Tuesday, June 29, 2010

hehe..comey tak?

nayli draw orang dan rumah...
like mom like doter, tangan tak berseni. It's orait dear keep doing..lama2 mesti lagi comey.
wonder, apa bulat-bulat kat atap rumah tu yer..huhuhu..



Friday, June 25, 2010

alkisah semalam...

Hi..

Semalam ai cuti..bawak my bonda keluar since dia kat sini. Firstly ke kajang jumpa tok besan dia then ke bangi sebab nak menginai rambut. First time try kat Neeta’s herbal. Ai yang mengantuk tunggu sejam setengah. Nasib baik ada mags so that makes me occupied. Nayli cakap “rambut tok wan dah jadi hitam ek?”
Agaknya curious kejap putih kejap dah hitam..hehehe. (oh ya! lately ai dengar nayli nyanyi ‘Tsamina mina eh eh’….wah dia pun nak berwaka-waka jugak..)

Lepas tu ke Aryani. Masih ada sale till 28 June (if not mistaken)
After that ingat nak makan asam laksa kat old town tapi my bonda nak try ani’s sup utara. Oklah jugak..sup cendawan ayamnya not bad. By the time sampai rumah dah dekat 3.30pm. Fffuh! Penat gak..hari ni macam liat jer nak bangun gi kerja…

Esok my bonda dah nak balik so today I serahkan kat my brother to bring her jalan-jalan. Sekali-sekali mai KL mesti shopping kan mak!

Selamat berhujung minggu uolss…

Wednesday, June 23, 2010

weekend-er

Saturday, we (me, nayli and umair) went to KLCC. Prior to that have to send my brother nearby Ampang Point. Thereafter we headed to KLCC.
My husband kena kerja so pandai-pandailah bawak diri hiks...
Jalan-jalan 3 beranak.

Sampai KLCC terus ke KFC as requested by Umair. Terpaksa lah ikut..sebab on Sunday I kena kerja. Rasa bersalah pulak sebab dua-dua (hubby and I) kena kerja. That’s why I bawak jugak dorang ni keluar that day. Plan to go to zoo..tapi tak jadi.

Lepas makan, pusing2 ke Mothercare sebab nak cari botol susu. Si umair ternampak plak something. Catching his eyes then terus dia nak benda tu. Do you know what..dia berkenan kat sepasang boot biru (kasut pua chu kang tu)
I pun pujuk2 ler..tak payah belilah bla..bla..

Lepas tu berlarian sebab kakaknya nak gi washroom, biasalah berjalan ngan kiddos ni ada banyak distractions…hehe..
Ingatkan dah tutup cerita pasal boot..sekali tengok dia merajuk. Adooi..pujuk lagi. “Nanti kita datang beli dengan daddy ok”..tpi macam tak lut jer..

Tak sampai hati pulak tengok. Ok lah..jom-jom kita masuk mothercare semula. Sekali check tak de size..so I kenalah bagi choice kat dia to get something else. At last masuk Isetan, cari toys. Teruk ahkak kena pow dek budak 2 orang tu tau…daddy! see your kids. Can I reimburse? Hahaha…

Align Centernayli dah tambah lagi koleksi cik barbienya...ishhh..

ni pulak umair punya...macam ni pun 40 hinggit tau. Tetap mahal walaupun after 50% disc...pejam mata jer bayar :(

sibudak bertuah....


Bila dah dapat habuan masing-masing, terus dorang nak balik. Eh..mommy tak habis jalan lagi ni. Pusing2 cuci mata tapi dalam keadaan kelam kabut. Especially si Umair sibuk ajak balik sebab nak main dengan new toys dia.
Lastly me sempat grab satu card utk father’s day. Itu sajork.

Dah..dah..jom balik! Dorang tak sabar nak buka toys baru. Itu lah ceritanya..

Tuesday, June 22, 2010

get organized!

Meja kat my opis tu tak ler besar sangat. Sometimes tuannya pun boleh terkambus in pile of papers and files. Meja jadi sangat2 messy bila time reporting dan sewaktu dengannya. Tinggal se-co-et jer space utk buat kerja. Me sebenarnya tak suka meja sepah2..it makes me jadi lagi panic dan tak tahu to kick-start from where. That's why lah I try to organize yang mana patut so it looks neat..(to my own eyes)

The other day during my outing to ikea, adalah beli'eksesori' tambahan ni (see below pic)..utk letak apa2 dan susun balik yang mana patut.


this is before pasang..


My pokok..membesar bagai johan. Thanks for giving me a healthy environment... :)

FYI, pokok tu pun from ikea..dah almost 2 years kot berkawan ngan pc i tu...

haa..dah siap pasang. Kan dah ada extra space to put my things...
actually benda alah ni used to organize pinggan mangkuk dalam cabinet..but who cares..boleh apa letak kat mana2 pun kan. Quite useful. Boleh beli from ikea RM19.90 satu. Gambar paper/document tray kat atas tu, I bought earlier lagi..kebetulan pulak sedondon kaler putih. Itu pun from ikea. Kalau tak silap RM29.90.

Actually a small thing macam ni pun can give some impact or a new look. Tu pun salah satu cara to motivate kita buat kerja kan......semangatkannya!!!!

have a nice day ahead!




Thursday, June 17, 2010

sesuwai ker.....


tak... kita pakai tudung style gini?

saja..gedik nak try..hohoho

sebenarnya kalau pakai tudung memang tak suka pakai skaf dalam tutup telinga sebab nanti jadi pening (betul..tak tipu!)

tapi kalau pakai gini kena pakai anak tudung/skaf (or whatever you call it-lah)
kasi tutup itu telinga kalau tak nanti nampak pelik (SA kedai tu yg kata gitu)

yang bestnya skaf ni tak sakit telinga dan tak memeningkan kepala sebab material dia kot..sangat ringan.
It's from arzu.

so here you go another way to wear tudung :)



Tuesday, June 15, 2010

jalan-jalan cari makan...

Hi!!!! Semalam sure ramai yang berpuasa sunat 1 rejab kan. Alhamdulillah I pun.
Balik kerja duk fikir-fikir nak berbuka kat mana. Tak nak yang jauh2 sebab lepas tu nak rush balik rumah plak.

Tinggg! (with sound effect huhuhu..) sekali teringat nak makan masakan nyonya.
OK set, from nkve which is our everyday route, terus ke plaza masalam.
Dulu2 masa kerja kat shah alam selalu jugak lunch kat sini.
I memang rekomen you all makan sini. Melaka terkenal dgn masakan asam pedasnya but this is in nyonya baba style. So mesti try the owesome asam pedas dan crunchy sotong goreng. Mabeles I tell you!
This is first time for my husband tapi dia suda suka banget..
Jom tengok apa yang kitaorang order..
Owh before that, restoran ni hanya ada kat shah alam dan klang sahaja.

lauk-mesti-order...asam geram pedas (itu nama yg tertulis kat menu)

vege, we all order baby kailan dan asparagus...kat belakang tu sotong goreng
dan nampak tak my husband's empty plate..kan orang tu tak makan nasi.. :)

dua orang makan is more than cukup ni..kalau nak order set menu pun ada

I pun nak bergambar gak..sementara menunggu masuk waktu maghrib...cheers!

Friday, June 11, 2010

New tote bag

Perempuan dan handbag is like isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan.
Ada ke perempuan yang tak suka handbag? Itu satu keperluan rite?!.
Kalau tak berciciranlah segala barang, knowing us, ladies ni ada macam2 barang nak dikendong.

Dah cuba minimize things to put dlm hb tapi still banyak jugak. Semua benda rasa perlu, ditambah pulak mak kepada budak-budak yang tengah lasak. Kena ada dry tissue, wet tissue and whatnot...termasuklah beg duit kecik, duit besar, lipsticks, kadang tu toys anak pun termasuk sekali.

Kalau cerita pasal handbag, macam-macam jenis dan gaya. Me myself pun suka handbag tp tak lah fanatik..sedang-sedang aje. Bukan banyak pun koleksi, ada pun biasa-biasa sajork. Yang mana ‘sedap’ pakai itu lah duk ulang pakai bertahun-tahun.

Dalam wishlist adalah terselit nak bag itu dan ini. It’s just a wishlist, dapat ke tak, belakang kira.
(btw kalau si dia baca: take note pls! for anniversary yang ke first double digit pun tak pe, ai sanggup tunggu…peace!)

Selalunya I dapat info pasal bags kat magazine and internet. Sometime my kakak ipar updates me. Eh panjang lebar pulak story basal bag. Below picture is my new pony tote bag yang I order hari tu.
Nothing yang extraordinary pun..




ps: yours truly kerja half day today, nak fetch si dia yg baru pulang dari kota outstation.
Selamat bekerja uols! and happy weekend too. :)

Thursday, June 10, 2010

nah layan!

Layan lagu ni pun best gak...
Tengok noktah erna tak? me tak follow but my hubby yes, (sila percaya)
Dia yang introduce me dgn this song. Dan sila percaya jugak, kalau call his handphone you will listen to this song. Hahaha..
I pun terpengaruh dah suka dengar lagu ni..catchy jugak!

Wednesday, June 9, 2010

Beli barang on-line..

Last 2 weeks, first time I beli baju, I meant a cardi on line. Agak disappointed.
Nampak dalam gambar sangat cantik. Bila dapat, try-try macam tak kena plak, besar dan tak ‘in’.
Sebelum ni pun macam was-was jer nak beli baju online. Ada orang prefer buy online sebab murah dan senang, tak payah susah payah pergi shopping mall.
I ni old-style skit, mesti nak try, belek-belek, sesuai ke tak..baru proceed to buy. Kat online we rely on picture semata. Rasanya kena tengok jenis barang kalau nak beli on line..
Nak kata serik tak jugak..sebab 2 hari lepas baru jer I bought satu casual bag on line huhuhuu…. Kalau rajin I share here later ok.
Actually bag ni I pernah tengok kat kedai so that’s why lah rasa macam confident jer beli tu.
Before that mesti lah ber email-email dulu dengan hubby. Tanya opinion dia dulu. Lagi pun yang tukang tolong transfer duit nanti pun dia. Of course I use my own money lah kalau beli benda-benda gini, dia tolong transfer aje sebab I malas skit bab-bab tu.

Oh pasal that cardi, nasib baik my opismate nak beli. Dengan baik hati I bagi discount seploh ringgit. Let go ajelah daripada simpan tak pakai. Kes salah beli baju ni I tak bagitau hubby (rasanya he hardly reads my blog sekarang ni!) eehehh..

p.s. Hari ni my adik ipar bongsu going to uni. What can I say, Good luck adik!
This is just a beginning but a memorable experience yang sangat sweet utk dikenang sampai bila-bila… :)

Friday, June 4, 2010

met an old friend...

This was last 2 weeks punya cerita..

Ada date dengan old friend, merangkap my roomate and classmate masa study dulu. Sangat-sangat lama tak besua..rasanya last jumpa in year 2000 kot. But she's still the same. Pretty.
Actually dia ada course kat Bangi (ini orang hasil tau..huhuh), she's now based in JB.
Took opportunity to fetch her dari tempat dia berkursus tu and heading to tupai-tupai Bangi. My husband suggested this place. Me just follow sebab Bangi ni kira his territory lah jugak..hiks..

Ni bukan weekend so masa adalah agak limited to chit-chat (so many things to update maklumlah dah bertahun tak jumpa!).

Bukan senang nak dapat peluang jumpa camni, that's why lah weekday pun keluar. Habis kerja balik rumah, refreshed then terus keluar. Nayli terpaksa buat homework kat kedai tu...bukan dia kisah pun. Happy lagi ada.. Nasib baik my place to Bangi tak lah jauh sangat...


InsyaAllah, ada kesempatan jumpa lagi..tapi tak nak sekejap macam ni. Tak best nak bersembang. To my friend, hope you get cahaya mata sooner or later..InshaAllah.



pic adalah blur..

Thursday, June 3, 2010

bubba gump

Teringin nak try bubba gump..so here you go! On Friday evening (cuti wesak), we went santai-santai at the curve. Sambil makan layan live band from opposite cafe downtairs. Lagu-lagu plak yang evergreen. Memang santai habis.

Ada story lepas makan. Adengan orang merajuk sebab mommynya tak nak tunjukkan lipstick. Huhu..siapa lagi kalau bukan my princess tu. Dia merajuk sampai nanges..ni adalah kerja daddaynya jugak yang suka mengusik. Last-last mommynya kena pujuk sebelum keadaan jadi lagi huru hara :)
Umair? he is ok one!

Review, dah ramai yang meng-review pasal this place. Konsepnya lebih kurang TGI, T.Roma's tapi menunya more to seafood. For me once in the blue moon ok lah makan kat tempat gini..my hubby said he prefers VS lagi. Like I always said..masing2 ada preference tersendiri. I like to try something new, kalau sedap sure will come again kan..







ps: next jalan-jalan cari makan??! :)

Tuesday, June 1, 2010

Plan tak menjadi..

Kita manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kalau Dia tak izin maka tak akan berlaku walau plan macamana sekali pun…betul tak?

Semalam bukan main baik punya plan balik kerja awal nak menyinggah Mid Valley collect barang sekejap. Sekali my big bro called katanya jom minum2 kat Bangsar. For me okey lah since that place tak jauh from office dan nak ke MV after that pun kira on the same direction. Instead pergi MV terus, we all singgah BSC dulu..chillin’ @ chillis. Kekonon nak lepak sekejap saja.

Ada orang baru balik offshore so haruslah belanja kitaorang kan..bila lagi??? Talking about my younger bro, alim. He just arrived KL after almost 2 months berkelana cari rezeki. First thing first bila nampak dia, I told him to cut his hair, at least bagi nampak mata skit. Ini adalah arahan! Huahua…

Four of us (me, hubby, big bro and alim) ordered something to eat. I was not so hungry so cuit sana sani dah cukup.
Tak lama lepas tu my bro-in-law pun sampai. Kebetulan he was in Bangsar too, so hubby asked him to join sekali.
Well, guys bila jumpa sure sembang pasal cars which am not really keen. Tup-tup, tengok jam macam tak sempat jer nak berkejar ke MV. End up tak pergi.
Memang keadaan tak mengizinkan. After that we rush back home.

So itulah kejadian semalam, hari ini malas nak plan apa-apa. Kalau sempat pergi MV, kalau tak forget it. Kalau ada my rezeki barang Clinique tu tetap akan jadi milik ku kalau tak de pun nak buat camane.. kan….. :)

faberet...

Me kan jarang2 aje masak. Selalunya weekend kalau tak ke mana suka masak. Priority ikut selera anak-anak dan husband. As always my husband tak banyak cerita, apa yang dimasak itu yang dimakan. (lepas ni berazam nak masak on weekdays jugak guna periuk baru...hiks)

Weekend panjang lepas me sempat masak faberet food nayli...spaghetti. Suka tengok dia makan, laju jer. Actually budak-budak ni ikut mood dorang jugak nak makan...sometimes kena paksa baru buka mulut.

Kalau pagi dan petang, my kids' favourite adalah makan roti bakar. Senang, sapu ajer nutella, berselera jer dorang. Kalau tak de nutella pun sapu butter dah ok.
Makan buah pulak, Umair suka epal. Nayli pilih strawberi.

Itu baru dua orang anak..lain2 selera..
Ye lah lain orang lain lah seleranya, punyai faberet yang berbeza-beza. Kalau semua orang sama sure boringkan..

nayli's fav, mommy's spaghetti. Yang putih2 spread tu sekeping cheese yang dicarik kecik2...

Kegemaran sentiasa..roti bakar

Yang ni is my fav..sweet sangat..