Friday, July 15, 2011

Tersenyum...




Tadi baca update redmummy, entry pasal lingerie time pregnant. I tersenyum sorang bila she mentioned panties time pregnant macam panties nenek-nenek (no offence yer nek! ). I think that’s quite true. Sungguh bosan tengok color undies time peknen. Ni pun based on my own experience. Tau je lah bila ngandung semua pun kembang..so kena beralih ke size lebih besar. Choices sangat limited. Kalau suka yang colourful and lacy2 (yer saya suka) tu memang tak jumpa lah undies untuk orang mengandung..hahaha.

Pompuan biasalah, suka yang comel-comel, berenda-renda kan. Seksi kot..oppps! Tempat yang redmummy rekomen, la senza memang I loike other than wacoal..
Time ngandung dulu ada jugak beli yang wired bra murah2 (in colours) pastu buang wire sebab senak dada pakai yang berwire bagai. Exactly macam tips redmummy. Tu yang buat saya tersenyum jer baca her entry today. Teringat time mengandung.

So for those yang bakal ibuk-ibuk...plan to be ke..boleh guna pakai tips tu. During pregnant tak lah nampak pale je kan..choose colourful bagi ceria-ceria sikit hehe..

On another note, thank you LHDN sebab dah luluskan my tax refund. Orang lain dah lama dapat, me baru dapat. Tak pe lah..at least boleh buat pocket money to phuket walaupun tak banyak but it makes a difference tho...

Wednesday, July 13, 2011

Serai

The other day pergi dinner kat serai. Selalunya time wiken huishh ramai orang queue. Kalau time lapar memang tak sabar nak tunggu.
Kitaorang pergi on Friday nite. Orang suka gak lepak-lepak chilling hari jumaat malam sebab esoknya tak kerja.

Sampai2 tengok full house tapi waiter suruh tunggu kejap, will call in 5 minutes. So sempat jalan dulu kat kedai-kedai next doors. Tak lama dia call inform ada tempat kosong.

Order-order, makan-makan.

Nak tunjuk satu ni, terung goreng garing. Sedap sangat. First time cuba.



Keesokkannya me cuba goreng kentang sliced nipis2 (sebab tak de terung) then goreng ngan cili boh dan ikan bilis (ni tambah sendiri kuit my selera..hiks). Next time boleh cuba terung.

I pun try jugak pavlova yang famous itu. Tak leh masuk perut dah so tapau jer. Sedap laa untuk sape2 pencinta kuih yang manes. I makan sikit, the rest my husband habiskan. Gambar pun tak dan nak ambik..heh.
Harga boleh tahan, satu slice RM14...gulp!

Tuesday, July 12, 2011

Celoteh hari ni... :)

Hmm baru jer lepas gugel apa benda yang best kat phuket. Basically shopping lor..other than the lovely beach. Thanks to encik gugel yang sentiasa ada bila diperlukan.

In term of food pulak, agak skeptikal...just in case, I will bring maggi cup and instant milo. This week encik husband outstation then next week is my turn. Kesian kiddos..kena tinggal. Nak buat camane kan.

Anyway looking forward balik dari phuket sebab nak jumpa ibu tersayang. No, me tak balik kampung..tapi ibu saya yang datang KL. Disebabkan masa tak mengizinkan, me request my mom datang jalan2 ke Kuala Lumpur sebelum Ramadhan tiba. She’ll fly all the way from KT to here...huhu..
Wish to bring her pusing-pusing KL since rasa bersalah lama tak balik kampong. But my mom understand my position...bukan sengaja tak balik.

I know apa yang ibu saya suka..like daughter, like mom...shopping...hiks.

Lepas tu dah sibuk berpuasa. Seminggu ke seminggu sure cepat jer berlalu. Bila dah 2 minggu berpuasa, akan terasa bahang hari raya pulak.

Then cuti panjang sikit pulang beraya ke kampung halaman. Masa ni lah baru jumpa adik beradik, ipar duai. Walaupun adik beradik tinggal tak jauh kat sini but we hardly meet each other. Masing-masing busy ngan hal masing-masing. Time balik raya lah masa untuk kumpul ramai-ramai. Miss that..

Bet you, masa cepat jer berlalu sekarang ni...bila raya we are already in September (kalau panjang umur). My biras will deliver baby soon..nampaknya tambah another family member my husband side. Blessed.

Dah lama jugak tak de budak kecik in the family. Nayli was the first one then followed by umair and azim (almost the same time) sebab dorang ni sebaya. My side pun will get a new anak buah jugak end of the year. Another bless.

My family sendiri..so far tak tambah lagi. Baru-baru ni suspens jugak sebab kelambatan ‘best friend’ haha tau pun gabra.
For me kalau tuhan nak bagi rezeki terima dengan syukurnya..

Thursday, July 7, 2011

update pasal baju rayo.. :)

Hari tu kan berceloteh kat sini kata tak beli baju raya lagi kan..sekali last weekend pi beli material. So gamble, entah tailor nak jahit ke tak. My husband lah at first kata nak recycle jer baju melayu yang mana ada, me pun tak lah beriya sangat nak pikir this year baju melayu. Tetiba he changed his mind nak tempah pulak. We went to jakel shah alam saja.

I terbaca kat paper pasal jakel sale ni, the owner ( lupa the name) kata even on sale pun kalau customer mintak discount they will consider. So me pun try lah my luck. Dapat adik SA yang baik dan helpful. Total semua tu dapatlah lagi discount about 12%. Kira ok lah kan..even we didn’t spend beribu-ribu.

The next day, I gamble jumpa my kakak tailor at medan mara, lucky me dia nak ambik my tempahan. Tapi sebelum tu kena bebel hahah.. ‘ko ni main terjah jer..bukan nak call dulu
Jangan marah kak.. :)

So Alhamdulillah ada baju raya sedondon tahun ni. Walaupun yang murah-murah saja dan last menet...
Kalau beli siap agak susah sikit kot nak ‘berdondon-dondon’ ni kan..

The point is always try your luck.. tak cuba tak tahu! Kan.. :D