Sunday, May 23, 2010

cerita pasal makan

lanjutan kisah balik kampung wiken lepas... (basi pun basi lah)
Duk terdampar kat draft entry..so skang @ 6am on Sunday morning ai menghapdet blog. Tak boleh tido, hidung ni sangatt tak selesa! Aduh...


Ok sambung!....seronok sangat dapat makan masakan mak..
(abg. di!!! sila sabor yer!)

Bekpes first day tu makan nasi dagang dan tepung kapur (local kuih, rasanya kat ganu jer ada kot)

Tengahari balik rumah my mom, sampai2 jer terus makan. Wuh..mak masak gulai terung, goreng ayam, ikan, udang goreng kicap (bestnya letak bawang besar banyak2) my faberet ever. pastu ada pulak budu..uisssh laju jer makan nasik. Mak pun buat sira labu, alamak yang ni lama sungguh tak makan. My husband tak suka sangat yang ni..rugi!
Selalunya balik kampung tak sekat2 makan...semua sapu. makan jer kerja.

Time bekpes (spashly time kat ganu) ai suka makan nasik lemak. Macamana nak cakap ek..nasi lemak ni sempoi jer, small portion dua bungkus makan tu biasalah. Bila makan ni teringat zaman sekolah makan nasik lemak kat kantin, old skool punya foods. sedap uols..
this time sempat jugak pekena ikan dan sotong celup tepung. fresh.

My husband tapau mi kari from Gong Kapas (nama tempat). yang ni memang terbaek punya. famous mi kari. selalu ramai orang kat kedai ni. no picture taken sebab ahkak jadi lupa bila menikmati makanan lazat2 eheh...

My mother-in-law plak masak kari kepala ikan, ayam bakar cicah sambal belacan. Heaven!

Makan memang tak ingat..sampai sekarang ni terasa badan pun naik skit, macam biasa tang muka bagai dipam-pam. Sesekali menampakkan double chin..dan perut makin berisi. Nampaknya kena teruskan acara puasa lepas ni...tu laa..bila dah stop bukan main liat nak start balik.
Konon nak buat sit-up, tapi tak sampai 10 dah mengah. Camno????

Cukuplah cerita pasal makan..kesian kat abang ai yang jauh tu..hiks!

Ke mana uols hari ni? Ai plan nak ke medan mara jap ambik dan hantar baju ke tailor.

ps: suka shahir menang af, my mom's fave tuh! :)

daaaaa.......

No comments:

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker