Thursday, December 31, 2009

suka tengok gambar ni...

...bayangkan another 20 years or so these 2 kids tengok balik gambar ni surely dorang tersenyum simpul malu. What la mommy ni ambik gambar kitaorang tengah isi minyak...huhuhu. Cute lor.
Tapi kan mommy nak tanya satu..bila korang nak stop menyusu dalam botol? Kan lagi macho guna gelas jer... ;)

botol pun sepesen..

sampai kuyu mata..sedap sangat ker susu tu? eeii..


kalau sorang2 umair mesti mintak nak pegang getah seluar...opps! mommy terlepas cakap plak ;)



ps: Esok kita dah in a brand new year, 2010. Selamat uolsss!

Wednesday, December 30, 2009

ular oh ular kenapa ko makan katak?

Tapi ular dlm gambar ni tak makan katak pon…

Some pictures masa pergi melawat KL tower last weekend.
Kat situ ada KL tower animal zone. At first nak bawak anak-anak pergi zoo negara tapi memandangkan zoo tu besar sangat so pikir alternative place yang still ada binatang for kids to see.
Teringat KL tower animal zone yang pernah keluar dlm rancangan AC? kat tv.
Nak masuk kena bayar RM10 jer for adult and for kid yang bawah 4 tahun tak payah bayar. Disebabkan nayli tu petite size walaupun dah nak masuk 6 tahun tapi orang ingat dia lagi muda so tak kena bayar. Hiks ada kelebihan disitu bersize kecik ni.

Actually ada package bayar RM38 boleh naik tower, horse riding, masuk animal zone dan F1 simulator. Tapi kitaorang tak ambik that package sebab malas nak naik tower bagai. Animal zone ni tak lah besar tapi puaslah my kids tengok semua jenis ular kat dlm tu.
Yang sangat mengelikan tengok ular sawa yang sebesar-besarnya. Tak bergerak langsung maybe kekenyangan..eeei menakutkan. Bayangkan ular ni boleh telan anak lembu sekor. Ishhh..

Kalau berani boleh ambik photo sambil pegang ular..thousand apologies, not for me. My kids pun lari lintang pukang masa penjaga ular tu ajak bergambar…huhuh..
Let’s see photo below.







bapak katak..tak tau spesis apa ni...

ulau sawa

si kura-kura

umair buat-buat macho tp sebenarnya kena paksa hiks..


alar jenis albino..geli den

last but not least budak 2 orang ni pantang jumpa public phone..mesti nak gayut kejap.. siap berlakon cakap2 tu tak tahan..

self-potrait

yang ntah ape-ape...
tapi saya suka tengok semua gambar ni.

oh tidak..nayli nampak sampai hidung jer..ishhh kakak cover skit hidung tu.. :D

abaikan background..

silau ler

I like this one most tp spoil la belakang tu...

suka background ni

Tuesday, December 29, 2009

a therapy for me..

Kan hari tu I mcm down skit sebab stress kerja..biasalah tu. Semua orang pernah lalui kan..
Nasib baik la mr. hubby sudi mendengar pot-pet I ni tau..dia dah paham sangat. Syukran.
Bila down kita kena look at the bright side so sedikit sebanyak it helps, feeling better.

Untuk bagi semangat skit my hubby suggested me to buy new baju kerja.
Therapy yang bagus tu..I pun dah lama tak beli baju kerja.
Betul uols..kalau rasa-rasa macam kurang suntikan nak kerja, try la tip I ni..beli apa-apa jer yang baru untuk dipakai ke office. Terus dapat suntikan semangat nak kerja. It works!
I’ve got pants and shirts baru. Semua tu from Jusco.
Banyak pants kerja I beli from jusco sajork..owh I bukan brand-oriented-person.
Yang mana cantik dan selesa tak de brand pun will do.
Baju kerja pulak lebih suka pilih yang I boleh pakai utk office dan casual. Mix and match.
Pants kat jusco banyak jugak yang cantik2 tapi kadang tu cutting tak sesuai. So pilih punya pilih dapat satu jer yang berkenan dihati. Kira alrite la utk bagi semangat nak kerja. Heh..pelik tul kan..


Jalan-Jalan lagi masuk mothercare, terjebak beli baju utk anak dara. shopping ni tak kira lah untuk diri sendiri ke atau anak-anak jadi satu kepuasan tambah berbaloi-baloi lagi kalau dapat yang cantik dan murah. Skirt and baju nayli ni dapat 40% less. Hubby’s cousin working kat mothercare so dapat special price ;)

Jgn lupa tau tip yang I bagi tu…ihiks!

Mihun goreng tanpa keropok keping ibarat muzik tanpa lagu..

Hehe..tajuk ala-ala pujangga padahal pasal mihun goreng jer.

Ni kisah petang hari minggu. Rasa nak makan yang lite-lite untuk dinner.
Ting! Terfikir masak je lah mihun goreng. My hubby’s fav ni. Apalagi, defrostkan daging yang kebetulan ada sikit. Ada sayur sawi dan carrot aje..ok lah tu.

Senang jer korang..cara I masak mihun ni.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumbuk jugak udang kering. Tumis semua tu sampai naik bau..masukkan cili boh, kicap, garam, sos tomato, sos cili secukup rasa lah. Then masukkan daging. Agak-agak daging dah empuk gaulkan mihun. Campak sayur. Gaul-gaul lagi sampai masak. Oh ya I masukkan telur jugak dlm mihun goreng ni.

Ktong-ktang-ktong ktang..sekejap saja dah siap untuk dimakan.


Taburlah apa yang patut. I ada bawang goreng saja so boleh lah tabur bawang goreng…

For me wajib nak makan dengan keropok keping.. potong betul..tengok keropok keping dah out of stock plak. Sungguh tak lengkap rasanya tapi sebab makan panas2 so laju lah jugak. Macamana boleh putus stock makanan ruji I ni..salah check stock kot theheee...

Yes, am very the typical orang pantai timur yang suke makang kepok.. ;)

Monday, December 28, 2009

My gift to you..

Macam tahun-tahun lepas, my office will arrange majlis gathering to all staffs on the last day of the year – 31/12/2009. Selamat jalan 2009. So hari Khamis ni akan ada makan-makan event dan tukar gift. Kerja pun half day sajork. Me dah panjang akal..nak pergi mana yek setengah hari sementara tunggu hubby balik..ngeee..

Gift exchanged dah jadi annual event here, this is 2nd time for me. Ni semua for fun dan salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim also utk meramah mesra dengan colleague.
Semua orang have to buy gift worth RM30. No foods and books are allowed, that’s the conditions. Last year I bought sepasang mugs yang comey as a gift. Tahun ni pun buntu gak fikir nak bagi apa. Susah jugak sebab tak tahu siapa penerima. Kalau tahu senang cerita..boleh intai-intai apa yang orang tu suka. I kan sometimes suka buat menda last minute (baru trill..dok gitu?!) dah berkali2 pergi mall tapi tak beli cuma tengok2 apa yang nak dibeli. Tapi last weekend nak tak nak memang kena beli gak so me just grab this english coaster from lovely lace. Kalau guys dapat pun nasib la..boleh bagi kat mak, wife or girlfren kan huhuhu…

Sunday, December 27, 2009

my diary - past few days..

.
.

Wed: 23 Dec 2009
Kerja as usual tapi badan rasa semacam jer..macam nak demam daa. Kejap-kejap bersin..sah kena selsema. Pergi klinik ambik ubat. Makan ubat tapi tak jalan jugak. Berulang alik ke washroom. Kebetulan pulak hari ni ambik half day leave. Reason, nak settlekan something. Hubby fetched. Settle semua terus balik rumah. Kepala dah pusing. Malam tu pergi klinik lagi. Dapat MC for the next day - demam.

Thur: 24 Dec 2009
Me on medical leave. Hubby was on leave as he needs to settlekan kereta ke workshop.
Told hubby I need to go to office sekejap this morning as I have to shoot one important email. Semalam dah janji to do that first thing in the morning. Hubby bising, asked me to rest jer.
No, I have to go office jugak sekejap then I told him tak payah hantar balik, I will follow him to klang. Hubby terpaksa agree. We all keluar macam nak pergi office as usual.
Sampai office around 7.25am. Hubby tunggu dlm kereta. After 15 min kat office, me turun then straight away go to klang. Hubby nak sampai awal so that boleh habis cepat. I just follow him. Having breakfast kat klang. Me just lepak je kat workshop tunggu kereta dioperatekan. Me dah start batuk :(

Fri: 25 Dec 2009
Public holiday, hari natal. Rest at home saja with kids. Hubby playing golf. At 10am big brother called, told he wants to drop by my house.
Big bro on the way back from ambik his son, Mikhail from LCCT. Oh ya..yesterday Mik dah ambik result PMR from his school in Trg. Congrats Mik! Achik kena bagi hadiah ek?! ehehh.

Petang around 5pm my sis-in-law called informed nak pergi Bagan Lalang. Kesian pulak kat kids tak keluar so decided to follow. Sejam to reach Bagan Lalang. I was here once but looong time ago, I think masa pregnantkan Nayli kot.
Ramai jugak orang..ambik kesempatan sempena hari cuti. Having dinner kat sana together with parents in-law, sis and bro-in-law.
Umair and Nayli thot they can play kat tepian pantai. Tapi sampai dah lewat dan hujan renyai2 so dorang tak puas hati..kesian. Sekejap ajer lepas tu dah ok..main-main with their cousin, Azim. Lepas makan terus balik. Hari ni me dah getting alrite..selsema dah hilang cuma batuk.

Sat: 26 Dec 2009
Pagi-pagi lagi dah keluar sebab janji dgn kids to bring them to KL Tower. Sarapan kat sana. About 11am, dah habis pusing sana then terus ke Sg. Penchala rumah makcik hubby's side. Meeting in laws kat sana. Lunch there.
Pakcik has set to buat BBQ at night..plan proceed terus with buying ayam, daging dll. Lepak sana. Petang, keluar sekejap jalan2 ke Curve, nearby only. Hujan lebat. Malam - BBQ session. Makan2 & borak2. Makanan semua sedap.
Sempat jugak tengok Sehati Berdansa tp kena bergegas ke LCCT pulak sebab ada temujanji, nak kirim barang to my brother in Gold Coast. On the way tu me sempat call my mom tanya result Sehati Berdansa..huhu sanggup tu. Twelve o'clock selamat sampai rumah..kids semua dah tidur dalam kereta.

Sun: 27 Dec 2009
Spent time kat rumah. Esok dah nak kerja. Pagi keluar sekejap to Mydin Subang buying groceries. After that my job to settlekan kerja2 rumah pulak. Plan awal kononnya nak kemas bilik Nayli tp plan tinggal plan jer..tunggu bila semangat rajin nak datang ni.
Hmm..look forward for another long weekend ;)

the end
written @ 6pm - 27/12/2009.

Wednesday, December 23, 2009

minyak senyonyong?

Hi korang...amacam? hope my entry today finds you well ok.

Seronok kan..lately kerja 4 hari jer seminggu. Next week Friday cuti lagi. Yeay!

Tak...(tetiba keluar tak..???) Ni nak cakap I sukalah pakai benda ni.
Bio-Oil (bukan minyak senyonyong tau!)


Almost half dah. If not mistaken I start pakai bulan puasa lepas. Pakai pun malam2 buat tido.

FYI, my anak dara very demanding..nak tido dlm aircond sokmo. Her skin sensitip skit, kalau panas naik ruam. Me plak tak tahan sejuk. You know lah tido dlm aircond ni kulit boleh jadi kering..so me pakai bio-oil utk lembabkan kulit.
Sedar...umur masuk 30-an ni dah tak macam kulit zaman remaja dolu2..isk-isk

Satu lagi yang me perasan, bio-oil ni bagus utk kurangkan parut. Me myself ada time-time hormon tak betui or bulan mengambang...akan keluar lah jerawat-jerawat gatai kat muka. Bila letak minyak ni perasan parut cepat hilang.
I loike..

Harganya reasonable, botol kecik dalam RM30++ yang besar RM50++. Memang senang dapat kat mana2 farmasi kalau nak try test. :)
Uishhh promote plak..bukan dibayar pun tapi just for sharing the info. Kan sharing tu sexy.

daa..c u soon!

Thursday, December 17, 2009

Selamat tahun baru...

Selamat menyambut maal hijrah semua.
Esok genap 12 tahun (kalendar islam) arwah ayahku pergi mangadap ilahi. Moga roh ayah dicucuri rahmat di sana. Amin.

Selamat bercuti untuk semua..seronokkan weekend panjang. Sure masing2 ada plan macam-macam. Apa pun semoga happy dan have fun bersama orang tersayang ok! Ciao...

Wednesday, December 16, 2009

Luahan rasa…

Entry tak bergambar.

Mood: unstable skit probably due to pms (sila blame to pms)

Rasa nak jeluak tengok kerja. Nak quit!!! Tension la..bila bangun tido ingat ‘dia’, balik rumah pun bawak balik ‘dia’. What a life!

Pernah alami same symptom kat previous office tp tak lama lepas tu me gi interview tempat lain. Adakah???

Stress tau kerja sampai termimpi-mimpi (nightmare). Critical & unhealthy kan. Adakah pasal stress, muka skang ni dilawati pimples (another nighmare!) siap kena perli kat my husband lagi..arghhhgrrr…

Bila macam ni sungguh tak enjoy. Ya Allah tolonglah hamba mu ini..permudahkan segalanya.

Tak ada ker offer yg kerja dari rumah dan flexible time tapi income min. as what I earn now OR above? Tu dia..very demanding. Eheh!


Pagi-pagi tadi me teringat my best friend. I think pernah mention kot kat sini..she is my bff. I kawan ngan dia dari kecik berhingus lagi. Main sama, gi sekolah (rendah & menengah & u) sama, our family duduk kat quarters yang sama. Membesar bersama. Gaduh2 pun biasa.
She’s right now in Kemaman so very seldom jumpa. Rindu kat dia.

Ok reverse..pagi tadi ingat dia so me smsed her. Me tahu dia nak gi umrah tpi tak sure the exact date. Rupanya my instinct still boleh pakai (orang kata those yg lahir bulan 5 punyai instinct yang bagus..hmm betul ke? ntah..) My bff InsyaAllah akan berlepas ke tanah suci malam ni. Alhamdulillah dapat gak chat ngan dia before dia berangkat (called her after that).

Friend, me doa kan semuanya selamat ok! Jangan lupa titipkan doa buat ku dihadapan rumah suci Allah. Tetiba emo plak.

Tapi yang bestnya dia dah pun ambik keputusan recently to quit kerja dan jadi surirumah sepenuh masa dan jaga anak tunggal kesayangannya tu (how lucky).

She informed me once but I told her to think deeply. Nampaknya dia happy dgn keputusan dia. Am happy for you too.

How I wish I can follow your steps tapi apakan daya…isk-isk..

Orait gtg..nak sambung kerja. Lega skit dah meluahkan emosi kat sini..emo ke?


P/s: to my sis-in-law, I’ll pray for you. Everything will be ok sis.

Friday, December 11, 2009

celoteh pasal anak

Lately umair dah mcam suka buli his sister, kadang tu kakak pun suka mengusik jugak, bila tak kena jer he starts to throw a tantrum to kakak, pity kakak most of the time kena mengalah and she gets really frustrated.
cheeky face..

At times, dorang happy jer main sama-sama. One minute they happy and the next minute, dorang boleh gaduh2. Sabar jer..kena always ingatkan dorang adik-badik tak baik gaduh tp bila time dah marah tu dah tak ingat dah pesan mommy dia.
Umair memang tak kasi can kat kakak nak duduk peluk-peluk me, dia jeles dan nak conquer mommy dia sorang jek. Ada sekali tu kakak cakap kenapa mommy tak sayang kakak. Makes me shedih plak so me kena explain bagi dia faham. Mommy sayang both of you laaa...

I noticed bila both of them with other people, maksudnya I tak exist kat situ dua-dua very kamceng. Sangat senang dihandle. Itu according to my mom yang seminggu jadi pengasuh dorang. Bila I ada saja dorang ni nak attention lebih + mengada.

Dua anak dua karektor yg berbeza. Semestinya as their parents we want the best, I meant ikut kemampuan kita baik dari segi kasih sayang, pelajaran, kewangan etc..selebihnya kita tawakkal saja. Sesungguhnya dengan dunia yang makin modernized ni membesarkan anak-anak adalah satu cabaran besar..not like our parents dulu. Zaman dah berubah. Dulu mak kita (or mak I) selalu kata bila bela anak sendiri baru merasa susah senang, macamana perasaan menjadi ibu. Sekarang sy faham mak…

To my girl..soon you will be going to Primary 1 (year 2011 but setahun very fast time terbang pergi)…then enter your teens…owh no! better I stop fikir lebih-lebih. You’re still our little baby girl dear!

kakak a.k.a nayli. Makin besar lagi nampak macam muka daddynya..
this pic was self-taken by nayli. bila dia dapat camera camni la..suka posing ;)

Thursday, December 10, 2009

happy time!

Entry bergambar - ni gambar masa makan malam with my family during cuti raya haji that day.

Walla,..foods are good! Burp.. Alhamdulillah.
Pencinta seafoods like my husband and bros suka la..but not me. Makan tu makan but tak fancy sangat to seafoods. Masa dorang makan oyster, I tengok jer..
Ketam suka lah tapi aci tak kalau orang tolong keluarkan isi? ngeeee...

Actually gathering kali ni ada 3 family members tak dok..tak cukup korum. InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan lain kali boleh berkumpul dan makan together-gather lagi.
Yang paling seronok tengok kids... happy sungguh depa!
My mom pun happy jer..sebab keesokan tu dia dah nak balik kampung halaman yang ditinggalkan almost a month. I rasa this time paling lama my mom was here. We all cakap kt kampung tu bukan ada ayam itik nak kena bela..tpi tu lah dah nama pun rumah sendiri mesti rindu kan..thanks mak.

oyster yg fresh dan besar..

ikan dah tinggal tulang..licin. I like masakan ikan tu..thumbs up!

close-up, ketam bercili

happy tokwan

there nayli!! ashraf and jasmine

suka hati dah kenyang

daddy tengah ketuk ketam ke?

kenyang perut senang hati ;)

Tuesday, December 8, 2009

faktor usia?

:
:
Have you ever..do things yang tak 'parallel' dgn what is in your mind? Contohnya:
Case (1) In my mind I nak pergi ambik something kat bilik, tapi I pergi dapur buat something else.
Case (2) In my mind I want to type/tulis lain tapi my hand pi type/tulis mende lain (eg: when I update blog..ngehngeh..bahasa, grammar lintang pukang. Pastukan bila baca balik heh! macam pelik jer...)

Bila terjadi case (1) I akan reverse ke tempat asal then recall apa yang I nak buat sebenarnya..then baru boleh ingat balik apa nak buat sebenarnya. Kritikal ke ni? OMG…banyak sangat ke urat2 putus masa bersalin dulu? Atau banyak sangat makan semut?

Cecece.. tak nak mengaku usia dah meningkat. Lepas ni kena banyak makan kismis. :)


hahaha..
tq to mr google for this!

Monday, December 7, 2009

What is your inspired blog?

As for me, I like to read blogs yang write about parenting tips, perkembangan anak-anak, fashions dan topic semasa yang kadang tu kita tengok it’s plain tpi bagi setengah orang bila pandai bagi pandangan in different angles dlm bentuk penulisan, the colorless things jadi colorful things to ponder. Lenggok bahasa yang ditulis simple dan mudah difahami buat kita tertarik nak baca lagi dan lagi..

Me seldom have a chance to blog-walking kalau kat office. Kadang tu bila kerja terlalu banyak dan tak tahu where to kick-start I will stop for a while and browse internet, baca blog..huhu pengakuan ikhlas. Alaa..kita kan manusia biasa bukan robot yang boleh disetkan kena kerja 10 jam sehari tanpa henti.

Bila jumpa blog yang cool I usually bookmarked it so senang I nak come back and read.

Kat office dah mengadap PC sampai kecik mata so bila balik rumah nak buka tengok laptop adalah sangat malas. I prefer lagi spending time dengan anak-anak. I know..I must admit that I tak boleh jadi blogger tegar! My facebook pun very-very seldom ber-update but I like the idea of having a facebook account sebab at least I have a base where to find for my old friends yang dah lost contact. Sesekali bila teringat boleh masuk tengok gambar ke..chatting ke.. ;-)

Lain orang lain pendapat kan..ikut selara masing-masing. Yang penting happy :)

Ps; The blog that I have is very simple..ikut mood nak tulis apa.

Friday, December 4, 2009

Happy birthday dude!!!!

Last nite we had dinner to pre-celebrate my hubby’s birthday today. Another year added but young forever…kan daddy?!
Birthday dude yang belanja..huhu terbalik, tak per lain skit.
We had healthy foods at Manhattan fish market Alamanda. Healthy foods??

The hubs sharing birth date with his younger sister and one of his boss. Happy birthday to all of ya!
Nayli & Umair dah wish awal-awal lagi kat their aunt last nite. Wishing you all happy always, dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera. ;-)

aum..nyum.. birthday dude!!!

kakak jeling boy

healthy foods?

nayli the story teller

boy..bz cutting the fries

happy besday daddy!

tomato anyone? the only sayur yg nayli makan is salad..

Thursday, December 3, 2009

random pics on raya haji...

yuhuu..

I baru terkedek-kedek nak publish some pics on raya haji. Well, raya haji this year..my mom was with us in KL so semua adik-badik came to my lil' casa. Meriah sungguh kat may haus that day..bukan sokmo dapat kunjungan ramai camtu. Suke..suke..

My mom masak simple dishes, nasik impit kuah kacang dan kuah ikan aye/tongkol. Pastu my brother bawak satay and me buat puding laici as pembasuh mulut :)
Yang paling happy was all the budaks kecik. Me biarkan dorang playing toys kat dlm bilik.. tup-tup bila me masuk mcm nak pengsan sebb bilik dah tak rupa bilik lagi sebijik mcm kapal pecah! haa pulun lah korang.

Petang skit we all semua keluar beraya ke Ikea..ngeee..
Mak aihhh ramainya orang kat sana..Me and kiddos dah tak larat mengharungi lautan manusia kat sana cepat2 ambik short cut keluar, tunggu my brother kat luar sambil lepak layan ice-cream & karipap ikea.heh

Acara jalan2 dihari raya haji diteruskan lagi ke rumah my big brother plak. Then we all having a dinner together-gether. Pukul 11 malam baru sampai balik rumah. Wahh..lotih jgn cakap lah...but fun, fun and fun!!

Let's view photo..

kyoko-chan the bz-est girl in da haus..she's so hyper :)

busy kids

kyoko-chan with her papa..tu ada yg tak kena berebut toys la..apa lagi.

tok wan duk layan cucus tengok hamster..oppps tok wan tak pakai tudung kena katup skit..
heran... mana nayli time ni.. ;)

kyoko-chan & ashraf

That's it for now..will come back soonest possible. Da..