Friday, March 4, 2011

Canoodling...

First time here. Decoration menarik perhatian dengan theme color kuning. Talking pasal cat kuning ni…teringat pulak satu ‘baldi’ cat kuning yang hubby beli past 6 months konon nak cat feature wall tapi masih tak bergerak lagi kat bawah tangga tu. Bilalah agaknya nak start projek ni wahai encik suami! :p

Ok back to canoodling. Tempat makan ni located at Bangsar village II tingkat 2 yer kawan-kawan. Most of the menu adalah noodle. Sambil makan noodle boleh ber-doodle. Ada crayon disediakan. The price is reasonable, paling murah starts from RM4.90 dan paling mahal RM9.90 and of course the price is subject to 15% service charge & govt tax.
Also ada variety salad..my husband tried crispy duck salad. Not bad dengan fresh vege, ada rasa masam, manis…sedap.
Definitely jika masa mengizinkan will come back again dan nak try others salad..ada salmon salad jugak. Ada mi tomyam, mi kari, asam laksa etc. You should cuba try test tempat ni.

Kenapa saya suka cari makan kat bangsar?..sebab dekat dengan opis saya hehe…seminggu sekali (kadang dua minggu sekali) saya ada dinner date dengan suami so saya pilih bangsar most of the time (ok out of topic ;P )

Comelkan tiny-tiny thingy ni..
itu crayon for doodling...

Encik suami yang sabar menanti salad itik garing.. (tak tahu sejak bila dia suka makan itik ek..)


Creative kan..lampu main gantung-gantung jer

This is the crispy duck salad

I had pan mee..ada bilis dan telur masak tiga suku…served dengan fishball soup but to me soup tu so-so aje rasanya.

Ni sotong goreng cicah sos. Sos apa dah lupa, sedap jugak

Thursday, March 3, 2011

termenung tapi dalam fikiran macam-macam ada…

:
:
Dok belek2 calendar just now..terasa macam baru jer masuk tahun baru 2011. Now dah 3rd month of the year.

Teringat someone says makin hari makin shorter the time we will spend with our partner, our parents, our family, our friends dan semua. Thus spend your time together wisely. Dengan kata lain our life semakin pendek. Kalau dengar macam tu…insap jer sebab tahu amalan untuk ke sana tak cukup lagi. InsyaAllah..kita semua akan diberi hidayah untuk memperbanyakkan bekalan ke sana. Amin.

Kalau bulan 11 dan 12 last year hidup tak keruan sebab kerja banyak bertimbun. Sekarang ni pun still banyak tapi manageable. Every quarter akan sibuk with reporting pulak. Gitu lah sokmo cycle. Bulan Mac tengok tadi tak dok pulak public holiday but ada school holiday for one week. Suka lah anak-anakku... My annual leave pon dah tinggal 4 hari balance. Cukuplah nak survive sampai 30 June 2011. Bulan July dah kira cuti baru.

Bulan April bulan harijadi dua precious gems tu..si adik dah inform awal-awal nak beli cake bawak ke tadika. Maybe teruja tengok kawan-kawan dia yang dah sambut birthday kat tadika so he wants to do that jugak. Ok will consider the request…
Noted 1st May which is labour day falls on Sunday so yeay! kita akan dapat extra cuti on Monday. Pastu ada lagi public holiday for Wesak. Best kan.

Then awal bulan June dah kena pergi training lagi. Tak best, tapi tak dapek nak nolong…patuh pada arahan. Tengok-tengok dah setangah tahun gone in year 2011. Seriyes cepat masa berjalan.

yours truly...

Tuesday, March 1, 2011

muka-muka tak mandi..





Tengoklah muka-muka tak mandi ni.. :D

On weekend last 2 weeks, I dan anak-anak follow hubby ke Melaka, he had golf tournament kat sana. Seawal pukul 4.45 pagi we all dah bertolak. Angkut budak dua orang tu sambung tido dalam kete.. Golfers kan suka turun padang awal pagi sesudah subuh…I pun tak paham sebenarnya. But according to hubby, dia suka sampai awal so that tak kelam kabut to get ready dan boleh santai2 breakfirst dulu dan amik mood. Whateva… ; p

By 6.30am dah sampai kat golf club. Solat semua kat situ. Lepas tinggal hubby, by 7am kids and I left to Mc Donald Air Keroh..kitaorang melepak situ dekat 2 jam jugak. Nak check-in hotel yang ada kat air keroh tu semua penuh..macam tak caya kan. So terpaksalah tunggu receptionist hotel call as and when bilik available. Nasib baik budak 2 orang tu ok..lepak kat McD sambil layan u-tube/games. Umair sibuk ajak masuk taman buaya (just sebelah mcD)..oh idok ler..yang tu kena tunggu daddy.

Dalam pukul 9 lebih dah boring..so ajak dorang pergi mydin mall. Nasib baik air keroh tu tak besor..so boleh lah terjah. Tapi Umair ngan Nayli tanya ‘mommy tahu ker jalan ni?’ haha risau dorang takut tersesat. ‘Tak pe..tak pe.. mommy tahu jalan kat sini. Kalau sesat kita pusing2 cari jalan balik’.

Dengan tak mandi..sempat shopping lite2 kat mydin haha..bukan orang tau pun kan…unless dressing macam orang baru bangun tido surelah orang pandang semacam jer dok..hehe.

Dah tak larat nak jalan we all terus pergi hotel lepak jer kat lobby. Tak lama lepas tu..receptionist datang hantar kunci bilik. Seronoknya..sebab tak sabar nak mandi dan landing. Mula2 landing jer pastu terlelap..ye lah bangun pagi benor kalah orang nak pergi menorah getah. Tak lena sangat pun tidur sebab banyak suara2 gangguan yang tak sabar nak ajak mandi kolam. Huhuhu..sabor jer lah.




Nota kaki: Ucapan segunung tahniah to my bestie, yuze yang selamat melahirkan puteri kedua yang dah lama ditunggu-tunggu. Congrats!