Thursday, January 28, 2010

Dah lama…

..sangat tak datang makan kat Sushi King. My husband baru jer baik demam so selera dia nak makan Japanese food. I follow jer…
My all time favorite adalah chawanmushi dan miso sup dan takoyaki :-)

Nayli mesti nak makan sushi telur ikan. Dia boleh habiskan 3 ketul. Nayli ni nak makan ikut mood dia..tpi kalau sushi fav dia laju jer.

Umair pulak lagi senang, orderkan a bowl nasik jepun dgn grill mackerel. Umair buat lawak nak order tea o ais kat sini..huhu mana ada yang oi!

Bila makan sushi always ingat my mom..sebab dia memang suka makan sushi. :)


chawanmushi & miso soup

tako

nak makan nak sembang..

nyum..

munchung..rambut dah panjang tp dia tanak gi barber ..

gi makan mana2 pun mesti nak teh o ais..
lepas ni ajar umair order milo dinosaur plak ;)



Ps: Weekend is around the corner. Last nite dpt sms from sil ajak gather for my niece’s birthday.
Hhhmmm bila nak cilok time cari gift utk dia ni..

Tuesday, January 26, 2010

I…

just had a quick lunch today and now doing some work and googling. Suka google jer apa yang terlintas in mind sebab selalunya dapat jawapan on the spot dan tak menghampakan.

Googled ‘Teluk Rubiah’. Anyone pernah pergi sini tak?
Actually my hubby’s geng DIB (Dip in Banking) year 1994-1996 (ITM Arau) nak buat reunion kat sini soon. Baguskan ada geng yang still active camni..InsyaAllah tak de aral melintang we will join this event. Most of geng DIB ni pun I kenal…walaupun I from DBS.

:) ciao

Thursday, January 21, 2010

Girl’s toys





These pictures taken last weekend.

Long time tak visit budak kecik ni. She always sebut2 her cousin’s name kaka (Nayli) and Omai (Umair). Sometimes ayah dia makes a phone call and let her talk to kaka and omai. Nayli cakap tak faham lah this girl cakap apa. She's still in baby-talk-phase.

I heard mak dia speaks Japanese and English with her and ayah dia speaks English and Malay (2 versions – standard and Terengganu slang) hiks!
I thinks no probs with that..kids senang belajar and very easy to adapt changes.

This girl going to be three this end of Jan. Her mom told me nak send her to kindy soon so that dia boleh socialize skit..she used to stay with bibik only at home so kalau pergi kindy boleh bergaul dgn other kids yang sebaya dgn dia.

In the picture you can see Nayli pretend to be a hairdresser. Siap ada hairdryer bagai..huh. Then in the car (on the way back home) Nayli request a set of make-up table as well. I told her ok.. ‘nanti mommy tanya aunty beli kat mana’
Thereafter she keeps reminding me.

I know kat Toys R Us pun ada tapi I saje ‘dilly-dallying’ the thing tak nak lah mintak jer dapat. Teach my kids how hard to get what we want, kena usaha dan sabar skit…betul tak…

Tuesday, January 19, 2010

...strawberry...


Cantik tak gambar ni?

I kidnap this photo from my bro punya picasa sebab I suka gambar ni.
A strawberry taken from a strawberry farm guna dslr baru, dunno where but surely masa dia and the geng berkonvoi ke Sydney recently. How nice.

Speaking pasal strawberry..last weekend Nayli craved for it, macam tak percaya pun ada bila dia tetiba mentioned nak strawberry.
Daddy pun terus ke market nearby (malas nak pergi giant, tesco etc) to fulfill his daughter’s request.
Beli satu pack, kata nyonya si penjual buah this one from Korea (apa-apa aje)
Betul kot sebab tak masam macam yang local.
Nayli habiskan sekaligus sambil layan cartoon.
I sempat ambik 2 bijik jer..the rest dia habiskan.
Memang mengidam betul ni dan baru tahu dia memang suka strawberri.
Adik dia langsung tak heran dengan strawberri..baik dia main ultraman lagi bagus ;)

Monday, January 18, 2010

rebate


For those yang bayar tol guna touch n go or smart tag, you all know kan ada rebate 20% bila tag more than 80 times per month.

Like me..adalah penyumbang duit tol :) sebab dalam sehari ada beberapa tol gate kena tempuh. Sebulan memang lebih dari 80x tag.
Bulan lepas memang try guna smart tag to the max (tak guna cash) so dapat lah rebat 20%. Untung jugak sebab nilai 20% tu automatically akan ditopup dlm kad kita.
Let say kalau kita pakai RM200 dapat lah rebat RM40 (macam lah uols tak pandai kira..heee)

Sape-sape yang rasa tag lebih 80x jgn lepas kan peluang ni. At least something la kan…ciao.

kamera canggih

kalau lah benda ni saya yang punya...hmmm..
the D90

Bulan lepas saya jadi tukang beli kamera ni untuk abang saya yang berada di G.Coast.
Katanya kat sana lagi mahal sebab tu dia kirim minta saya belikan kat sini.
Nasib baik suami ada kedai kenalan di Sungei $$ so senang skit urusan pembelian..maklumlah bukan ada pengalaman pun beli kamera canggih gini.
Teringin jugak nak satu tapi tak de bajet lagi sebab harganya tak murah! :D

Pesanan untuk abang saya..pastikan ambik gambar pemandangan cantik-cantik kat sana ok! ^-^ Banyak-banyak tau pastu upload kat picasa.

Saturday, January 16, 2010

sekarang...

at 9.49 pm.

tengah buat report yang nak kena submit on Monday. Well done..sampai kena buat balik kerja kat rumah!
Kiddos dah tidur sebab siang tadi tak tidur asyik main jer.
Baru boleh concentrate kalau tak banyak distractions...tapi salah mommynya jugak suppose to spend time ngan dorang bukan buat kerja opis.

Sowwy guys...mommy ada 'deadline' terpaksa siapkan jugak before Monday.

Ok got to go...sambung buat report yang tak tahu ujung pangkal lagi tuh! grrrrr...

ps: cerekarama pun best!

Friday, January 15, 2010

new investment?

hmm...boleh consider an investment jugak lah (hehe..nak sedapkan hati)

About a week I jadi pengguna product clinique ni.
Ya..after buat some research (wah research tu..cayalah!) from internet, mags.
Noted on the +ve & -ve reviews about these products.

Pikir punya pikir finally I decided to buy. Spend lebih skit untuk kebaikan sendiri jugak (hopefully). Ditambah lagi dengan usia dah mencecah pertengahan 30-an ni (eh iye ker??) memang kena beri extra attention kat kulit ni. Bukan macam masa umur 20-an dulu, pakai apa pun tak jadi hal. Biore, eversoft, avon bedal jer..
Serius I tak pernah spend lelebih utk penjagaan muka before.

Like I mentioned..bila dah umur-umur gini can see the changes spashly part mata ada kedut2 halus dah muncul say hi-hi. Scary babe bila duk belek-belek muka sendiri depan cermin.

Last week, balik kerja ajak husband singgah The Gardens sekejap. Mula-mula I usha dulu tengok SA kat counter ok ker tak..friendly and helpful tak...so bad of me kan. Kalau SA macam acuh tak acuh jer layan better I cari counter tempat lain tul tak? Tapi SA clinique kat Isetan The Gardens ni sangat ok..dia explain every single thing to me. I admire tengok kulit muka dia halus mulus dan dia of cos lah pengguna product ni.


ni tengah campur tolak bahagi.. :)


Bersungguh SA ni explain..credit to her, TQ!

Kerja dalam aircond ni buat kulit jadi kering. Air pun kurang..lupa nak minum kadang tu bila dah ralit kerja. Habis camane lah kulit nak sihat. SA tu kata my cheek area sangat kering & hydrated.

Firstly dia check type of my skin. I know my skin very dry part cheek tapi sangat berminyak kat T zone. A combination type. Lately my skin nampak kusam tak bermaya dan pimple pun asyiklah buat lawatan tak rasmi...I hate u! Mungkin sebab tak cukup rehat or penat kot. Bila time balik kerja muka berminyak2 dan berkilat2. That's why I think I better do something to my skin ni.

SA tu kata bila dah umur meningkat, time for our skin to renew takes about 40 days (lama tu) tak macam kita muda remaja dulu which takes about 20-25 days saja.
Banyak tips and info yang I belajar dari SA ni. Rasa macam rugi jugak tak start early.

But ingat tau...tahap penerimaan kulit kita to certain-certain product adalah berbeza to each other so tak boleh buat conclusion saying that si A pakai ok, B pakai pun ok. It could be C pakai hasilnya tak sebagus A or B. It depends. Important to check type of skin and they will recommend which range yang sesuai.

My husband tunggu dan dengar jer apa SA tu explain. Eloklah jugak so nanti apa-apa yang I lupa boleh refer kat dia...eheh..
Nak cerita product ni sesuai ke tak rasanya still too early but i'm happy sebab I have routine yang lebih teratur sekarang. Dah melabur ni kenalah berdisiplin skit.
Wait and see loh...

my range..ada lagi kena top-up for my eye tpi nanti lah..
it's a pinch beli sekali harung...
I kena berjimat dari beli other things sekarang ni..huhu




Wednesday, January 13, 2010

girls on the block...

kami yang memang suka bergambar...

dari kiri:
1) yang paling muda in the pic (jgn mare!) and mom of two
2) mom to a boy tp macam tak kawen lagi jer..hiks
3) bride to be ney...darah manis babe!
4) yang paling comey..merdeka! baru habis skool

eh korang, masa ni mana pi budak 3 orang tu ek? Oh ya.. dorang tengah leka tengok ikan dalam kolam belakang tu..kalau tak mesti kitaorang tak leh nak pose-pose camni eheh...



:
:
:
ni lah budak kecik 3 orang yang dimaksudkan, yang selalu bikin havoc...

tengok tu dorang kacau ciksu..



nak baca dan tengok gambar lagi pasal our cuti-cuti malaysia ke melaka sila terjah this blog ok!

Monday, January 11, 2010

alkisah first time...

Hari ni me cuti, ada kerja sket..

1) daftar sekolah kebangsaan Nayli

Pagi2 keluar cam biasa hantar kids ke rumah babysitter. Since cuti, tunggu la sekejap anak dara bersiap so boleh terus hantar dia ke kindy.
Memang dah lama plan ambik cuti nak settlekan pendaftaran sekolah kebangsaan Nayli, maklumlah tahun depan dia dah nak masuk darjah satu. Atas nasihat kawan2 yang dah ada pengalaman hantar anak ke sekolah kebangsaan, dorang bagitau suruh pergi daftar awal2 sebab nanti kuota sekolah penuh. So we all yang first timer ni ikut jer. Selepas bertanyakan pendapat orang2 tertentu kami decided nak masukkan nayli sekolah ni..SKS27.
Ingatkan boleh submit borang terus..rupanya nak kena kepilkan slip gaji bagai..mana ingat nak bawak. So tak settle jugak bab ni..nak kena datang balik submit borang. Tapi ok lah at least dah dapat borang. As per kerani sekolah tu dah ramai yang daftar. Since skolah ni tak ambik ramai student (kuota utk 4 kelas sahaja) so kena cepat2 return the borang. Ok set! lepas siapkan dokumen2 required kena remind daddynya singgah sekolah - kena masuk list 'things to do' ni.

2) pergi buat appointment gigi

Last sekali pergi dentist 2008, so about time to visit lagi. Sebenarnya kan I ni penakut nak jumpa dentist..eeei ngilu. Tapi terpaksa gak sebab ada gigi sebatang tu dah masa kena tampal lagi...hukhuk tak suka! kerna terpaksa je..
so dari sekolah nayli terus ke klinik pergigian bangsar. First time ke sini..sebelum ni gi klinik swasta tapi tau lah dorang charge kaw-kaw punye..dah lah opis tak cover dental. Kebetulan my friend baru jer pergi klinik bangsar..dia kata ok. To me..mana2 pun sama kot. So apa kata try klinik kerajaan pulak. Sampai2 jer tengok orang boleh tahan lah ramai. Yang best semua nurse kat kaunter mesra pelanggan so..ok lah proceed. Kena bayar RM1 jer tau...
My turn..dentist check gigi..tengok yang mana patut then of course kena buat appointment la. Don't expect macam klinik swasta hari tu pergi boleh buat terus, just sedia kan duit sajork. I pun dah diberitahu oleh my fren yang first visit just for checking and appointment. Maybe ramai yang Q in appointment list so my next visit will be on 11 Feb. Lama lah jugak..hopefully boleh bertahan lah gigiku ini kalau tak mak kena lah jumpa dentist berbayar gak. Ngeee..

Lepas ke klinik, sempat singgah bangsar village sekejap. I split with my hubby. I tau dia mesti pergi kedai golf. Alaa macam kita jugak..dapat masuk kedai kasut, kedai baju..cuci-cuci mata pun dah cukup...hehe...
So I jalan sorang2..kaki ni laju jer melangkah masuk butik hajaba. First time jugak..
Suka sebab tak de orang & SA pun bukan jenis yang suka follow jer belakang kita. Dia buat kerja dia kat kaunter dan I sibuk menerai dan belek2 tudung. Dulukan I ada mention yg I tak pernah beli tudung ala-ala ekin ni..so first time lah beli ni. InsyaAllah pakai....



I bought yang mini or kalau orang lain pakai tu buat anak tudung. Tengok SA tu pakai ok jer..tapi singkat skit laa..InsyaAllah lepas ni pilih yang labuh pulak, step by step. Reason kukuh I terjebak beli sebab harga less more than 50%. RM25 satu. Selalu jugak dengar hajaba ni tapi tak pernah masuk butiknya. Hari tu tengok my cousin's wife pakai tudung hajaba nampak cantik jer (sokmo pun camtu tengok orang pakai semua cantik!) Infact sekarang ni terlalu banyak brand 'tudung segera' ni tinggal pilih jer yang mana berkenan dihati...I panggil tudung segera sebab very fast nak pakai just sarung saja..very praktikal gitu.

Lepas dapat tudung terus ajak husband balik..(dah! lepas ni tak nak shopping dah (ye ke??)..kena berjimat cermat weh a-as!!!) At last me yang dapat barang, my husband betul2 cuci mata saja dlm kedai golf tadi...hiks. Dah..jom balik!!


ok itu jer celoteh for today..daa... :D

Thursday, January 7, 2010

Dating @ Las Vacas

Kejadian 2-3 minggu lepas..me & husband keluar dating ke Las Vacas bukan Las Vegas ok.. :)

Yer tuan2 dan puan2 once a while if ada chance sila date suami isteri anda. Jangan masa bercinta saja keluar dating.. lepas kahwin pun harus ok.
Masa keluar ngan anak2 mana ada peluang nak pegang-pegang tangan dok?! Mesti ada jer si kecik enter frame..huhu..

Ni first time encik suami bring me makan sini. Sape-sape beef lover out there..mesti try this place.
This is the address: 23, Jalan SS5A/ 11, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

Menurut cerita, mula2 kedai ni started as a meat shop..then atas permintaan customer the owner jadikan part of the kedai as a tempat makan. Tak besar sangat tempat ni tapi layanan bagus..the owner peramah dan respect tul a young couple tp dah berjaya own a biz camni.

The food fantastic..macam-macam part of daging lembu ada. Just name it..yang mahal, murah. Daging lembu yang paling mahal is Wagyu Beef. Harganya RM50++ for 100 gram if not mistaken. How much it will cost you kalau makan steak ni..hmm calculate yourself laa.. Since it too costly so tak pernah try lagi this wagyu. Apa yang special sangat daging ni..I pun ngak tahu. Boleh google.

Try la.. ;)



depan kedai

dalam kedai

dalam kedai gak..

forgot the name of the menu

teriyaki sumthing...nice

Tuesday, January 5, 2010

let's layan

ever ever green...Kenny G's music.

Fallen asleep many times when listening to this..seyes!

Masa belajar dulu (time tu cd tak berapa nak famous lagi so most kedai jual kaset jer - haa boleh agak tak tahun berapa tu! circa 1995 kot..) I dapat hadiah kaset KG from boyfriend (now husband)...dia tahu I like to listen to KG.
Sampai skang pun simpan dan boleh guna lagi..
Sekali-sekala ada jugak dengar kaset tu..hiks! so romantika d'amour huhuhu...

jom layan tiupan seksefon abang kenny ni.. :D


Monday, January 4, 2010

First day at kindy in year 2010

This morning, my daughter, Nayli woke-up early as she was too excited to go back to kindy. Yes, this year she’s already six. I sent her at the same kindy as last year. That kindy seems OK for me..from Nayli know nothing until she can read, write etc. That’s good enough for me. What do you expect more from 5 year old kid. I prefer everything happens gradually and naturally.. (different parents have different approach)

Hubby and I took opportunity to send her today. I told hubby to drop by kedai as I want to buy some roti to give away to Nayli’s friends for breakfast. Tapi you know what, as she heard that idea she totally disagree. “Mommy tak payah beli roti..kat sekolah dah ada breakfast!” dan terus sentap. Tak tahu kenapa dia sungguh2 tak bagi I singgah kedai. Malu ker? Will find out further balik nanti..maybe ask her the reason. FYI Nayli memang kuat sentap/merajuk..girl like this ek?

OK then I decided to postpone my niat nak sedekah roti tu..maybe next time. Lagi pun tak nak spoil kan mood anak dara sorang ni on first day skool. So I inform her again that I won’t buy roti today, in the next minute she terus ok. Sampai jer rumah babysitter berlari2 to change to skool uniform (oh skool uniform dia memang tinggal kat rumah babysitter) Tak lama lepas tu keluar happily sambil rambut siap ditoncang rapi. ONLY going to skool she wants to tie her rambut neatly if not jangan harap.

Adiknya still tak sekolah..he is only 4 this year. My plan may be sending him midterm this year so that dia merasa berkindy dgn kakaknya for half year before kakak pergi primary skool. Tapi that’s depending to keadaan. Buatnya dia tak nak..tak kan nak paksa…ye dak! :)