Monday, May 31, 2010

aktiviti hari ahad...

Daddy:
- golfing

Mommy:
- masak
- cuci baju
- tengok tv
- baca paper/mags
- buat susu (sehari 3-4 kali ok!)
- tidur (syurga..dapat tidur petang. Bukan senang nak dapat peluang ni)

Nayli
- melukis/menulis (entah apa yang ditulis..)
- play girlish games online
- tengok tv
- main kasut mommy (bergaya depan cermin)
- makan spaghetti yang mommy masak
- tak tidur petang (malam masuk tidur awal)

Umair
- sepahkan toys (mommy paksa suruh kemas sendiri lepas habis main!)
- susu..susu..
- makan spaghetti (mommy suapkan)
- kacau mommy tidur
- basuh golf set plastic (daddy bila nak dapatkan the real set for me?)
- tak tidur petang (malam pun tidur lambat! hairan mommy, u tak penat ke awang?)

Jom tengok gambar cheeky umair....

ni keadaan Umair lepas cuci his golf set...huhuhu short dah kemana ntah, tinggal underwear saja..ei..malu!





another actions..suka buat muka-muka funny bila orang nak snap picture dia..eiii geramm!!!!

tak perasan..


Macamana me boleh tak perasan ada card from clinique. Semalam petang baru tergerak nak check surat2. Sekali tengok ada something from clinique as hadiah harijadi. A clinique minicure set yang kena collect within the month of May 2010. So? Hari ni adalah last day of May, harus singgah mid valley lepas habis kerja..sanggup! semata2 nak dapatkan that gift huhuhu...
Itulah..kalau perasan awal boleh pergi over the past weekend. Hopefully stock is still available.

Selain tu dapat jugak complimentary clinique personal makeup worth RM100. Yang ni masih ada time to redeem till 30 Jun 2010. Alang-alang pergi bolehlah redeem terus kan.
Suka..suka.. :D

Sebut pasal last weekend, ke mana uols habiskan cuti 3 hari? Ada yang cuti-cuti Malaysia? Bandung? Me in town aje...
Next week lagi ramai yang bercuti kan..spashly to parents yang nak bawak anak2 berjalan sempena cuti sekolah. Hmmm.. start tahun depan me pun kena ambil tahu cuti sekolah jugak since Nayli dah masuk darjah satu ;)

Thursday, May 27, 2010

which one?

|
|
Yeay! Today is the last day working for this week!

Hmmm apa nak share today? Ok pasal me dalam dilemma.

If you have to choose one of these 2 things (bear in mind both are in your dream-list ok) which one will you pick?

Quite hard to decide rite?

That happened to me, I 'crave' for a sewing machine dah lama (had blog about this before) so I have some budget for it. At the same time I also want an electric pressure cookers. How?

Think! Think! (pinjam ayat nayli)

After much considerations, I have picked the latter. Main reasons being:-

1)Periuk tu ada discount till end of this month saja. Kalau tak beli sekarang harganya akan lebih dari my budget.

2) Mesin jahit tu tak lah urgent sangat. Boleh tangguh dulu.

3) Dah boring asyik tapau outside food, so hopefully lepas ni ada pilihan nak masak secara segera dan pantas :D

Senang hati dah sekarang lepas make this decision.

Nanti bila dah sampai periuk tu I share here ok.

Selamat becuti uols!!! ^_^

Wednesday, May 26, 2010

Nice-purple-color


Tak tahu lately (or must say ‘this year’) I mudah jatuh hati dengan color purple. I think this year is my purple year. Kalau nak beli apa-apa pun mesti cari color purple. Sometimes kebetulan, bila beli tak perasan capai that color. Bila balik rumah barulah ‘aik purple lagi!!’
Theme for raya also in that color. Lega..baju melayu husband and son sudah ditempah.
Baju kurung si princess dah siap..maybe beli sepasang readymade kurung cotton for her. Dah jumpa satu kedai dekat ampang point jual readymade baju kurang cotton. Baju budak2 sangat sweet. If not mistaken this kedai pun ada branch kat jalan TAR. (eh cerita pasal baju raya plak..semangat tu nak raya hiks)

Ada ong ke color ni? Isshh tak baik lah pulak percaya benda-benda macam tu kan. :)

Ps: but recently I got somethin’ greenish..huhuhu

Monday, May 24, 2010

Gara-gara FB status..

Haha..sehari 3 entries, tak pernah buat ni...sila percaya!
*
*
*
Ni kisah sebulan lepas, I saw my brother-in-law punya status kat FB yang ajak kawan-kawannya makan crab. That makes me straight away rasa nak makan crab..tak de kona-kona dah. huhuh kuatnya terpengaruh. Teringat masakan ketam bercili yang sangat sedap.

Next day balik kerja terus ajak my husband pergi makan. Berdua saja. I story-lah kat husband that I teringin makan crab sebab tengok adik dia tulis kat FB. Still acceptable kan kalau terpengaruh pasal makan, jangan terpengaruh benda-benda mengarut dan yang tak mampu to fulfill sudah. InsyaAllah.

Yang meng-introduce kedai ni pun my adik ipar jugak. First time came here with MIL. Specialty kat sini ialah masakan ketam.

My husband skang ni on diet (iyolah tu!!!) Bukan diet apapun..dia cuba not to take nasi, yang lain semua tak de pantang…cuma pantang tengok. Bukan tak ambik langsung nasi, dalam seminggu tu dia makan sekali dua sajork. So hari tu kitaorang tak order nasi tp ambik roti bakar cicah dgn kuah ketam tu. Ffuh! Memang best. Chicken wing pun sedap. Orang kata kalau makan seafood better minum chinese tea. Puas hati dapat makan ketam..balik rumah dengan senang hati.






Ps: nak makan kat bubba gump plak..ada sape-sape nak bawak saya??? Eheh..

A gift for him…

No special occasion pun tapi dah lama niat dalam hati (dlm hati jer tau..) to buy something for him sebagai tanda ingatan & appreciation. Hari tu he bought me a phone as a birthday pressie. Maybe dia kesian kot tengok wife dia pakai phone lama. Actually I don’t mind pun pakai phone tu..sayang sebab almost 5 years with me. I pun bukan jenis ‘tech-savvy’ sangat pasal gadget-gadget ni buat masa sekarang..huhu. Tapi kalau orang nak bagi ambik jer lah kan..kan.. :)

‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’… setuju?

Of course my gift to him cannot beat his gift to me, it’s cheaper by half. Huhuhu..tak per kan daddy. Yang penting ianya tulus ikhlas dariku untuk mu…cewah!

Thanks daddy for being with me during my easy and hard time…InsyaAllah kita sama-sama mengharunginya. Amin.

Braun Buffel wallet sajork, not those yang high-end brand pun. :)

my spiderman

see..see..my spiderman ni! yang semakin cheeky. Penghibur dalam family..


good morning! spiderman baru bangun..
kan semalam mommynya terbangun awal, tak boleh tido..so suka mengacau budak kecik ni :)

umair kacak! huhhu me tergelak besar first time he said that. Tak tahu mana dia dapat that word..kita sendiri pun tersangat jarang guna perkataan tu kan..

peace sokmo!!!
happy working! monday blues ke???? target nak balik awal today. :D

Sunday, May 23, 2010

peek-a-boo

.........inside daddy's 'make-up' pouch.

hmmm..surprise, surprise ada hand and nail creame!! bila masa ai belikan ni?
Rasanya memang tak pernah. ai pun tak ada ni. Tanya daddy..huhu rupanya dia beli sendiri sebb he said his hands very dry. Wah..dah pandai! (kenapa tak belikan ai satu?)

Benda utk kilat kuku tu ai remember belikan for him..sebab tu hobi baru dia. Suka kilatkan kuku. Dalam kereta sambil-sambil tunggu lampu hijau tu sempat lagi dia menenyeh kuku. Jeles ai tengok kuku dia berkilat-kilat. Sometimes me pun tadah sama suruh dia kilatkan. ia beli 3 pieces sekali simpan buat stock since murah RM3 lebih je lepas discount (the face shop), tu pun dia cakap apasal beli 3 ketul jer..

apa lagi? ada cuci muka (ai yg suggestkan brand tu sbb suka aaron aziz ;p ), toner, cotton buds, perfume, gillette foamy..that are his-must-have basic items bila gi mana2.
Guys nowadays! very the metrosexualkan.
Okey lah tu..ai suka, tapi jgn lah hover2 dan jgn noti2 tau! (haha tetiba...)


ps: best pulak hand creame tu, boleh cilok tak daddy?? eheh..
fyi, BS ada sale now.

cerita pasal makan

lanjutan kisah balik kampung wiken lepas... (basi pun basi lah)
Duk terdampar kat draft entry..so skang @ 6am on Sunday morning ai menghapdet blog. Tak boleh tido, hidung ni sangatt tak selesa! Aduh...


Ok sambung!....seronok sangat dapat makan masakan mak..
(abg. di!!! sila sabor yer!)

Bekpes first day tu makan nasi dagang dan tepung kapur (local kuih, rasanya kat ganu jer ada kot)

Tengahari balik rumah my mom, sampai2 jer terus makan. Wuh..mak masak gulai terung, goreng ayam, ikan, udang goreng kicap (bestnya letak bawang besar banyak2) my faberet ever. pastu ada pulak budu..uisssh laju jer makan nasik. Mak pun buat sira labu, alamak yang ni lama sungguh tak makan. My husband tak suka sangat yang ni..rugi!
Selalunya balik kampung tak sekat2 makan...semua sapu. makan jer kerja.

Time bekpes (spashly time kat ganu) ai suka makan nasik lemak. Macamana nak cakap ek..nasi lemak ni sempoi jer, small portion dua bungkus makan tu biasalah. Bila makan ni teringat zaman sekolah makan nasik lemak kat kantin, old skool punya foods. sedap uols..
this time sempat jugak pekena ikan dan sotong celup tepung. fresh.

My husband tapau mi kari from Gong Kapas (nama tempat). yang ni memang terbaek punya. famous mi kari. selalu ramai orang kat kedai ni. no picture taken sebab ahkak jadi lupa bila menikmati makanan lazat2 eheh...

My mother-in-law plak masak kari kepala ikan, ayam bakar cicah sambal belacan. Heaven!

Makan memang tak ingat..sampai sekarang ni terasa badan pun naik skit, macam biasa tang muka bagai dipam-pam. Sesekali menampakkan double chin..dan perut makin berisi. Nampaknya kena teruskan acara puasa lepas ni...tu laa..bila dah stop bukan main liat nak start balik.
Konon nak buat sit-up, tapi tak sampai 10 dah mengah. Camno????

Cukuplah cerita pasal makan..kesian kat abang ai yang jauh tu..hiks!

Ke mana uols hari ni? Ai plan nak ke medan mara jap ambik dan hantar baju ke tailor.

ps: suka shahir menang af, my mom's fave tuh! :)

daaaaa.......

Wednesday, May 19, 2010

wear-nes-day


Good morning!!
I would like to share here - what i'm wearing. (also for my future reference)
This picture captured during weekend few weeks ago.

t-shirt: esprit (mommy bought 2 years back) - price mommy dah lupa :)
skirt: burberry (my auntie gave me, she bought this from bandung) - no price
legging: adams kids - RM29.90
headband: girls - RM7.90

ok that's all for now.
next time i will share again ya! :)

Tuesday, May 18, 2010

Assalamualaikum!!!!!


I'm back!!!! back from visiting kampung halaman. Alhamdulillah.
Masa sangat mencemburui kami, terasa cepat sangat ianya berlalu.
Me and husband diserang batuk dan selsema..tu jer yang tak best.
Nasib baik kids tak berjangkit. Happy jer dorang.

Pagi tadi touched down LCCT from KT @ 9.20am.
Umair tak puas duduk dlm flight sekejap sangat (about 45 mins).
"mommy, dah sampai ke? alaa..sekejapnya!"
Macam2 lah gelagat dia, mulut pun tak diam (excited dah lama tak naik aeroplane)..makes me tergelak sorang-sorang.
Of course dia pilih to sit tepi tingkap he said nak tengok pelangi (apa-apa aje lah Umair asalkan awak happy). Kakak in the middle.

Daddy pulak kena masuk office half day, sampai rumah tak sempat rest dah kena keluar.
Pukul 2 lebih hujan lebat..apalagi sejuk2 ni layan mata..puas hati 3 beranak tidur!
Esok dah kerja.
Cuti dah tinggal ciput so lepas ni tunggu cuti baru bulan 7 nanti..till then no more cuti-cuti. Happy working!

Tuesday, May 11, 2010

sikit pissed off...

Petang semalam I agak pissed off dgn ane yang jaga parking. Aloo ane..saya tak boleh masuk kereta! 'You ni kalau boleh nak rapat-rapat lagi kan I tak boleh masuk ni!' (Itu my dialog kat ane tu) Dia tersengih jer. Last2 I kene masuk ikut pintu penumpang. Ei..sabar je la. Nak cepat dah jadi lambat.
Punyalah dekat kereta dia susun baek punya..sebab dia nak max kan space for parking so lebih banyak kereta lebih untung ma!.
Kalau pagi-pagi dia seboleh mungkin nak jugak kita adjust rapat2. My car muncungnya agak panjang so dia nak biar vontot kete tu cium dinding! Dah lah bayar mahal, RM15 hengget sehari. Kadang tu bila dia tak tengok I adjust my car ke depan skit..huhu..
Kalau ada tempat parking lain dah lama I babai kat ane ni.. :p

ok lupakan si ane tu, biar dia terjun dgn labu-labunya...eheh.

Baik tengok gambar kat bawah ni...kanak-kanak riang.
Ni gambar hari Ahad lepas, kat taman KLCC.
Lepas hantar my husband naik train kat KL sentral, we all singgah sekejap kat taman tu jumpa my brother. My sis-in-law gi kerja.





Masa ni nayli ikut ayah long masuk KLCC, tinggal budak 2 orang ni yang jadi tak keruan nak main which one..sebab banyak sangat..hiks..
Terkejar-kejar habis tawaf satu taman..panjat sini panjat sana. Mak yang lotih tau!

There cik nayli!..yang sangat tak puas hati sebab dapat main sekejap saje... (tapi happy dpt pressie!)



Dah nak balik....

Sunday, May 9, 2010

currently...

time: 9-ish pm (09.05.2010)
venue: home

Currently I do nothing just browsing the internet and read a few blogs after 2 days tak usik this lappy.
Umair just sleeping. What a tiring + busy day for him and he didn't take nap today.
Nayli still awake..she's watching 'enchanted' movie @ disney channel.
Tonite daddy's not in..he went out of town for a few days. Asked him to buy some nutmegs. He sms-ed me a while ago..he's currently having a dinner with his colleagues. Have a good dinner!

Currently I am thinking what to wear tomorrow. Arggh! Monday-Blues-Feeling la pulak.
Currently I am lazy to think further what to wear tomorrow..so I will decide tomorrow morning. May be just grab any ironed shirt to match with black pants. If no ironed shirt, can wear any plain top and cover with jacket..that's the safe way yet still can be looked okay (I think so...)

Currently I remember that I have to drive myself tomorrow.

I keep repeating using 'currently' so put that word as the tittle :)

Good nite people..salam.

Thursday, May 6, 2010

Hooray!!!

-Blossoming heart-
Selepas mengadakan diskusi tertutup dengan suamiku..makanya we decided to balik kampung next week. Yeay!
Sronotnya..
Haip..jangan overly seronok..ok..ok..
Dah tepon mak dah..cakap kat dia nak balik. Sukalah mak kita tu.. :)

Hope everything is going well seperti yang dirancang. InsyaAllah.

Rindunya kat mak kita...

ps: entry yang agak panjang tho!



Tiba-tiba teringat mak..kalaulah ada wings rasa macam nak terbang balik jumpa mak sekejap. Lol!.
Selalu dengar suara saja dicorong telefon.
My mom adalah segala-galanya to me, she's my strength. Am happy when she's happy.
Dia adalah ibu yang sangat tabah selepas melalui dugaan pahit manis.
I think dugaan yang paling besar yang beliau hadapi masa pemergian ayahanda tercinta buat selama-lamanya almost 13 years ago.
Masa tu umur my mom baru 46. Bayangkan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak terpaksa dipikul seorang diri.
Syukur alhamdulillah that makes mak lebih tabah.

Knowing mak dia trying not to susahkan anak2...I think she knows very well about her 7 children.
Sekarang dia kat kampung sorang-sorang..nasib baik dia dikelilingi adik-beradiknya, sedara mara yang sangat ambil berat pasal dia.
Siapa yang tak bimbang bila dia tinggal alone tapi itu yang lebih mengembirakan dia.
She can go to her kebun anytime she wants, she can go surau, baca yassin every Thursday..she loves to mix around with her friends/makcik-makcik kat kampung..having breakfast together, attending kenduri-kendara.
Come and go to her sistas' home whenever she likes to.
Sekali-sekala if she feels like to visit her grandchildren she will do so.
Bila anak-anak luangkan masa balik kampung, itu sangat mengembirakannya.

My sincere thanks to my adik-adik sepupu ecah, elin dan fajihah..yang almost every nite datang temankan mak teh tidur kat rumah.
Tuhan saja yang dapat balas jasa baik awak semua tau!
Kalau dulu sebelum kahwin almost every month me balik jumpa mak.
Tapi sekarang with more commitments, it's hard for me to visit her every month.
But I will try my best to call her at least once in 2 days sometimes once in 3 days.

My mom seorang yang not to say garang tapi agak tegas masa membesarkan anak2. Tapi dalam ketegasan dia tu anak-anak masih jugak buat benda yang dia tak suka sometimes...oppps!
Dia seorang yang soft spoken. Tak berkira dengan anak-anak. She's the queen of my heart!

Telalu banyak pesanan, kata hikmah that she gave me eventho now pun ...selepas I jadi mother for two.
Jadi isteri yang taat, hormat suami, utamakan suami. InsyaAllah mak, I will try to be a better wife, a better mother everyday..

Dia juga selalu pesan jangan beza-bezakan mak sendiri dangan mak mertua. In fact she always inform me kena dahulukan mak mertua dalam apa-apa hal. Dia tak kisah. Dia selalu remind me yang I sangat bertuah dapat mak mertua yang baik. (memang tak dinafikan..syukur alhamdulillah)
I will always remember mak..

Sekali-sekali kalau ada rezeki lebih, I belikan mereka gift (memang tak terbalas jasa ibu!). Recently I bought them a perfume. Both are 5th Avenue by Elizabeth Arden. Rasanya yang tu paling sesuai untuk both of you. Classic scent..hope you like it. (Itu adalah idea suami saya mak!)

Then yang paling I ingat, salah satu pesanan dia...kalau tetamu datang ke rumah, raikan tetamu (ikut kemampuan)..buatkan air (minuman). Tak kira lah tetamu dekat ke tetamu jauh. Itu memang me nampak ketara dari dulu..bila ada orang datang jer rumah mak..walaupun jiran yang hari2 bersembang pun sekejapan dia akan ke dapur buatkan air..kalau ada apa2 juadah..dijamukan sekali. Sebab tu rezeki mak murah. Kadang tu jiran siap sound awal2 kat mak tak payah susah buatkan air. (tapi selalunya mak buat jugak..hiks)

Terlalu banyak pesanan...I believe mak-mak uols pun bagi pesanan yang sama since kecik-kecil lagi kan..jangan abaikan solat, jadi anak yang dengar kata, jangan bangga diri, sombong sebab semuanya sementara belaka, hormat orang tua, jangan gaduh adik beradik dan macam-macam lagi.

Dulu-dulu dengar mak pesan itu ini kita tak nampak sangat kepentingannya. Sekarang bila diri sendiri dah jadi ibu, dah makin matang baru nampak rationalitynya tu...

Selamat hari ibu..to all moms on this coming Sunday :)


hoho..sekadar gambar hiasan. Mak windu tak dgn kaki kitaorang?
masa ni menantu mak yilek..so kaki dia memang tak de dlm gambar ni
:D

Wednesday, May 5, 2010

Saya rasa kelakar…….dan terharu.

Haha..nak tergelak bila ingat last Friday punya kes.
Gini..masa tu dah pukul 7.50 malam..we all baru sampai rumah. Macam biasa terkejar2 nak mandi, solat semua. Dalam pukul 9++ mlm….semua anak-beranak duk melepak tengok telly. Pastu I ke dapur nak sidai laundry..baru jer lepas basuh baju (wah..bunyi macam baru balik basuh baju kat telaga..hiks)

Sekali I terdengar si nayli panggil me kuat plak tu “mommy!..mommy!” ingatkan apa lah.. “mommy! daddy ada present bunga untuk mommy”.
O..O.. apa reaction I patut buat ni? Buat2 tak faham??? Buat2 tak dengar???
Nampak daddy dah ketawa terkekeh-kekeh.. dia kata: "kakak, apsal kakak bagitau mommy"…hoho dah tak surprise.
Kuikuikui…sebab dah terkantoi so terpaksalah daddy bagi je bunga tu in advanced. Rupanya my hubby memang tunggu I ke dapur sebab nak bawak masuk bunga yang dia tinggal kat luar rumah..konon nak bagi pukul 12 malam. Sekali nayli nampak sesuatu yang pelik..daddy berlari masuk bilik sambil sorok bunga kat belakang. Daddy tak kasi tengok, lagilah nayli curious nak tahu apa ke benda tu kan.

Terkantoi-toi-toi!! Makanya dorang semua wish birthday awal beberapa jam. Tak apalah..mommy tak kisah pun. Tak dapat apa-apa pun mommy tak kisah yang penting ingatan tulus ikhlas. That’s more than enaf. Tapi terharulah jugak dapat ros merah tu dan sekeping kad yang ada mujik. Hey..dah lama tak dapat kad mujik. Nanti mommy keringkan bunga tu yer. Teringat dulu-dulu kalau dapat bunga (biasanya sekuntum je) me letak dalam buku tebal, simpan sampai kering kontang…huhu.

Terima kasih banyak2 for those yang sent me wishes..itu semua doa. Ameen.
Semoga kita semua dirahmatiNya.


a lovely card...♥

Tuesday, May 4, 2010

@empire shopping gallery



Further to entry on Saturday, here you go review about newest mall in town. Tak de lah review apa pun..well a new place mestilah semuanya cantik. I memang suka hang out kat subang parade before. The reasons, sebab tak crowded dan almost barang yang selalu I nak can get from here tho.
Dengan adanya Empira lagilah best melepak sini. Jarak from subang parade dekat sangat. Just cross the road aje. Tangs will be opened soon. Ada Dorothy Perkins jugak..I think more shops opening very-very soon. Toys R us from subang parade dah pindah ke empire. Bigger.
Apalagi yek..tempat makan, no worries..ada banyak. Ada butik Dynas (yes, Dynas si pelakon yang pretty tu!) kat sini. Ok la..another alternative place kalau malas nak ke KL town. Should pay a visit hoh....

the deco

mesti ada gambar si dia...

I grabbed these..sebab ada 40% less. First time nak try concealer face shop.


Monday, May 3, 2010

Gathering, eating and let it be a secret…

*
*
Waw..title apa tu?

Saturday evening, we (me and my family) off to ampang to meet my brothers (big bro & youngest bro). Dah lama tak keluar dan makan ramai-ramai camni. Yang paling seronok tak lain tak bukan, adalah budak-budak. Cuma 3 orang tapi membingitkan suasana macam ada 6-7 orang budak. Terutama si anak buah sorang ni yang dah pandai nak jadi princess. Baru jer 3 tahun. Very-very typical girl.

My big brother bawak kitaorang ke Ali Baba’s Kebab. It’s an Iranian restaurant located betul-betul depan great eastern jalan ampang. This is my first time try Iranian cuisine. Not bad at all tak jauh beza dengan makanan arab..suka roasted chicken dan ice-cream.Walla. Sape-sape suka lamb should try dia punya kebab.
Macam biasa me sibuk dok snap sana sini. Sekali my big bro cakap ‘air teh pun nak ambik gambo’ hehehe dia tak tahu adik dia ni blogger (walaupun bukan blogger tegar, walaupun blognya punyai beberapa readers saja)

Yes, dia memang tak tahu..yang tahu me ada blog my bro yang kat Australia aje. Alim, adik second bongsu probably tahu but I bet dia tak baca pun. Seganlah kalau big bro, sister-in-law tahu dan baca my blog ni. Let it be a secret and low profile. Even kawan-kawan pun ramai yang tak tahu me ada blog..ada yang rapat-rapat saja 2-3 orang. My facebook pun kalau orang cari my real name takkan jumpa sebab I guna nama someone else. Tu pun dari a few jer yang tahu..terus merebak tahu yang me wujud dlm facebook. Maybe one day kot tukar nama sendiri. Tengoklah macamana but for now lebih selesa guna nama tu. Actually me bukan active sangat fbing ni. Sometimes log-in tengok perkembangan kawan-kawan, sometimes say hi-hi. Weirdkan..keep it low profile, tu aje dong…
Yang penting I love blogging eventho most of the stories about my kids.I love to read blogs during my free time be it personal, cooking, fashion, etc,etc…

Ok got to go now..nanti sambung lagi. Tata.

Saturday, May 1, 2010

selamat hari.....

:
:
:
:
:
P.E.K.E.R.J.A!!


Kenapalah it falls on Saturday. Kalau Ahad kan best...huhuhu dapat long weekend.
Tak ke mana ke?
Ai rasa this morning macam nak ke Empire..baru buka yesterday kan.
Jom! tengok apa yang menarik dan tertarik kat sana.
Petang nanti ada date dengan my brothers.

Whatever you do..wherever you go..have a great weekend ahead! Take care...




ps: labour day = my birthday
nothing special when talking about birthday sebb umur dah makin banyak..huhuhu....

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker