Terfikir seketika..bila kita diuji dengan rasa tidak sihat (sakit) baru kita menghargai saat-saat sihat. Khamis lepas tak tahu lah apasal..salah makan ke..tahan makan ke atau terlebih makan. Lepas lunch dah rasa tak sedap badan, rasa makanan lunch tak hadam2 sampai ke petang. Dah lama tak rasa macam ni. Balik kerja singgah seven-e beli eno halia. Konon nak kurangkan rasa ketidakhadaman makanan.heh.
Tapi bila minum rasa lagi worse..nak muntah plak. Apalagi… jangan ditahan. Lega bila dapat keluarkan semua. Sah perut sudah masuk angin. Ni mesti kes tahan lapar. Kebiasaaan, bila dah ralit buat kerja nak makan pun tangguh, nak gi toilet pun tangguh. Bila sakit memang tak berbaloi langsung. Lepas uwek-uwek disusuli pulak rasa pening dan sakit perut. Aduh!..dugaan.
Next morning gigih bangun konon nak kerja tp kepala terhuyung-hayang. My kids pun baru jer kebah demam termasuklah my hubby. So now is my turn. Lastly decided tak pergi kerja..macamana nak kerja dah lah pening ditambah pulak ‘cherry berry’. Complete set. Kejap-kejap berulang ke toilet. Tahulah kan bila kena diarrhea badan cepat letih sebab air keluar banyak. Me dah flat giler. Baring jer laa jawabnya. Tengahari dah kedemamam pulak. Masa ni rasa sangat-sangat menghargai kesihatan. Betul tu, baru sikit jer tuhan bagi sakit. Kesihatan tubuh badan adalah segala-galanya. Orang kata hidup biar healthy dan wealthy. Dua-dua berperanan penting.
Ingat mak..call dia cakap tak sihat (heh..ngadu sket) Mak pesan berkali2 minum air banyak..pergi klinik. Nak drive pun tak larat macamana nak keluar gi klinik. Kejap lagi dia call balik..rupanya dia dah tepon my adik suruh ambik me and bawak gi klinik. Dalam hati…prihatinnya mak.
Masa sakit pening ni perhatian dari family very much appreciated. Husband ambik half day. Anak2 pun sekejap-sekejap masuk bilik tanya ‘mommy ok?’…Tuhan aje yang tahu perasaan time tu macamana. Syukur. Moga perhatian dari anak-anak kekal sampai bila-bila. Nayli sabar je suapkan roti ke mulut mommynya yang asyik baring seharian. Betul me flat sungguh…tak de energy. Dia tengok me lemah jer digosok2 lengan. Rasa sakit pun jadi tak sakit. Actually anak-anak ni pun tengok macamana kita treat dorang masa sakit so sikit sebanyak dia apply back the same to their loved ones. Mak mana-mana pun kalau anak sakit/demam pasti tak nyenyak tidur kan. Bangun tengah malam basuhkan kepala, urutkan kaki, badan bagi rasa selesa.
Lepas ni berazam nak minum air kosong banyak-banyak. Makan buah banyak. Time makan sila makan. Time ke toilet jangan tahan2.
Kerja kerja jugak. Sakit kalu sapa yang susah. Diri sendiri jugak susah. Akhir tahun ni kerja mcam apa..cuti freeze. Kalau boleh every weekend pun nak kena kerja. Habis lah….
Dizzy still rasa sampai ke Ahad. Sesekali terdetik dalam hati apsal ni pening2…ke umair nak dapat adik? Ishh takkan kot. Kalau betul suka lah nayli & umair sebab selama ni asyik mintak adik aje. Nanti sape nak jaga? Susah lah kalau time kena outstation. Eh kalau dah rezeki terima aje dengan kesyukuran. Haa..sampai ke situ me bermonolog dalamam. Jauh betul pikir.
Skang ni pun ada lagi dizzy sikit tapi Alhamdulillah dah getting better. Cuma lepas ni beringat jangan leka sangat buat kerja sampai lupa segala.
1 comment:
dah ke klinik tak sis...
leh check skali kot2 ada penambahan famili *ihiks*
tul tu, kita nie kalo dah keje, kkdg leh lupa nak makan minum kan....
u take care of urself ya!
Post a Comment