Friday, September 24, 2010

cute bag..

I got this bag from my sis-in-law. Love it!
She just returned from Japan few days before raya and get me this. Dia tahu I suka bag-bag gini. Thank you so much sis!

To see more bags go to Cath Kidston.
Bukan bag je ada...macam2. Sape duduk London tolong buy for me please :)


Cerpen a.k.a cerita pendek about raya dan lain-lain..

Haha..tajuk entah apa-apa. Here you go the stori…

This year, first raya spent with my mother. I think the last one spent pagi raya with her was 2 years back. I tak kisah pun..my husband pun jenis tak kisah dan my mom pun paham anak perempuan kena ikut suami.
Lagi pun from in law’s house to my mother’s house is less than hour, about 45 min gitu. We all dah biasa berulang alik. Pagi at hubby’s house petang balik my house. No biggie deal. But this year rasa nak sambut ngan my mother dulu then the next day we all baru beraya dengan family belah husband.

Like previous raya, I do not spend much for baju raya. With 2-3 pasang baju kurung is more than enaf for me. Likewise the kiddos, I tried to make them happy tp opkoz berpada-pada. This raya nayli got one tailormade kabaya..hmmm apalagi melaram macam orang besar lah. As for Umair pulak sepasang baju melayu sedondon dgn daddynya. Baju for boys kan tak banyak choice other than t-shirt. But this time I get him more shirt, sebab I suka tengok boy pakai shirt with jeans. Smart casual la konon.

I took long holiday, about 2 weeks off from looking at the tons of work. Masa cuti langsung tak ingat kerja kat office. Time cuti kenalah relax your mind from those never ending works. Betul tak? Tapi after balik cuti, hulamak!! 500 emails dlm inbox. Masak!

My schedule was, I have to come back to KL earlier than hubby and kiddos because I have to go to Bali as I mentioned earlier. Since I knew that I will be in Bali right after raya, I cepat2 booking airasia ticket untuk balik KL. Kata balik sorang kan so kena book awai-awai. However after confirm date ke Bali, agak disappointed sebab time flight ke Bali cuma gap 1 jam setengah saja from flight dari Terengganu. Macam tak confident jer, buatnya flight delay dari KT..habislah.

Last minutes, I changed the plan ambik bas awal sehari balik KL i.e. on 15hb. Sept. Tahu…korang masih beraya sakan lagi kan! I balik sorang2 naik bas pukul 1 petang dari KT to KL. My big brother lah yang tunggu I kat tol Gombak..nasib baik tak hujan. That nite I ovenite kat rumah dia…sbb next morning tu nak tumpang my friend yang stay nearby Ampang jugak ke LCCT. So my flight ticket dari KT-KL burned. Hangus you.

Actually trip to Bali adalah untuk attend a team-building and program2 yang telah disediakan. Compulsory satu office ke sana. Co-incidence plak at the same time my sister in law kawin. It’s ok kan Nj..no big impact, majlis still ON without me pun kan…hehe.
InsyaAllah tomorrow nyer kenduri I will attend. Wiken sepanjang Syawal ni sure penuh dgn undangan open house kan. Esok my lady boss invite for BBQ session. Harus pergi. InsyaAllah kalau tak de hal. Tahun ni rasanya belum berkempatan yours truly nak buat open house. Tengok lah tahun-tahun mendatang kalau diizinkan.

Pasal trip to bali, nanti I story. Kat sana dah ada program tersusun so masa tak banyak nak bershopping. Ada laa beli sikit2. Nak cari kebaya uluwatu pun tak sempat. But on the last day I managed ke spa sebelah hotel. Murah dan sangat puas hati. Complete satu package. Lepas penat2 dgn acara teambuilding, memang terbaek dapat urut2 badan I tell ya…

last but not least...


Gambar raya. Ada 2 famili yang tak dapat beraya bersama. InsyaAllah next raya semua berkumpul.
Ini pun dah cukup havoc..dengan adanya Haziq (si kenet comel berbaju melayu pink yang dikendong oleh papanya itu) semua orang sibuk duk melayan dia..phew!

my nephews semua taller than me now...dulu kecik2 jer..time really flies so fast!

Wednesday, September 22, 2010

a very short notes..

Hi dear..

Am backkkkk in KL!!!! Safely!

Alhamdulillah selamat beraya di kampung halaman dan selamat pulang dari Bali. Had a great time there! Now start fresh and time to back to work..with a pile of works on the desk!!

Will be updates soon folks!

Monday, September 6, 2010

balik kampung smoothly...

Salam to all,

Beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Panjang umur tahun depan kita berjumpa lagi Ramadhan al Mubarak!

Maknanya lagi beberapa hari kita nak sambut hari raya. Rasanya semua my raya preparation dah settle. Bersederhana saja. Priority given for anak-anak. Kuih raya ada beli sikit2 as previous years..some for my mom and some for my MIL. Tahun ni tak beli kasut baru..pakai jer yang mana ada.

InsyaAllah Wednesday petang akan bertolak balik kampung. Masih kerja half day on dat day. Semoga semua berjalan lancar seperti dirancang. Kalau sempat berbuka di Chendering (my husband’s place) Alhamdulillah, kalau tak pun berbuka jer lah kat mana sempat.

My feeling masa tengah menaip coretan ni (on sunday afternoon) adalah sangat sedih sebab saya terlupa letak barang berharga. Masih lagi cuba recall kat mana I put it. For me it’s so valuable sebab ianya hadiah dari orang2 yang tersayang. Kalau jumpa barang tu semula saya bersujud syukur…ya Allah semoga diberi petunjuk dan ilham mana nak cari kalau ianya masih menjadi rezeki ku…amin.

Raya tahun ni dijangka jatuh pada hari mulia, hari Jumaat. And…this raya will be busiest raya for my in law ‘s family. Majlis perkahwinan my adik ipar akan berlangsung a week after kita sambut raya. Tapi..yang sedihnya I won’t be around on that day, I kena balik KL sehari sebelum majlis. Have to go to Bali. What a coincidence!!

Harap2 my journey to Bali akan selamat, knowing keadaan Indonesia yang agak kurang tenang sikit lately. Insyaallah doa dan tawakkal saja.

So my husband and kids only come back to KL after that ceremony. InsyaAllah mintak-mintak semuanya selamat.

Hmmm this entry is full with harapan…

Just in case I tak sempat lagi nak mencoret disini till raya...I would like to take this chance to ucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat. Dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada dan yang kurang bernasib baik ya.
Akhir kata maaf zahir batin. Jumpa lagi! da...


Mode: down down :((

Saturday, September 4, 2010

alahai...

Pagi-pagi tadi tercari2 dua biji kek tupperware yang dihadiahkan oleh seseorang yang I simpan dlm peti ais. Mana? Kononnya nak letak setempat barang yang nak bawak balik kampung.
Furthermore, I pernah makan kek tu last year and I like it. Satu kek buah satu lagi kek cokelat. So bila dapat tu..ingat nak buat balik kampung makan time raya. Tapi hampa. It's disappeared!

In my mind sure my husband dah buang ke? Bukan boleh buat kira..hiks..

I kejut dia yang tengah dibuai mimpi (haha..agak terdesak disitu!). Tanya dia mana kek yang kak halimah bagi? Dia dengan mata terkebil2 jawab 'dah bagi kat orang yang datang baiki washing machine last week'. Haah! tapi redha je lah dah nak jadi rezeki dia...dan bukan rezeki saya..haih..


You are generous dear..moga murah rezeki u.. :)