Thursday, May 6, 2010

Rindunya kat mak kita...

ps: entry yang agak panjang tho!



Tiba-tiba teringat mak..kalaulah ada wings rasa macam nak terbang balik jumpa mak sekejap. Lol!.
Selalu dengar suara saja dicorong telefon.
My mom adalah segala-galanya to me, she's my strength. Am happy when she's happy.
Dia adalah ibu yang sangat tabah selepas melalui dugaan pahit manis.
I think dugaan yang paling besar yang beliau hadapi masa pemergian ayahanda tercinta buat selama-lamanya almost 13 years ago.
Masa tu umur my mom baru 46. Bayangkan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak terpaksa dipikul seorang diri.
Syukur alhamdulillah that makes mak lebih tabah.

Knowing mak dia trying not to susahkan anak2...I think she knows very well about her 7 children.
Sekarang dia kat kampung sorang-sorang..nasib baik dia dikelilingi adik-beradiknya, sedara mara yang sangat ambil berat pasal dia.
Siapa yang tak bimbang bila dia tinggal alone tapi itu yang lebih mengembirakan dia.
She can go to her kebun anytime she wants, she can go surau, baca yassin every Thursday..she loves to mix around with her friends/makcik-makcik kat kampung..having breakfast together, attending kenduri-kendara.
Come and go to her sistas' home whenever she likes to.
Sekali-sekala if she feels like to visit her grandchildren she will do so.
Bila anak-anak luangkan masa balik kampung, itu sangat mengembirakannya.

My sincere thanks to my adik-adik sepupu ecah, elin dan fajihah..yang almost every nite datang temankan mak teh tidur kat rumah.
Tuhan saja yang dapat balas jasa baik awak semua tau!
Kalau dulu sebelum kahwin almost every month me balik jumpa mak.
Tapi sekarang with more commitments, it's hard for me to visit her every month.
But I will try my best to call her at least once in 2 days sometimes once in 3 days.

My mom seorang yang not to say garang tapi agak tegas masa membesarkan anak2. Tapi dalam ketegasan dia tu anak-anak masih jugak buat benda yang dia tak suka sometimes...oppps!
Dia seorang yang soft spoken. Tak berkira dengan anak-anak. She's the queen of my heart!

Telalu banyak pesanan, kata hikmah that she gave me eventho now pun ...selepas I jadi mother for two.
Jadi isteri yang taat, hormat suami, utamakan suami. InsyaAllah mak, I will try to be a better wife, a better mother everyday..

Dia juga selalu pesan jangan beza-bezakan mak sendiri dangan mak mertua. In fact she always inform me kena dahulukan mak mertua dalam apa-apa hal. Dia tak kisah. Dia selalu remind me yang I sangat bertuah dapat mak mertua yang baik. (memang tak dinafikan..syukur alhamdulillah)
I will always remember mak..

Sekali-sekali kalau ada rezeki lebih, I belikan mereka gift (memang tak terbalas jasa ibu!). Recently I bought them a perfume. Both are 5th Avenue by Elizabeth Arden. Rasanya yang tu paling sesuai untuk both of you. Classic scent..hope you like it. (Itu adalah idea suami saya mak!)

Then yang paling I ingat, salah satu pesanan dia...kalau tetamu datang ke rumah, raikan tetamu (ikut kemampuan)..buatkan air (minuman). Tak kira lah tetamu dekat ke tetamu jauh. Itu memang me nampak ketara dari dulu..bila ada orang datang jer rumah mak..walaupun jiran yang hari2 bersembang pun sekejapan dia akan ke dapur buatkan air..kalau ada apa2 juadah..dijamukan sekali. Sebab tu rezeki mak murah. Kadang tu jiran siap sound awal2 kat mak tak payah susah buatkan air. (tapi selalunya mak buat jugak..hiks)

Terlalu banyak pesanan...I believe mak-mak uols pun bagi pesanan yang sama since kecik-kecil lagi kan..jangan abaikan solat, jadi anak yang dengar kata, jangan bangga diri, sombong sebab semuanya sementara belaka, hormat orang tua, jangan gaduh adik beradik dan macam-macam lagi.

Dulu-dulu dengar mak pesan itu ini kita tak nampak sangat kepentingannya. Sekarang bila diri sendiri dah jadi ibu, dah makin matang baru nampak rationalitynya tu...

Selamat hari ibu..to all moms on this coming Sunday :)


hoho..sekadar gambar hiasan. Mak windu tak dgn kaki kitaorang?
masa ni menantu mak yilek..so kaki dia memang tak de dlm gambar ni
:D

2 comments:

rasp said...

yes, our moms are the queen of our heart!!!
hepi mom's day!

Me, Mrs Taj said...

betol3..adik bradik tak baik gaduh2...haip!!!!

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker