Tuesday, May 31, 2011

8 years ago today..

ulangtahun perkahwinan..31hb Mei.

semoga kekal sehingga hujung nyawa..amin.

Wednesday, May 18, 2011

a raining evening

Semalam petang my place hujan lebat. Nyaman.
Sefamili mengadap tv bermalas-malasan.

Tengok tu..dah macam kapal pecah dengan toys umair merata tempat, pensel, kertas, bantal. Sambil tengok tv sambil layan budak dua orang tu melukis. Nayli kononnya nak buat kad untuk cikgu tp half way saja..umair pulak sibuk lukis car.
Sambil-sambil tu jugak layan buah oren ngan epal dan tengok cerita Nora Elena :)

Pagi we went to chow kit semata nak beli buah-buahan. Dapatlah borong oren, epal, anggur & mempelam. First time gi beli buah kat situ sebelum ni dengar cerita jer..murah beb. Fresh pun fresh. Tapi kalau suruh pergi sorang ke situ memang tak kot...seram..hahaha..

Stok buah untuk minggu ni memang melimpah2. Makanlah puas-puas.






Wednesday, May 11, 2011


My favourite eyeliner so far from thefaceshop. Suka sebab senang nak basuh kalau nak bersolat. Tak dinafikan kalau yang waterproof lagi cantek sebab pekat dan hitam. Tapi tak pandai pakai sebab I rasa susah nak cuci. Kena belajar ngan orang terer how to clean. Kalau time tak solat ok lah pakai waterproof. To me lah.




(goggle images) my flat bellerina lebih kurang macam ni..selesa pakai kalau nak jalan banyak..

The other day, went to vincci plus. Ada sale sampai 70%. Kalau nak tahu vincci+ ni kasutnya lagi best..harga pun best la. Most of the collection adalah buatan kulit dan quality lagi ok. I tried my luck to ask for my size but sadly kebanyakan tinggal tak banyak size. But lucky me..one of the 70% punya selection ( I usha yang 70% jer) ada my size. My liking. Jewelled ballet flat. Price rm230 dpt rm70+. Ok sangat lah for a pair of leather shoe kan.
Last time I got a pair of kasut baji (wedges) from the same shop dan of course time sale. RM50 jer. Rasanya tak banyak vincci+ outlet as compared to vincci yang tak plus kan. Yang selalu I pergi kat bangsar village II. Ballerina flats selection yang comel dan bling-bling boleh jumpa kat vincci+.

Sekian ulasan dari saya...;p

Friday, May 6, 2011

my may day

On public holiday 1st may ahad lepas, me and kiddos ikut husband pergi kerja. Ya, dia kena standby kat ofis. But we love to ikut sebab office husband tu dekat dengan tempat sopink. Ada sogo yang kalau purposely nak ke sana memang tak kot..sebab crowded sangat dan I noticed sogo tu sale jer manjang. Kalau dah kat situ mesti lah tahu tempatnya dekat sangat dengan jalan tar. Nak cari apa? semua ada. Sediakan fulus sajork. Tak sampai 10 minit jalan dari opis husband dah berada di shopping zone Jalan TAR. I loike..

So dikesempatan itu, we having breakfirst somewhere kat jln tar then off to cuci mata kat ariani and other bazaars. Dah penat pusing2 balik office husband and lepak. Lepas tu boring-boring ajak nayli teman ke sogo, having a window-shopping-session sambil killing the time waiting for husband habis kerja. Umair tak boleh ikut sebab nanti sibuk cakap penat lah..tinggal dia kat office daddy. Dia pun actually tak kesah..

Balik rumah dah almost 3pm. Penah seh!..apalagi sesi melelapkan mata berehat. Malam we keluar lagi pergi pasar malam. Lama sungguh tak beli dinner from pasar malam. Had jagung bakar, moi sup..hmm marveles. That was my activity on May Day but so fun sebab boleh spend time with family lama-lama.. (a long wiken)

Masa kat ofis husband..nayli gave me this (see below)..oh so sweet darling!
Thanks for the thought/doa from family and friends received that day. One of the message that i got was doakan me cepat dapat baby..hiks! miss you friend..




thanks orang tu! for the new awning tudung collection...semoga dimurahkan rezeki darl!



ps: good luck to husband for the important 'meeting' this morning. Ganbatte kudasai! :)

Thursday, May 5, 2011

ubat ekzema

Sabtu lepas bawak cik nayli jumpa skin specialist kat sime darby healthcare (previously known as SJMC). Kan hari tu I ada mentioned yang muka dia naik macam panau/white spots. Sungguh merisaukan. Seawal pagi kitaorang dah ada kat spital. Ambil nombor giliran semua..nasib baik dapat no. 2.
Baguslah doctor tu..pandai dia layan kids. Pastu bagi information lengkap plak tu..puas hati jumpa. Kata doctor pakar kan....haruslah.

Dr kata nayli bukan dijangkiti panau (yang I worry habis tu) tapi that's part of eczema. Dr tanya i..nayli lately ada stress ke? Hehe..entah nampak ok jer. Tp dia kan miss windy jugak..so sometimes bila dia cranky tu perkara biasa je for us. Tak tahulah pulak dia stress. Dr kata eczema ni sometimes terjadi bila seseorang tu stress (spashly those yang memang ada sejarah eczema) . Maybe nayli stress sebab seharian sekolah with pack schedule hari2 compared to time dia kat kindy. Peralihan yang maybe takes time for her to adapt. Hmm..maybe lah kot.

Dr kat klinik yang we all jumpa earlier cakap nayli kena jangkitan fungus. Then bagi ubat sapu. Bila pakai macam makin banyak jer.. So I show the ubat to dr specialist ..dia kata ubat tu tak sesuwai for her. Nasib baik cepat jugak we bring her to specialist.

Semua ubat mintak double so that boleh bawak umah babysitter satu set. I congak-congak semua ubat tu ada kot dlm rm700. Consultation tak tahu lah berapa kena charge. Nasib baik opis husband bayau..kalau tak jenuh jugak tu. Alhamdulillah.

Ubat-ubatan yang patut untuk ekzema..

So start hari tu selalulah nayli kena usik with her daddy ‘kakak jangan stress tau’ ... ‘kakak kena happy-happy selalu’...

Alhamdulillah..ada progress. As at today her skin dah tak kasar dan kering. Whitey spots tu masih ada tapi makin kurang and slowly turn to skin color. Macam tu lah kalau your kid ada ekzema. Selalu kena make sure kulit dorang jgn kering. Ingatkan minum banyak air kosong. I think I pernah mentioned dulu yang ekzema ni kena kat anak yang parents dorang tu ada sinus, asthmatic..i meant the possibility to get eczema is higher. Kes nayli ni memang me and husband ada kesensitifan hidung, alah habuk.

Itulah ceritenyer... :)