Tuesday, April 26, 2011

My cik mek molek..

Hari ni nak cerita pasal cik mek nayli. Semalam dia demam tapi pergi sekolah jugak sebab ada ujian jawi. Balik semalam dia cakap after jawab ujian dia tidur..poor her. Malam tadi pun still demam. I told her tak payah pergi sekolah hari ni..rehat kat rumah. Tapi she insist nak pergi jugak..maybe sebab hari ni ada her favourite subject muzik dan pendidikan seni visual (kalau zaman dulu kelas lukisan lah) Cikgu pesan suruh bawak tin yang dibalut kertas, tu lagi lah dia eksaited to go to school. I dah get ready tin tu malam tadi masa semua sedang nyenyak tidur. Prepared just in case nayli nak bawak today. Kan betul..dia nak pergi jugak sekolah hari ni.

Cik mek kecik tuek ni sangat sensitive orangnya..kalau ada family member ramai2 kat rumah dan if i just ignore her mula lah dia buat perangai..time tu menguji kesabaran mommy dia. Miss windy pun dia lah. Sometime kalau time dia nak bercerita..we all kamcing habis. Masa ni tanya lah apa jer pun dia akan bercerita. Tapi kalau dia tengah bad mood, don’t disturb.

Kalau stail makan, dia ikut husband..kari pun boleh hirup macam sup. Pinggan licin habis senang nak basuh. Suka lauk sayur kuah putih exactly macam her daddy. Kalau bab kemas2 tu husband cakap dia macam i skit.. tak suka tengok barang sepah2. Kalau comforter tempat dia baring sambil tengok tv tu mesti kemas tak boleh crumple2. Kalau wayar phone changer, laptop charger bersepah2 dia akan gulung letak setempat. Pastu kalau dia pakai bantal satu tu..yang tu lah dia akan pakai tak tukar dah. So loyal dia ni (hopefully)
Kalau bakul sampah penuh kat my room or tempat tengok tv..dia akan buang tak payah suruh...siap tukarkan plastic sampah baru. Yang tu memang baguih.

Kalau demam ke batuk ke..makan ubat paling dia tak suka. Macam nak perang! Dari kecik lagi..semalam dia tanya ada tak ubat demam pil untuk budak2. I cakap ada tapi kena beli kat farmasi. Kalau pil senang skit nak makan. Petang nanti kena singgah beli cortal or penadol for kid, standby kot2 demam lagi.

Dari kecik dia ni ada ekzema (kulit sensitive) so lotion mesti ada jer standby. Kalau panas2 dia cepat berpeluh dan kulit cepat gatal/kering especially kat pergelangan tangan, siku, belakang lutut, tengkuk. I was informed eczema ni susah nak baik. On and off akan ada sokmo. Skang ni kat muka dia macam ada panau/white spots. Pity nayli. Agaknya balik sekolah panas berpeluh2 plus pulak kulit yang very the sensitive so senanglah fungus nak singgah. This weekend I akan bawak dia jumpa specialist kulit kat sjmc. Mintak2 cepatlah baik. Kalau tempat lain ok lagi ni muka memanglah tempat yang sensitive.

Hai kakak oh kakak..bila lah nak besar sikit badan ni. Makan banyak pun still kecik jer size badan. Dengan adik dia same size jer..orang ingat macam kembar padahal beza dua tahun. Orang kata badan kecik pun tak per asalkan dia active tak sakit apa2. Alhamdulillah she is an active girl. Belajar pun ok..nak kata pandai sangat2 tak jugak tapi Alhamdulillah she’s in the first class after buat ujian darjah satu early this year..keep up the good work ya kakak. Sebab dia kecik sangat so bila tengok dia bawak beg besar ke sekolah macam kesian pulak..cepatlah besar sikit ya dear.

Anyway kakak..mommy nak wish selamat hari jadi for you dear tomorrow..27th April 2011. Genaplah usia nayli 7 tahun tapi macam baru sangat rasa mommy melahirkan mu kat labour room hospital sultanah nur zahirah. You always be my baby..mommy doakan yang baik-baik saja untuk kakak. amin.

4 comments:

lily lotus said...

happy birthday nayli :) be good girl yer...

icee-yah said...

selamat hari jadi nayli:)

rasp said...

hepi birthday adorable nayli...
semoga menjadi anak yg solehah ya sayang...

a-as said...

thank you for the wishes.. :))