Thursday, December 30, 2010

have fun with dino...

Heylo..
fun..fun..double fun esok cuti ek..

Me applied cuti earlier tomorrow sebb cik nayli ada orientation session kat sekolah. Since announced public holiday..harus cancel annual leave ye tak?! Then I got an extra cuti.

Oraito! ni gambar2 last weekend @ pusat sains negara. When you have kids..tempat2 camni sangat sesuai for them. Good exposure tho. In addition, mak-ayah pun boleh join sekaki sebb tak pernah jejak pun tempat ni. Educational place for parents jugak..hiks..

In conjunction dengan nayli nak masuk darjah satu me and hubby ambik cuti panjang skit. Excited la pulak. Asked nayli 'are you ready to go to school?' cepat je jawab..'yes!! i'm ready!'

Oh gosh..maknya yang berdebar2 (over tau!!). Anak bujang pun cool jer nak masuk kindy. Bila lalu jer depan 'his wanna be kindy' me saja tanya 'ni school sape?'...
school umair!!!
since nak masuk kindy, me train dia basuh yakyak sendiri..macam2 pesanan la kan (memang typical mom!). So far so good - up to mommy's expectation.

Opps..menceceh plak. Jom saksikan gambar...

hi abang dino..cute tak? comey gigi dia..
ramai budak2 kecik takut nak dekat dengar dino ni mengaum macam real..

curious!! dino ni bergerak2..

cheeky umair..always usik kakak




pose?

blur.. and this is the only pic of us. kesian..

giant turtle

exciting! tapi scary jugak..see siap pegang tangan hehe..



hey dude!

jom ke bulan!

umair donno to pick which one..nayli try her best to nyalakan mentol..

Monday, December 27, 2010

What we did last weekend..

• Dimulakan on Saturday, seawal 9 pagi we all dah keluar sebb nak hantar my niece, alisya (yes, she overnite at my place) jumpa papanya nearby klcc.

• Then we off to pusat sains negara, mont kiara. Kiddos nak tengok dino. Gambar nanti me upload…insyaallah.

• We took family package rm25 (2 adults and 2 kids) memang just nice lah utk we all sefamily.

• If you guys plan to come here..sila datang awal so less crowds and boleh try semua benda kat situ

• My kids, especially nayli now suka tengok TVIQ channel. So sangat suka sains for now…influenced. Kena mention ‘for now’ sebb being kids sekejap keen into this, next week suka benda lain plak. Normal lah tu.

• Masa we all nak balik tu..orang dah start ramai. Nasib baik datang awal…

• Lepas tu pergi lunch kat TTDI shah alam. Dah lama sangat tak ke sini. Used to have lunch sini masa me kerja kat shah alam dulu. Masih tak berubah..bermacam lauk pauk ada. Rambang mata nak pilih. Me tanya ada pulut durian tak..tuan kedai tu kata pukul satu lebih baru ada. Masa tu baru pukul 12.30. Tak kuasalah pulak nak nunggu. Ok now dah tau timing..next time datang pukul satu lebih.. :)

• Lepas isi perut..singgah tesco shah alam to buy groceries. Add on baju sekolah nayli lagi sepasang. Dan…tunaikan janji beli kasut sekolah untuk Umair. Padahal baru nak masuk kindy tapi nak pakai kasut putih mcm kakaknya. Tak pe…tak membazir sbb kaki sama saiz. Kakak pun boleh pakai kasut umair tu. Iya..dorang ni sekali pandang macam kembar..size lebih kurang jer.

• By the time sampai rumah dah nak pukul 3 petang. Biasalah balik beli groceries…akak kena susun sana sini. Alang2 kemas peti ais sekali. Penat gak..tapi tak boleh taking nap..so bermalas-malas sambil baca paper. Habis semua berita dibaca.

• Pukul 5 ptg, nayli sibuk remind her dad suruh tukar tayar basikalnya dan letak tongkat. Maklumlah orang dah pandai naik basikal..so hari2 looking forward pukul 5.30 ptg sebb nak main basikal. Umair for now dengan scooter saja. Tapi dah ada hint2 mintak basikal jugak.

• While mommy masih bermalas2 lagi sambil tunggu washing machine berbunyi..lepas tu ada kerja, kena sidai kain.

• Malam keluar kononnya nak ke ioi jer…I have to buy gift for office punya event. Nak tak nak kena beli weekend ni jugak kalau tak, memang tak de masa dah. Sekali tengok mak aih..ramainya orang queue nak masuk parking. So husband suggest ke sunway pyramid. Dengan harapan that tak ramai sangat orang tapi unfortunately worst. Nak bayar tol pun beratur panjang. So we heading to Empire sajork. This is always my favorite place..empire and subang parade. Bukan apa..kat sini tak ramai sangat orang. Ramai lah jugak (what am talking!) tapi tak seramai kat tempat2 lain yang nak berjalan pun bersesak2. Kureng suka unless terpaksa.

• Nayli nak makan roti fave dia kat kedai roti Tun Mahathir, so singgah jap. Tau dia order air apa…black coffee. Macam orang tua dia ni..tapi macam biasa me yang kena habiskan, dia minum seteguk dua jer dah..

• Lepas tu masuk tangs..tak jumpa pun gift yang sesuwai..last2 I dapat satu rantai. Murah je.

• Then menapak ker subang parade. Finally dapat gift tu kat parkson. Jam dah dekat pukul sepuluh. Moh kita balik. Heran..2 budak itu masih segar bugar..walaupun tak tidur petang.

• Balik rumah me layan cerakarama sorang2.

• Ok Ahad pulak. Pagi keluar ke carboot sale aka pasar tani shah alam. Dah lama tak datang sini. Beli apa2 yang patut, pukul sepuluh balik.

• Me sibuk menguruskan rumahtangga…basuh baju, cuci toilet, kemas baju..masak lunch.

• Petang me keluar sorang2 sekejap sbb ada lagi benda nak beli untuk top up gift yang beli semalam. Isshh.. my husband malas nak ikut sebb simpan energy nak tengok bola..hiks. Kiddos lagi best main beskal daripada ikut mommynya. That’s why lah me keluar sorang2.

• Malam me sibuk wrapkan gift sambil dibantu oleh 2 kanak-kanak.

• By 10 me dah mengantuk giler.. nite everybody.

• Itulah kronologi 2 hari rest yang tak berapa nak rest..ada jer plan…..kalau boleh nak cuti lagi 2 hari. :)

Thursday, December 16, 2010

fries from popeyes

Ada yang puasa hari ni? Alhamdulillah.

Yours truly pun insyaallah puasa.

Biasalah kalau time puasa ni ada je teringin nak makan itulah inilah..kan.

Semalam lidah ni rasa nak berbuka ngan makanan ala2 siam. Dekat rumah tu ada se kedai boleh tahan lah dangan masakan siam. Nak masak sendiri bukan tak boleh tapi sampai rumah pun dah dekat time berbuka. Capek. (hehe… what an excuse!) Senang cerita, lepas maghrib keluar kejap makan laju-laju sebab ada orang tu nak tengok bola. Naseb baik menang 2 – sifar.

Pastu..hari ni tetiba rasa nak makan apa you know..hmmm nak fries popeyes. (ishh puasa2 cerita pasal makan)

Serious uols, fries popeyes memang terbaek..you should give it a try. I know popeyes ni tak banyak outlet mcm mcd or kfc. Yang paling dekat ngan I..s.pyramid loh.

Tadi dah text hubby bagitau hajat yang tersemat dihati..ihiks..dia reply nak dia tapaukan ke..(terharu I.. so kind of you dear..)

On another note…

Eh uols tengok tak prebiu cerita hantu kak limah balik rumah? ke ouls dah terjah panggung terus? Haha..kelakor kan..I duk layan berdua ngan nayli. Terkekeh-kekeh dua beranak.
Nayli ajak tengok movie tapi maknya ni sibuk sokmo wiken. See how lah..wiken ni ke.. (sabtu ni ada valid reason tak yah kerja sebab tak de letrik kat opis..yeay!!)

Lepas cerita tu kitaorang layan cerita donut plak..heheh gelak lagi. Nayli suka benor. Siap ikut Sheila Rosly nyer dialog dengan sengau-sengau nya sekali. ‘Donut..donut..donut..’ ‘lelaki donut suka minum susu tau!’ :D

gambar ni taken last 2 weeks kot....

Saturday, December 11, 2010

@ w.o.r.k

Dihari sabtu yang mendung ini, me sekarang berada di office kena kerja. What laa...
Try to go back at 2 tapi ni dah pukul 2.15 masih berlambak kerja. :(

Peak season, what to do... my weekend is dull lately..uhuks!

Look on the bright side...kalau tak kerja kuat nanti tak dapat bonusss tahun depan so kerja, kerja..heh. Betul tak? Bila ingat tu terus bermotivasi sikit.

ok sambung kerja!

Wednesday, December 8, 2010

share the happiness...


I love you so very much guys..



This photo taken last Sunday @ haagen-dazs s. pyramid. Sunday petang saja bawak kiddos jalan2 & kebetulan masa makan eskrim yang super-marvelous tu suddenly ada orang nak snap photo we all untuk haagen-dazs contest. We all ok jer...say cheese!!!
Gambar ni ada dlm facebook haagen-dazs. Whoever dapat 'likes' terbanyak menang the contest.

Whoa.. see umair tak sabar2 nak makan eskrem.
nayli and her oversized rings... Now pantang nampak girls shop mesti nak masuk.
So ge-gerl lah u! :D

Monday, December 6, 2010

happy birthday ddy...

Allah selamatkan daddy...

yeay!!! Happy birthday dude! Semoga dimurahkan rezeki yang banyak dan diberkati. Semoga sihat and happy selalu. All good wishes...


Sempena birthday daddy..daddy belanja makan :D
No big celebration tho, we just had dinner at daddy’s favorite kedai daging - Las Vacas near Solaris Mont Kiara on Friday nite.
Nak sampai sini we all bermurah hati bayar tol penchala 2 kali…terlepas junction punya pasal. Umair boleh hafal lah jalan..sebab masuk tunnel 4 kali – pergi dan patah balik jadi 4 kali masuk terowong.



Nayli gave her dad a letter you!
Dia tulis mommy loves daddy so much, kakak loves daddy so much and umair loves daddy so very much too.. huhu sweet je. Daddy bawak letter tu simpan kat opis dia. Sure bila besar esok daddy akan tunjuk balik kat Nayli... :)


Orait..wish semua selamat menyambut awal muharam

Wednesday, November 24, 2010

Uniqlo KL


Have you heard UNIQLO? Dah ada kat KL tau. Kat Singapore dah lama ada sekarang baru buka in KL. Agak ketinggalan sikit.
Investor mestilah nak tengok pasaran kat sini camane, study fashion taste Malaysian camane...banyak lah kot criteria2 penting mesti dorang kaji sebelum buka outlet sini kan. Kalau nak compare ngan Singapore mestilah dorang nak invest kat Singapore dulu kot. Tak dinafikan pun kalau bab-bab fashion KL sampai lambat sket. Ok kita tak payah pikir pasal tu..yang penting we have another new choice here.

So for youngsters out there or even to mak-mak orang yang berjiwa rumaja pun bolehlah terjah uniqlo boutique at Fahrenheit. Dulu known as KL plaza kat bukit bintang sinun. Baru jer bukak kalau tak silap awal bulan November hari tu.
Mid October lepas masa I attending course kat grand millennium hotel (right opposite the Fahrenheit ) so intai-intai ler kot dah buka. That time uniqlo masih dalam process final touch. Till today belum sempat lagi ke sana.

Kalau nak cuci mata apa ada kat uniqlo secara online boleh tengok sini.

Tuesday, November 23, 2010

sihat sebelum sakit

Terfikir seketika..bila kita diuji dengan rasa tidak sihat (sakit) baru kita menghargai saat-saat sihat. Khamis lepas tak tahu lah apasal..salah makan ke..tahan makan ke atau terlebih makan. Lepas lunch dah rasa tak sedap badan, rasa makanan lunch tak hadam2 sampai ke petang. Dah lama tak rasa macam ni. Balik kerja singgah seven-e beli eno halia. Konon nak kurangkan rasa ketidakhadaman makanan.heh.

Tapi bila minum rasa lagi worse..nak muntah plak. Apalagi… jangan ditahan. Lega bila dapat keluarkan semua. Sah perut sudah masuk angin. Ni mesti kes tahan lapar. Kebiasaaan, bila dah ralit buat kerja nak makan pun tangguh, nak gi toilet pun tangguh. Bila sakit memang tak berbaloi langsung. Lepas uwek-uwek disusuli pulak rasa pening dan sakit perut. Aduh!..dugaan.

Next morning gigih bangun konon nak kerja tp kepala terhuyung-hayang. My kids pun baru jer kebah demam termasuklah my hubby. So now is my turn. Lastly decided tak pergi kerja..macamana nak kerja dah lah pening ditambah pulak ‘cherry berry’. Complete set. Kejap-kejap berulang ke toilet. Tahulah kan bila kena diarrhea badan cepat letih sebab air keluar banyak. Me dah flat giler. Baring jer laa jawabnya. Tengahari dah kedemamam pulak. Masa ni rasa sangat-sangat menghargai kesihatan. Betul tu, baru sikit jer tuhan bagi sakit. Kesihatan tubuh badan adalah segala-galanya. Orang kata hidup biar healthy dan wealthy. Dua-dua berperanan penting.

Ingat mak..call dia cakap tak sihat (heh..ngadu sket) Mak pesan berkali2 minum air banyak..pergi klinik. Nak drive pun tak larat macamana nak keluar gi klinik. Kejap lagi dia call balik..rupanya dia dah tepon my adik suruh ambik me and bawak gi klinik. Dalam hati…prihatinnya mak.

Masa sakit pening ni perhatian dari family very much appreciated. Husband ambik half day. Anak2 pun sekejap-sekejap masuk bilik tanya ‘mommy ok?’…Tuhan aje yang tahu perasaan time tu macamana. Syukur. Moga perhatian dari anak-anak kekal sampai bila-bila. Nayli sabar je suapkan roti ke mulut mommynya yang asyik baring seharian. Betul me flat sungguh…tak de energy. Dia tengok me lemah jer digosok2 lengan. Rasa sakit pun jadi tak sakit. Actually anak-anak ni pun tengok macamana kita treat dorang masa sakit so sikit sebanyak dia apply back the same to their loved ones. Mak mana-mana pun kalau anak sakit/demam pasti tak nyenyak tidur kan. Bangun tengah malam basuhkan kepala, urutkan kaki, badan bagi rasa selesa.

Lepas ni berazam nak minum air kosong banyak-banyak. Makan buah banyak. Time makan sila makan. Time ke toilet jangan tahan2.
Kerja kerja jugak. Sakit kalu sapa yang susah. Diri sendiri jugak susah. Akhir tahun ni kerja mcam apa..cuti freeze. Kalau boleh every weekend pun nak kena kerja. Habis lah….

Dizzy still rasa sampai ke Ahad. Sesekali terdetik dalam hati apsal ni pening2…ke umair nak dapat adik? Ishh takkan kot. Kalau betul suka lah nayli & umair sebab selama ni asyik mintak adik aje. Nanti sape nak jaga? Susah lah kalau time kena outstation. Eh kalau dah rezeki terima aje dengan kesyukuran. Haa..sampai ke situ me bermonolog dalamam. Jauh betul pikir.
Skang ni pun ada lagi dizzy sikit tapi Alhamdulillah dah getting better. Cuma lepas ni beringat jangan leka sangat buat kerja sampai lupa segala.

Thursday, November 4, 2010

take a break...

Just received a joke email and would like to share here. C'mon..take a break sekejap.


You were riding a bus, when you suddenly fart. Luckily the music is very loud.. Every time you farted, you timed it with the music. When you were going down the bus, everybody were throwing dagger looks at you, and you suddenly realized . . . . that you have your MP3 player on your ears!

me: eeewwwww!

1st night grandma wore a see-thru dress, grandpa didn't react...
2nd night grandma wore t-back, grandpa still didn't react...
3rd night grandma all naked, grandpa said 'what is that you are wearing, it's all crumpled!!'

me: hhahaha

John: it's my wife's birthday
Peter: what's your gift to her?
John: i asked her what she wanted
Peter: what did she said?
John: anything, as long a there is a DIAMOND.
Peter: what did you give her?
John: playing cards

me: joker!

?

....hard feeling or heart feeling?




hmmmm...lets seek uncle google assistance :)



btw, have a fantasticbombastic long weekend uols!

Wednesday, November 3, 2010

celoteh pagi saya...

Heylo..

Morning!
Pagi2 ni I nak berceloteh pasal my fav DJs in my CURRENT fav radio station (Red FM). I know it sounds a trivial issue but for me I mesti nak tahu what happen to my fav DJs.

Boleh katakan every morning without fail I will listen to their morning show. I was hooked. They really make my day dengan jokes, celebrities gossip etc. and not forgetting the songs they played semua my fav numbers. Berulang2 pasang pun tak per..suka. However since last 2 weeks kot..their voices dah tak kedengaran lagi.
Ingatkan dorang cuti so replaced by other dj. Tup-tup dengar promo sebut morning show dengan dj baru. Ala..so sad. See..how much peranan dj to a radio station?? That radio station boleh hilang loyal listeners…ehem ehem like me :D

I ni tak puas hati..my husband maybe dah lali dah dengar I pagi2 tanya soklan sama..mana JD & Dilly ni?

Ok tak puas hati punya pasal…sampai2 office tadi terus check dorang punya website.
No news about them at all. Pictures dorang pun dah removed. I googled..I thought I sorang je wonder where they are? Ramai lagi fans dorang yang tak puas hati.
At least dapat lah clues yang dorang ni most probably join another radio station. Mungkin after this I will switch to a new radio station to listen their show…let’s see, hehe sungguh kuat pangaruh DJs…ye lah boleh menceriakan pagi anda yang bersesak2 masuk KL pergi kerja. Kadang tu dengar dorang berceloteh, tersenyum sorang2 :)
I pernah ‘terbump into’ dengan my fav DJs dua orang ni masa makan kat tupai-tupai last year tapi masa tu segan nak tegur…

What’s your fav radio station then?

Tuesday, November 2, 2010

saya budak baru belajar...

yesterday, today and tomorrow I have a course. A Marine Insurance course. The class is agak interesting. Banyak jugak belajar benda baru. I pernah handle marine masa mula2 kerja as temporary girl more than 10 years ago. Lama giler. Tapi tau lah masa tu main buat jer apa yang boss suruh bukan paham pun. Furthermore masa tu kerja suka2 aje. Now baru ada chance to attend a 'proper class' in this type of insurance. At least tahu lah skit basic2 knowledge tu.

The best part is...on the last day of the course we all akan dibawa ke port klang to see various of vessels. Tak sabar..sebab sebelum ni just tengok gambar so imagination tu agak limited. Ok got to go...class dah nak start in 5 minutes. Ada quiz plak tu..ok ciao!

Friday, October 29, 2010

ole-ole bali...

To me Bali bukan macam Bandung yang well known as tempat shopping especially baju, textile semua tu. Bali is more for tempat rehat2 and for those yang minat kraf/painting.

Masa kat sana pun I ngak shopping banyak..adalah beli ole-ole sikit2 untuk family.
I bought one painting tapi till now belum hantar kedai untuk framekan...

ni some of barang yang sempat beli..suka selipar ni so bought for myself 2 pasang. Nayli satu and sistas in law. Katanya bulat-bulat tu tulang ikan...can imagine tak tulang ikan apa? huhu
So many colors..rambang mata nak pilih. Kalau bleh nak borong sedozen dua tapi pikir2 berat gak, nanti nak bawak balik camane so forget it.


Ni plak untuk ibu2..boleh muat handphone jugak kalau suka. So dalam handbag ada bag hp, coin, cards, lipstick & etcetera. huhuh ni normal for us..ladies.


Kalau plan nak shopping sakan bukan ke Bali kot..ke Bandung, Bangkok, Ho chi minh tu ok lah kan..
Teringin nak ke ho chi minh...tak dapat sana ke haadyai pun wokeh! Pernah ke haadyai sekali tapi dah lama. Best sana, boleh makan pulut mangga yang marveles dan boleh borong wacoal hiks...

Thursday, October 28, 2010

kiddos&mom

Cheeky boy..dulu anywhere, anytime with psp..

Entry pagi tadi tak tempek gambar pulak. Ni dia gambar umair sebelum potong rambut. Suka tengok dia rambut ala-ala beatles ni tapi yang tak syioknya ada orang ingat dia ni girl. Ishh!!


Tu dia..nayli shows her gigi. Ni I snap masa first gigi susu dia tanggal. Yang second I terpaksa jumpa dentist sebab gigi goyang tp tak cabut2. That was nayli’s first experience jumpa dentist. Chill je dia!

emm yummy!

hey mom! cheers!

Oh so long no new entry..

Reason yang klise…bizi lah konon. Bosankan dgn that reason. Memang this blog is in silent mode je manjang…I pun dah jadi silent reader skang ni (haha what a confession!)

Hujung2 time lunch I ada lah curi2 baca blog tapi tak sempat nak tinggalkan apa2 komen so jadilah I seorang silent reader. Sori yer kawan2.

Actually sayang jugak moments yang best tak tercoret kat sini untuk personal memory..especially about my kids milestones and what not…tapi..tu lah..keadaan tak mengizinkan.

Updates skit pasal nayli and umair. Nayli semalam start exam. On Tuesday she ponteng kindy sebab mommynya cuti. Biasalah dia..kalau I cuti dia pun automatically follow (kindy ok lah). I cuti ada urusan sket dan kebetulan pulak send my mother to LCCT. She was at my place for about one week. Saja berehat ambik angin kuala lumpur. Hmm..last weekend I accompany her to Ikea. My husband kena kerja so I lah jadi drebar my mom..heh.. Seawal pagi kitaorang dah berada kat Ikea. Syiokk..parking lot masih kosong so sukahati pilih tempat nak parking mana. My brother yang baik hati telah bagi we all (my mum and me) some cash, katanya saguhati to belanja kat Ikea. Alhamdulillah..moga murah rezeki lagi bro! Tu yang seronok tu..laju jer perjalanan ke sana..haha.

First time I decided to ‘tinggalkan’ nayli and umair kat tempat permainan yg Ikea sediakan. Dorang yang nak sangat main kat situ. Ok lah jugak so mommy and tok wan can shop peacefully. Eh..ni bukan update pasal nayli/umair..ni update pasal mommy!

Ok back to track, nayli now dah menghitung hari2 final ke kindy. Lepas ni dia dah masuk darjah satu. Oh..gigi susunya pun dah tanggal dua batang. Kuat makan sekarang tapi badan maintain gak slim. Dah pandai nak baca buku cerita yang tebal2. Tiru mommy lah tu..iya mommynya lately rajin pulak baca novel during free time and weekend. Tak tahulah lasting sampai bila.

Umair pulak huh mulut semakin becok…ada saja menda yang dia nak cakap. Pastu suka buat lawak jenaka haha..dah makin tinggi jugak dia. Kalau seluar panjang tu rasa sekejap saja dah senteng. Tahun depan 5 tahun so tahun untuk masuk kindy, sama macam kakaknya masuk kindy masa umur 5 tahun. Kat rumah dia kadang2 suka coloring book. What I noticed, bila dia kaler sangat tidy..compared to kakaknya masa umur macam umair tu. (oh tak boleh mention gitu depan nayli..nanti muncung panjang merajuk)

Dah tak into PSP sangat dah..maybe boring asyik play game sama jer. Dah pandai tukar channel astro sendiri..spashly channel cartoon. Siap alih bahasa lagi..ishh! tapi dia tak akan tukar bahasa kalau daddynya ada..sebab nanti kena marah.

Tu lah keletah anak2 yang semakin membesar.

Thursday, October 14, 2010

piccas in bali lagi...(random jugak!)

;-)

Kintamani mount. Katanya pernah meletus sekali dulu..nak sampai ke kintamani dari hotel lebih kurang 2 jam..jauh jugak. Dlm bas sempat terlena..bangun tak sampai2 lagi. Jalan pun berbukit dan berliku2. Nak ke sini..akan passed by Ubud i.e salah satu tempat yang jual barang2 kraf orang bali. Tapi we all tak stop pun..

On the way ke kintamani..akan nampak pokok2 limau yang tengah masak ranum ni..cantik. Ada orang jual salak jugak..salak bali sedap, tak kelat. Sepanjang jalan boleh cuci mata dgn green scenery, bukit bukau, sawah padi...

one of scenery kat kintamani

makan time. semua pun dah lapar dan sibuk mencari kamar kecil..huhu

close-up...kintamani mount. Indah ciptaan Tuhan...

lapar2 pun sempat lagiks..pantang nampak camera!

gambar very the berterabur..kata random kan...
ini plak sunset kat tanak lot. Nak masuk tanah lot ni kena bayar tp tak ingat dah berapa...sebab hari tu we all kan datang rombongan kak kiah so semuanya included sekali..company tanggung lor!

ni kat mana ek?..lupa da..
ramai tourist datang tengok performance ni..kawasannya serounded by sawah padi...ada tample (everywhere) ada orang berniaga kat entrance tp pakcik tour guide tu pesan...kalau kita tak nak beli cakap baik2..jangan kalau dah pegang2, belek2 tapi tak beli..dorang marah o..tak pasal2 pulak dia panggil geng dorang kerjakan kita. The best...try to avoid beli from them.

sepanjang tengok ni..asyik menguap jer..lama pulak tu..
kalau orang minat tengok...teruja nak tahu ending story..

ni plak spa yang I pergi..ada mandi lulur, sauna dan bertanggas.
spa ni guna martha tilaar punya products. Dengan alunan muzik bali tu..boleh terlelap wa cakap lu..hehe

haa ni masa teambuilding. Panas sangat2 cuaca plus pulak udara pantai..habis mak jadi hitam legam! dah lah tak berapa putih..berminggu2 nak balik ke original color tau!
pantang take 5 , cepat2 cari tempat teduh..hehe

ni acara group...teamwork katanya. macam2 kena buat..dan.... group kitaorg juara!! syabas!

antara acara teamwork, kena pakai kan 'model' tu pakaian tradisional lelaki bali..we all jugak menang. Fun.boleh kenal rapat lagi each other - KL, labuan and bahrain office.

ni pulak masa persiapan utk retro nite dinner. Ahkak kena jadi committee utk mengdecoratekan hall. Belon2 tu semua bawak dari KL..



tu dia..gambatte!

penat dowh!

ni time nak balik dah...naik bas dalam 10 minit jer sampai airport. Amboi abang bro tuh sampai tenganga..tahu lah dapat beg cantik untuk girlfren..hehe kidding yek bro.
I menyesal tak beli beg mengkuang tu..murah..dlm 30 ribu rupiah. Kat sini mana nak dapat. Jahitan pun kemas, cantik. Tak pelah..tak de rezeki.

Wednesday, October 13, 2010

piccas in bali...(random)

there you go!
thanks to my friend for the gorjes piccas. Lets 'wash-eye'...


we stayed here..hotel yang bagus. recommended.

my room looks exactly camni..ngadap pool and beach sipi-sipi but still nice view..i loike..

nice view..this is taken from room mengadap the beach betul2 but this one image yang digoogle...
yang ni aje tau..yang lain tu bukan gambar google ok!

Ini depan hotel..jangan heran, kat bali mana2 pun uols akan nampak patung spashly kat entrance rumah, kedai...everywhere.

hmmm....
one of pura/temple. Selama kat sana rasanya tak nampak pun masjid, pura saja merata tempat. Mungkin we all tak kebetulan lalu kat kawasan orang islam..

Ni performance masa first nite kat sana. Having dinner at Jendela Bali.

Sangat suka gambar ni..cantik hoh! Ni pemandangan masa nak ke Kintamani

painting. rasanya ni kat ubud kot...

welcome to pantai kuta

another nice view..at pantai kuta

Sape2 gi bali musti ada bergambar kat sini hoh! Me malam last tu baru sempat pergi hard rock, kuta. Ada pesanan..biasalah, cik abang kita peminat hard rock so by hook, by crook kena gak beli t-shirt HRC bali for him. Me pun dpt gak selai.

ni kat tanah lot. kat island tu ada tample. kat sini boleh beli belah dan tengok sunset.
Sangat cantik.

Eh..terselit plak gambar ni..2nd nite we had our retro nite dinner. Party uols...
spot me? yang paling sempoi tu me lah..


more piccas later...