Friday, January 7, 2011

Merempit empat beranak..

Haha..bukanlah merempit. Nan adonyo den berani nak merompit eh. Dah lama bebenor tak naik skuter kesayangan hubby. Iya..jangan tak tahu my hubby ada skuter kesayangan, warna merah menyala lagi. Heh..
Malam minggu lepas kan seronok sebb long weekend. Tiga hari plus dua hari annual leave. Seronok weh lama tak cuti panjang. Leisure time. Hari rabu nak start kerja dah macam malas semacam jer.

Malam new year we all tak ke mana. Plan nak pergi i-city tapi cancel sebb malas nak berasak2 dalam traffic jam. Lastly stay at home ngadap tv sambil kunyah biskut bantal then tengok percikan bunga api dari tingkap rumah.

Cerita 4 beranak naik skuter ni, kes boring tak tahu nak buat apa. So my hubby ajak melepak sambil pekena teh tarik kat kedai mamak area rumah. Huh! Cepat ajer anak-anakku say yes! Umair ler paling seronok kalau naik motor. Ok dia berdiri kat depan while me and nayli bonceng kat belakang. Nayli jadi sandwich duduk tengah-tengah. Teringat plak time dolu2 naik berdua jer sekarang hah berempat. Kalu ke jalan besar tak berani ler pulak naik 4 beranak ni sebb ke kedai dekat rumah jer..ok lah. Seronok sakan budak 2 orang tu naik motor. Bukan senang tau daddynya nak bawak naik motor.

saja bawak laptop so dorang boleh layan game..pastu berebut la pulokss...
sorry gambar kitaorang masa naik moto tak de..haha sapelah yang nak ambik gamba kitaorang?

2 comments:

rasp said...

sib baik dlm kawasan umah je kan...
leh le membonceng gitu..
skali skala best ooo naik motor...
tapikan sis...
kalo i & hubby naik motor
rasanya takde sapa dah leh tumpang naik skali ngehehehehe...

a-as said...

kat kawasan rumah jer sis, tu yang berani. kalau kat highway/main road mesti kitaorang kena kejar dek pak polisi dah..:)

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker