Thursday, October 1, 2009

Assalamualaikum…

Ada orang ke tak ni??? Dah lama tak terusik blog ni..

Masih tak terlambat kan nak ucapkan salam aidilfitri utk semua sedara-mara, sahabat-taulan and to all buddies yg baca blog ni.

Weekend dlm bulan syawal ni mesti penuh dgn agenda open house kan! Wah..asyik makan sajo. Elok2 badan dah turun skit masa bulan puasa dah naik balik..hiks..

Me tak buat open house tapi my house sentiasa terbuka untuk datang beraya. Sila..sila..

Ada photo raya skit to share here. Cilok gambar from FB ^ ^

Mula2 tengok gambar budak 2 orang ni dgn cuppies raya. Too cute to eat la..me order from cousin sista -elle cuppies-

With bonda & nayli..hii..mukaku dah berkilat2 .. rayanyer dia..

with umair, ada yg tak kena tu..muka monyok jer..

shocking-pink or orang ganu panggil pink 'cela' - tema tahun ni. Tapi nayli tak berapa nak 'cela' la..eh ada sorang pakai purple tu sape..anak buah, azim...family azim pilih purple tahun ni.

pose from my anak bujang. Semalam dah kena paksa gunting rambut..semua duk kata dia mcm pompuan..hehe tak leh jadi ni..
susah betul nak gunting rambut, kena pujuk macam2.

last but not least pose dari minah kecik ni..


Nak cite skit ‘kronologi’ raya saya..huhu..biar pun dah basi.

Raya tahun ni kira panjang jugak bercuti..tapi kalau dapat stay longer kat kampung lg best.
Before raya hari khamis I dah start cuti. Pagi2 lepas sahur gerak balik ganu..(tp malam sebelum balik sempat lagi keluar shopping kat sunway, very the last minit one..cari something utk mak mertuaku ^ ^ )

Hari pertama di kg buka puasa kat my in-law's house. Seronok sangat even tak semua family members berkumpul lagi..tapi berbuka dlm suasana yg berbeza, tu yg make me happy. Next day, Jumaat baru balik rumah my bonda (dlm 40-45 min drive from rumah mak mertua).

This year, my family tak cukup korum..3 of my siblings beraya diperantauan (hee.. sabar yer bro!). Kalau tak lagi best dan kecoh dgn anak buah yg dah makin membesar tu..
Selalunya my mom masak special skit, maklumlah bukan sokmo dapat berkumpul anak beranak. On that day yg special ada ikan, sotong & udang bakar utk berbuka puasa walla!! Dan special task was given to my hubby and sister-in-law..hiks jadi tukang bakar. I buat tasks indoor jer..

Dah rutin every year, last day buka puasa selalunya kat my kampung then malam skit tolak balik rumah mertua. Pagi raya pertama beraya sebelah my hubby dulu, then petang baru balik beraya ngan my family pulak. Gitu lah sokmo kitaorang..pi mai..pi mai..

Dipagi raya, mak mertua masak nasi impit kuah kacang yg sangat tiptop sehingga menjilat jari (seriyes).
Lepas siapkan kiddos yg super excited dan bermacam2 ragam tu, tunggu semua balik sembahyang raya utk mulakan sesi ambik gambo dan bersalam-salaman. The kiddos, jgn cakap lah..ada yg moody, ada yg tak nak salam..adoi pening kepala den. Tu baru 3 orang budak kecik tapi havoc.. Tahun depan insyallah ada kot family member belah hubby ni bertambah..kita tengok lah nanti..

Then we all akan keluar beraya ngan makcik-pakcik belah hubby, habis round semua barulah bertolak balik my kampung. Kat rumah my mom, as usual me jadi tukang buat air utk tetamu..dan my japanese sis-in-law ambik alih jd tukang basuh pinggan mangkuk. Dia pun cakap tu jer yg dia boleh tolong, nak masak2 tu out! Hiks..sama mcm adik ipar dia ni..tolong potong sayur, bawang tu boleh lah..masak2 mak jugak yg kena buat. Heh..bila nak belajar masak ni? (mak…kitaorang boleh masak tp nanti tak sesedap yg mak masak lor)

2nd day raya malam tu balik rumah hubby plak..macam biasa raya ke-3 my mertua buat open house (rasanya selama me kawin memang buat raya ke-3 without fail lah org kata..). Masa ni dapat jumpa semua sedara-mara yg jauh dan dekat. Huh..puas me makan nasi dagang dan laksa kuah putih.

3rd, 4th, 5th syawal….raya dan raya..sakan.

Pejam celik – pejam celik…cuti raya dah over..time to go back to KL plak.. huhu sedih. We all bertolak balik KL pagi2 buta on Sunday (8 syawal) nak elakkan traffic jam. By 10.30 pagi we all dah sampai KL. Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik.

Masuk je KL, my kiddos tuntut janji..janji manis dari daddynya..huhu.
Demi anak, walaupun daddy tak berapa sihat sanggup lah pegi beli 2 ekor hamster utk nayli ngan umair. Haa..sekarang depa happy duk jaga ‘baby’ baru tu yg diberi nama ola dan oli (nayli yg pilih). Actually depa mintak nak bela kucing, tp I tak kasi..mana boleh! Kalau my casa tu besar maybe boleh consider..yg hamster ni pun dah berkali2 mintak baru I bagi tapi bersyarat. Syarat tu pun me imposed to bapaknya sekali (kira daddy lah yg akan bertanggungjawab keatas hamster itu) hehehe…

Ok then nanti me berceloteh lagi kay!


Foot note: To kuna, kalau baca entry ni..sorry dok dang nok gi raya ur house..jumpa lain kali ek!!

4 comments:

attyfir said...

tema pink..sweet je..

fir pun sebok nak bela hamster..huhuuhhu ..

rasp said...

sweetnye si nayli nie ....
and walla!! shocking pink u lawalah!

hamster cepat membiak oooo...
gud luck :)

a-as said...

dear,

kty: hehe terang benderang! sib baik hubby jenis tak kisah pakai ping kak..:)

rasp: I geli sebenarnyer ngan hamster ni..habis la nanti bila beranak pinak. Sape nak jaga.

Shopaholic Mama said...

D pun mintak hamster but no way! I sgt geli esp kalau dia beranak coz the baby halus semacam.

dah habis jalan raya ke ni?

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker