Thursday, September 15, 2011

polka-dot...


hari ni ahkak berkurung polka-dotss ke office. first time ni pakai (hehe nak kabor jugak tu). Actually nak attend open house petang nanti invited by a friendly business partner. rombongan cik kiah la petang nanti ngan other colleagues dan bosses.

tahun ni cam ramai jer pakai polka-dot during raya. mine, tempah baju saje polka-dot. dipadankan dengan kain hitam plain. kat jalan tar memang banyak readymade kurung cotton polka dot masa belum raya hari tu. harga pun berpatutan. macam-macam kaler.

ok la..selamat bercuti korang! long wiken. I loike but lagi loike kalau tak yah pergi teambuilding bagai tu..issshhkkk boring heh. tapi i yang menurut perintah.

babai! doakan i selamat pergi dan balik berteambuilding kat pangkor ok :)

Tuesday, September 13, 2011

Tengah boring ni..(lunch hour)

Tak tahu nak letak title apa..

Hari ni nayli tak sekolah sebab budak darjah 6 exam upsr. Seronok dia tapi mak dia dah bagi homework siap2..buat exercise maths. Dah tak lama nak exam. Balik karang mommy nak check..huhu gertak sikit.

Jumaat ni uols boleh ler sambung ke open house lagi kan...cuti sambut hari satu Malaysia & merdeka followed by weekend. My house sentiasa terbuka yo...tapi..tapi.. nak mai tu call lah dulu. So tuan rumah ni boleh prepare makanan simple2. Kuih raya ada lagi...

Tapi wiken ni ai ke utara..kena paksarela attend teambuilding event. Sejak tahun lepas my opis buat teambuilding hari satu Malaysia. Jenuh. Orang nak beraya lagi tau..

Coming wiken ni jugak my beloved mom will be back to Malaysia (wah!). Ishh.. tak sabar nak jumpa. Sedih la jugak tak boleh jemput kat airport. Hari senin baru boleh jumpa. Katanya beli something yg dh lama ai nak. Since last year lagi idamkan benda tu. :)

Wiken lepas bawak my kids ke ikano. My target nak drop by ikea collect catalog baru. Sekali hampa sbb out of stock. Ai dapat rasakan dorang tak distribute kot on wiken. Then kata dah habis stock. Lepas breakfirst kids nak main kat playground ikea. Ada masa sejam so ai jalan2 cuci mata. Kata tak nak beli apa2 tp boleh caya ke? Hehe

Another reason bawak kids keluar pagi2 hari dan fulfill their request, sebab malam tu dorang nak kena tinggal. Toy dapat sorang satu. Tak de reason lagi tak boleh kena tinggal kan...lagipun bukan sokmo. Malam tu both mommy and daddy gi kenduri kawen kat KL.

Yours truly puasa semalam..insyaallah hari ni pun. Time tengah rajin ni..plus rasa macam makan banyak sangat time raya... end of this month plan nak gi wat check-up so kena pastikan kolestrol tak tinggi dan sihat walafiat. This is my first time nak buat thorough check-up. Since company pay..why not?

Ok lah got to go now..see you soon! :)

ada gambar budak 2 orang itu...

on sunday bwk kids tengok movie with my brother

killing time by playing gajet yang ada. tunggu nak masuk cinema.

Friday, September 9, 2011

Salam raya semua...

Alamak raya sakan ek uolss. Me tak la sakan tapi makan tak ingat. Semua wallop. Makan sambal belacan almost everyday sejak balik kampung sampai pimple pun meriah bermaharajalela. Tu yang tak best tu..
Betul.. balik kampong sekali sekala tak pantang langsung. Asyik mengunyah jer.

Dah..balik KL ni, mana nak jumpa belacan hari2. Boleh ler control makan sikit. Back to old routine please.

Hari rabu back to office. A ton of work waiting for me..(mak tensi dah). Tensi, tensi baik view catalogue ikea online dulu :)

Tak sabar nak tunggu weekend..nak raya lagi. Kan kita raya sebulan..sape2 buat open house jgn lupa jemput tau..:b

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.

disudahi dgn a few photos (random) taken during hari raya... :))

take care!

anak dara ni nak rambut curly2..

kembar tak seiras...kejap baik kejap gaduh..sukati korang lah.. :D

the girls....

eh..eh nampak gigi rongak tu..

hmm dh cover..
suka babies..ada ka mintak baby from mommy. Dia ingat mcm beli barang kat kedai kot...

Tuesday, August 23, 2011

cookies yg paling sonang tp disukai ramai...



hellooo..
see..tu gambar cookies kita buat tau. yang tu jer lah sempat pun..satu: sbb paling easy-peasy, dua: cepat dan pantas tiga: nayli dan mommy suka...

actually tak plan nak buat pun. dah bertahun2 tak pernah buat any cookies raya.. tapi cik nayli ni nak sangat buat so choose the easiest one lor. hari ahad malam..kitaorang 3 beranak terperap kat dapur buat ni. anak-anak tukang letak colourful 'rice' tu. sukalaa dorang...

ni hasilnya...boleh ler.. :)


taun ni memang i tak order byk kuih raya. ala kadar saja. bajet raya tahun ni kena share ngan insurance/road tax kete yer. hmm coincidence plak kena renew road tax time nak raya, kete pun nak raya. so bajet raya kena reduce huhuhu..

bajet duit raya pun terkena tempias...so anak-anak buah ku..'achik bagi singgit sorang jer tau'. haha..mau dorang boikot i lepas ni... :)



Wednesday, August 17, 2011

lipstik...

ni bukan lipstik raya..huhuhu..


recently try revlon lipstik latest ni. eh best la. tak kering sangat dan tak kilat sangat. lasting plak tu. ai adalah penggemar lipstik revlon. kaler range nya tak banyak, dlm 5 kaler jer kot.

terpengaruh tengok jessica alba pakai. belek2 magazine nampak dia jer... (pengaruh iklan betul la). Yang jessica pakai tu merah menyala..kan trend skang. tapi ai tak berani la plok pakai color tu..kan nampak mulut jer nanti..theee..

harga seketul about rm35 kalau tak silap. beli kat guardian jer.
sape rasa nak cari lipstik raya..boleh cuba try test lipstik ni. casing pun nampak elegance kan..yer.. casing lipstik pun boleh influence the buyer tau..(terutama buyer cam ai ni hohoho)

on another note: hari ni plan balik lepas buka puasa. based on previous experiences, kalau nuzul quran orang from selangor ramai masuk city so jalan sure jammed. so belajar dari pengalaman yer anak-anak.

da..


Tuesday, August 16, 2011

Aktiviti wiken

hari sabtu, lepas jer sahur pukul 5.30am tu dah tak tido. terus buat kerja rumah. moop lantai, basuh baju semua. kalau tak buat time tu...alamak tak terbuatlah. bila dah pukul 9-10 tu lemau jer..tapi kalau keluar gi shopping mall tak lemau...hehe..

lepas habis ‘homework’ lelapkan mata sekejap. Bila kiddos bangun..tak aman dah nak tido. Tak leh tengok mak dorang senang sikit tau...nak susu, nak towel, nak tu nak ni..

ahhh..bangun je la. mandi-manda. then bersiap nak kuar ke klcc. dedinya prefer keluar pagi..so petang boleh rest. ok patuh jer. kiddos sukalah nak gi jalan-jalan. in my head, nak singgah arzu.

jalan-jalan, pusing-pusing. nayli from rumah dah bagitau nak beli manik color2 nak buat gelang. umair pun mesti nak tuntut something tapi now bila nak beli toys dia akan tanya ‘yang ni mahal tak?’ sbb dia tahu kalau mahal i tak bagi..huhu.

penat jalan, dh dapat apa yang dihajati. Soping lite-lite. Moh ler balik..pukul 2 dh selamat sampai rumah. rest.

hari sabtu plak, pagi i keluar beli groceries kat giant shah alam ditemani anak-anak. petang keluar lagi, ada buka puasa gathering kat nelayan tasik titiwangsa. my husband nyer kawan2 itm dulu buat gathering. I follow jer..most of his kawan pun my kawan jugak. sama campus la katakan.
ramainya datang berbuka kat sini. datang lambat konfem parking jauh kena menapak. makanan..pun ok, padan la dengan harga buffet. cuma agak crowded skit. tapi no hal..sebab tempat pun besar.
biasala kalau dah jumpa-jumpaan gini..lepas makan borak, makan borak..sedar-sedar perut kekenyangan.

seronok jumpa geng lama....


and this photo tak de kena mengena with the event but suddenly i teringat kesedapan pulut mangga during buka puasa kat coca last week...hmmm (gambar google)

Monday, August 15, 2011

Cousin sister and newborn cousin brother..



Kalau orang tak tahu mesti kata allysha ni lagi besar (umur) dari nayli.

Tengok la...nayli yang sememangnya kocik nampak lagi kocik berdiri sebelah allysha. Ni anak my big brother. Baru umur 4 tahun tapi badan semangat macam 7-8 tahun.

Sibuk suruh amik gamba sebab dua-dua pakai sandal baru yang tok chendering belikan.


In other occasion but same day..visiting my brother in law yang baru dapat baby. Congrats!
This handsome boy is a new comer in our family. Umair suka sangat dapat cousin baru..balik rumah pun still cakap 'cute la baby pok yi'...dan his another statement was 'umair rasa macam nak baby jer'...
mami and dedi: rolled eyes...kwang-kwang-kwang..