau nak lembut sikit boleh rebus lama sikit..depends..
then toskan. after that gaulkan dengan olive oil tak nak bagi kering sangat. Tips: kalau masak spageti tak nak bagi melekat..time rebus tu letak kan garam sikit.

kat supermarket banyak choices of ready made sos kan..I selalunya mix sos ni so rasa lagi best. Mula2 tumis bawang putih (I prefer lebih-lebih) then boleh masukkan sos cili, tomato, kicap sikit then tambah readymade sos tadi. Masukkan segala bahan2 yang dah dipotong earlier. Kalau nak wet version tambah air secukupnya then masukkan pasta.
gaul-gaul, cukup rasa..dah siap..
simple dan healthy (pakai virgin olive oil tau, it's good)
Nak lagi healthy alter buat sos sendiri..sebab ada orang tak pakai readymade sos kan.

tadaa...my kids are ready to eat. Oh ya..kalau suka pedas boleh potong cilipadi kasi berasap. My kids tak makan pedas sangat but daddynya mesti ada cili. Cili potong letak kicap kenalah ada.

sonang sajork.. :)

Wednesday, June 29, 2011

lama tak berceloteh...

Hi there!!

How are you? I’m good. Let’s berceloteh...

Sekarang i hooked tengok drama korea. You will get addicted to watch it episode by episode..dah lah pelakon semua cute.
I like to watch how dorang makan kimchi..it looks so tempting. I had a few times..memang sedap. Rasa masin, masam. I can take it!
Dorang pun suka makan daging grilled letak dalam daun. Best la tengok.

You know, my husband pun terikut-ikut tengok drama korea. Hahaha...that mommy’s power. Nayli normally sleep early hari sekolah and Umair bila I change to Korean drama he will do other things sambil potpet2. Cakap cerita ni tak best la..enuf with your cartoon yer umair. Mommy’s turn.

Kadang tu bila I tak sabar nak tengok next episode I check online (usually time lunch kat ofis beside baca google reader heh..)

On the way balik dalam kete tu boleh la I cerita kat husband..haha macam tak de topic lagi best nak sembang. Ok lah tu..so dia pun tak boring driving. Cerita2 tup-tup jer dah nak sampai..kering jugak lah tekak ni. Yang my husband pulak, asyik ‘hmm..hmmm’ I know sometime dia pun tak paham sebab I cerita berbelit-belit. Kakaka..

Gelak-gelak jugak..dah habis ganti puasa? Yours truly tinggai sehari lagi ni..insyallah minggu ni harus habiskan. Tu lah awal-awal tak nak ganti kan..eh I start awal tau tapi berehat lama benor...
MasyaAllah sekejapnya masa berjalan..dah nak puasa lagi. Semua orang rindu Ramadhan.
Bila teringat bulan puasa tahun lepas..macam baru jer berlalu.

Diam tak diam dah almost setahun pun pindah shah alam ni. I heart shah alam. I heart taipan walaupun sesak sokmo hiks..
I knew taipan tu kat usj. I stay kat border both area :)

Tahun ni I tak sibuk pun cari baju raya..tak pe lah pakai je yang mana ada. Kalau mood raya coming, cari jer yang dah siap. I no hal punya. :)

Bestnya kalau dapat balik kampung sebelum nak puasa ni. Syahdu pulak teringat kat mak..tsktsktsk..
Insyaallah kalau ada kesempatan nak sangat balik.
Maybe lepas balik training..i got training in Phuket this July.

Tak sempat lagi nak google apa yang best kat phuket ni. This time pergi sorang aje..semua itinerary dah disediakan so i just follow. Ternampak dlm itinerary tu ada thai body traditional massage. Look forward for that slot. Dah lama tak urut badan.

So my dear hubby and kiddos please take good care of yourselves while I am away kay!

Monday, June 20, 2011

our weekend...





daddy is not in, so I ler kena bawak the kids out on weekend.
Saturday morning, tak tahu nak ke mana then we off to my office. after that dah janji nak ke toys r us. ok lah since ada voucher dapat the other day. at least tak teruk sangat mommy kena pow..hehe (dah ler tengah2 bulan ni)
from my office singgah tropicana city mall. tawaf-tawaf toys r us then makan lite-lite...moh kita balik!..mommy dah ngantuk. tak bestlah jalan bertiga jer..tak cukup korum. ada daddy baru best..boleh pow daddy hahaha..


on sunday we just staying at home. i did the housekeeping. penatnya naik turun tangga. sweating habis tau..mopping, vacuuming, cooking, laundering etc. Oh alangkah bestnya kalau ada orang urut betis ni. sengal satu badan. tapi rasa segar dapat keluakan peluh, terbakar kalori.

dun worry, be happy.

Now you see it...

Now you don’t...
But you always look cute to me..


It’s ok dear, orang kata yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Walaupun yang tumbuh, yang berganti itu tak sama dengan yang telah patah dan yang telah hilang.
Kita redha saja..(dalam maksud tu..)



Ok, updated milestones pasal nayli..

Nayli sekarang suka bertanya, all the time pun she is.. but sekarang soalan dia macam terlebih advance jer..sampai kadang tu tak tahu nak jawab apa.
Soalan yang ditanya I ingatkan, dia tak ambik pusing pun because of her age just only 7.
Contoh 1, dia tanya kenapa tok/ki/tokwan tak datang rumah kakak...kalau setengah kids (contoh terdekat adik dia Umair) never bother pun sape datang sape tak datang kat rumah. Dan dia ingat berapa kali orang-orang yang dia sayang datang rumah dia..kalau just one time..memang obviously senang nak ingat lah. So bila ditanya camtu jawapan selamat is.. ‘they are busy’. Yang bagusnya bila all of a sudden dia tanya camtu, kita tahu she remember orang-orang penting dalam hidup dia...good girl.

Contoh 2, pasal period..oh agak sensitip nak tulis kat sini..it’s ok lah. My point is..her thinking sometimes macam orang besar yg I pun tak terpikir dia akan tanya. She is observant girl..maybe dari situ dia curious nak tahu kenapa. Sometime I just ‘pass the baton’.. go tanya daddy..hiks!
Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker