
Tuesday, March 23, 2010
his milestone updates

Tuesday, March 16, 2010
confession: first time..
Tanya mak macamana nak buang cengkerang si ketam-ketam tu. OOO..rupanya senang sangat just cungkil saja..
Since me suka ketam bercili so apalagi itulah yang me masak. Hmmm not bad! even tak lah se-superb macam mom's cooking.. :)
Confession lagi...dulu2 masa sekolah duduk asrama so sekali-sekala balik umah pandai makan jer mak masak apa pun...saya tak reti masak! Tapi lama2 tu belajar lah jugak masak simple2 sebab nak kawen...kwang3x. :D
Tapi sekarang senang nak belajar..google jer resepi kat internet..semua ada.


Monday, March 15, 2010
tengok golf sampai hitam...
While Nayli teman mommynya yg kena jadi drebar dat day. Lepas drop them Nayli and I pergi my opis yg dah tak jauh dari situ. Sempatlah me clearkan yang mana patut kat opis tu. Nasib baik Nayli ada temankan kalau sorang2 tak de lah me pergi..sunyi woo pastu mulalah fikir macam2. Nayli layan u-tube dan dia buat macam opis sendiri :)

bye daddy, bye umair..have fun!
dapat ambik gambar dgn bag golf pun jadi lor..:)
ishh..anok sapo lah ni? hitamnya.. happy dapat bola golf as a souvenir
took pic with Colette Wong..sape2 suka layan sport channel mesti kenal dia..me pun tahu lepas diberitahu hubby :)
lepas ambik dua beranak tu we off pergi makan ke Sambal Hijau Sg Penchala..perut dah berkeroncong!
see.. umair buat muka bila kakak nak snap pic dia..saja cari gaduh la tu..
Thursday, March 11, 2010
Untitled Entry…
In person, I am not that talkative type (tapi kalau kena gaya akan jadi sangat talkative :-p ) so kalau bab2 nak bercerita or meluahkan perasaan ..ececeh..I prefer in writing. Sometimes I go round, round the bush..meleret-leret hiks!.
Back to the track plis, lately my schedule agak kepadatan. Dalam kepala so many things..mixed up.
Work-wise, this year I kena go outstation. Coming soon in April.
Dang! When I receive that news..pretend to be cool sebab dah tulis dalam career objectives/aspiration.. one of them ‘ready to adapt changes’ haa..tu changes laa. Kata ever readykan. Padahal in my mind terus melilau ingat my kids. I will miss them. Teruk kan..belum apa2 muka nayli and umair dah bersilih ganti dlm kotak fikiranku.
Actually bukan lama pun kena pi outstation..seminggu jer BUT for me lama tuh. Homesick ok.
My experience past 3 years kot..I kena pergi kerja ke Kota Singa..masa tuh berat hati nak tinggal Umair yang still kecil dan masih menyusu badan. Kalau boleh nak merayu kat boss boleh tak saya nak mintak excuse..eheh.
Masa outstation tu I kena bengkak susu…gosh! Ibu-ibu mesti tahu macamana sengsaranya bengkak susu. Rasa macam nak demam. Uhhh sakit dan very uncomfortable.
Balik-balik jer terus give big hugs to kids and Umair terus melekat macam gam ngan mommynya. Maklumlah tak pernah separate lama. Kesian dia.
Now syukur they grew up and wiser. So I dah inform them in advance that mommy will be away soon. Nayli said: Mommy berapa hari kitaorang kena jadi anak mak? (mak is their babysitter) I told: Tak lama seminggu jer..
Thank God I ada caring babysitter and anytime I boleh rely on her. Alhamdulillah.
Me myself yang risau lelebih..belum kena tinggal anak2 dan suami sebulan ke dua bulan. If that happen.. *nanges*
Dah ‘berbakul’ pesanan I tinggalkan utk husband, cuma I tak put in writing jer..hiks. But yesterday, my husband told me that he has to go outstation as well that time.
Alahai..kesian kiddos. Nak buat camane tuntutan kerja.
This weekend, InsyaAllah we will go to Teluk Rubiah. So I will take this opportunity to spend precious time with them.
My calendar berderet lists. Tak boleh lah..sekarang semua I kena mark in calendar kalau tak lupo. Nak tengok list tu?.. secara kasarnya macam kat bawah ni…
• 13 – 14 Mac – Reunion, Teluk Rubiah. 14 Mac - birthday adik (nak wish kat adik ni..good luck! hari ni ada test lesen kerete and tengok result spm..)
• School holiday – nak ambik coti sehari , rest..plan to bring kids to watch Alice in Wonderland…jommmm!
• Next 2 weeks – renew lesen kete & training anti money laundering
• Segala report-report punya due dates malas nak tulislah..nanti lagi memanjang list ni (actually these reports yg buat my head rasa macam banyak sangat benda ni!)
APRIL & MAY plak…
• Two days before go outstation..ada majlis akad niqah one of my immediate family member..guess who?
• next day birthday umair
• then outstation
• one week later my friend’s wedding reception ceremony kat Cyberview Lodge Resort..tak pernah pergi sini so harus menghadirkan diri :)
• the following weekend husband punya office punya family day
• 2 days later birthday nayli,
• a few days later yours truly punya birthday :)
• then dental appointment
• following week outstation again
Setakat tu jer dulu..mintak-mintak semuanya akan bejalan lancar sepertimana yang dirancang. InsyaAllah.
Thursday, March 4, 2010
h.e.c.t.i.c
Dua hari lepas I casually cakap kat my husband 'kalau nampak glam latest tolong beli yek!'
Sekali hari ni dah ada..wow sukanya.
Turn Fazura pulak menghiasi kulit wajah glam. Dalam kereta terus belek2 tengok gambar dulu..baca in detail later lah. :)
Penat mata mengadap kerja seharian terus hilang dapat cuci mata tengok colourful things dlm fave mag ni..
Actually si dia pun suka belek2 my mag jugak...
Thanks yang! next month tolong beli lagi ok.

get your copy..hurry..
Monday, March 1, 2010
Monday blues ke?
Pejam celik-pejam celik dah masuk third month of the year i.e. first day of the last month of first quarter 2010. Haa..berbelit-belit (to stimulate brain pagi2 neh) or senang cerita dah masuk 1hb Mac doh. Bulan baru, minggu baru.
Kenapa cepat sungguh rasa masa berlalu. Petanda dan peringatan diri akan makin berusia, matang, anak makin membesar..blah..blah..
Hari ini jugak I have to do a new task..to take over a new portfolio (bukan I naik pangkat ok...)
Yes..I’m talking about office work ni..which won’t end foreva. But Alhamdulillah I tetap bersyukur padaNya, dengan memberi I rezekiNya melalui kerjaya ini. Alhamdulillah.
Ada orang tengah tunggu bonus? Ada yang dah dapat pun kan. Rezeki masing2..
My office belum mengisytiharkan bonus lagi..ada ke tak..entahlah.
How was your weekend darl? Hope it was great. Sape tak suka weekendkan tambah pulak last weekend 3 hari sempena cuti Maulidur Rasul. Weekend dapat duduk rumah pun dah seronok..bermalas-malasan kat kerusi mengadap tv…eheh.. (me la tu)
My weekend, I went to Ikea on Saturday. Shopping lite-lite sajork.
Then on Sunday, petang baru keluar. Ke IOI mall, the nearest mall from my house..kalau ke situ my kids mesti naik merry go round, itu memang wajib. Silap haribulan dorang nak 2 rounds. Kalau naik benda alah ni mesti dengan daddynya sebab mommynya bisa pusing kepala bila naik. Haha very the jakun one.
Lepas tu we all pergi lepak kedai mamak..pelita. Nayli pekena tosai. Her favorite tu..tak suka dia makan pakai sudu bagai. Nak pakai tangan jugak..sekali cicah kuah kari sampai habis lima-lima jari. Siap hirup kari macam hirup sup…heee..


Sekian my bebelan utk hari ni :)
Friday, February 26, 2010
Salam Maulidur Rasul...
Thursday, February 25, 2010
In such a loooong time....
I must admit, my face udah tembam..oh no!
What to do..berselera jer makan lately. Muka memang jenis cepat membulat lor..hiks.

ps: have a great long weekend uols! :)
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
tempah baju..
This has been planned since last week. Nak kena hantar kain ke tailor. Selalunya my baju kurung I send to kampung which is upahnya far-far cheaper compared to KL. Yang penting baju yang dijahit selesa dipakai. But masa balik kg last week, my mom told me my regular tailor dah quit menjahit sebab busy jaga cucu. Huk..aloh..
Nak tak nak kenalah gi ke alternative tailor kat Medan Mara. Tup-tup.. sekali sampai sana kedainya dah pindah dan tenant baru tu pun tak tahu dia pindah mana. Me pun tak simpan hp no tailor tu. Huk..aloh sekali lagi! Guane ni??
My husband suggested to hantar jer kat mana2 tailor yang ada banyak kat situ. Teringat my SIL yang kedai jahit kawan dia pun kat situ. Call her unfortunately no answer..maybe she's bz kot. So gamble jer hantar ke one of the tailor yang ada kat situ. Try and error :)
Faktor usia (dan-dan salahkan usia bila jadi camni)...kain yang dah lama tersimpan dlm gobok dan nak tempah terlupa nak bawak sekali. Padahal malam tu my hubs dah reminds me. Nampaknya kena lah pergi lagi ke Medan Mara tuh :(
Ni kira tempah baju raya terus..awal kan.. tapi according to my new tailor memang dah ramai hantar tempah for raya. Ada yang buka tempahan sampai Mei jer.
baca paper while waiting ma'am kena ukur..uhuhu.. bowink ek....
ni lah kain-kain yang tertinggal tu... semuanya adalah pemberian parents-in-law sempena lawatan ke Indonesia :)
motip entry ni: to remind uols cepat2 beli kain and send to tailor..eheh..
Sunday, February 21, 2010
out for dating..
Both of us pergi tengok wayang. For ages tak tengok wayang berdua. Cuba teka we all tengok cerita apa??


:
:
:
:
:
haa...we all tengok cerita ni "my name is khan". Mengimbas kembali zaman "kuch-kuch hota hai". Suka tengok Kajol. Uols peminat hindustan tak? nehi..nehi..tau uols bukan nak tengok cerita gini kan. Me pun bukan peminat tegar ceria hindustani tapi sebab dah lama tak tengok Kajol and SRK berlakon sekali kan..tu yg tak nak lepas peluang tu :)
We all main redah jer ke sunway pyramid..sib baik ada lagi tiket pukul 8.30 mlm. Tau la kan cerita hindustan kan lama..pukul 11.15 baru habis. Sakit gak lah pinggang ni..huhu.
Cerita ni pasal muslim yang selalu disalah anggap sebagai terrorist oleh org barat. Almost 96% of the story berlakon kat US. Tengok cerita ni don't expect nak tengok SRK and Kajol berlari kejar mengejar nyorok balik pokok bagai sambil menyanyi, menari dan tukar kostum yang cantik2. Ada lagu pun 1-2 jer..tak sebanyak lagu dlm kuch-kuch hota hai. This one not really a typical hindustan movie yg selalu kita tonton..I would say. (note: that's my personal view).
Selamat menonton for those yg nak pergi tengok yer.. :)

Wednesday, February 17, 2010
homework time!


see..satu tangan letak kat kepala satu tangan lagi for counting..ngeeeee...
Tolon! Tolon!
Routine, masuk jer opis on pc then masak air kat pantry.
Buka email opis, dah agak musti berlambak email ni..nah! ambik ko 150 emails. Eh! macam tak banyak plak..bagus-bagus. Tapi 150 email tu pun jenuh..kena buka and print.
Hari ini adalah hari utk meng-clear-kan segala emails dan kerja2 last week. Waduh bisa nanges nengok kerja menimbun… :(
Till then..
Tuesday, February 16, 2010
da kerja balik... :(
hmm..esok nak pakai baju apa, tudung mana, aduh malasnya nak fikir lagi. That's me bila time tak de mood nak gi kerja..huhu
pagi esok mulalah gelabah ambik je yg mana sempat dan cepat... :)
sempena cuti CNY, me balik kampung in Trg. Last balik was raya time..lama tu. Jumaat malam kitaorang bertolak balik..slow-slow jer. My hubs berenti every R&R kot..dah lama tak drive malam. Usually we prefer gerak pukul 3-4 pagi tp kali ni ubah angin..my hubs aim nak breakfast nasik dagang next morning tu.
from hubs' place to my kampung takes about 45 min. Kat kg me sempat luangkan masa visit pakcik2 sedara yang sekali-sekala dapat jumpa. Masing2 dah menginjak ke usia emas. Masa memang terlalu suntuk..tak puas rasanya..
pujuk hati sendiri, Insyallah ada kesempatan balik lagi..
my kids sibuk nak mandi pantai..sempat bawak dorang ke pantai nearby my kampung but ombak besar dan berangin..
not advisable to mandi-manda. Frust muka sorang-sorang..dapat main air ala kadar jer then balik.
tengahari isnin dah nak balik KL..alahai sekejapnya. On the way back sempat singgah kuala kemaman nak beli kepok lekor. Sekali tengok..mak aih..ramainya orang. Sepanjang jalan kereta full and long Q. Terbantut nak beli keropok sebab panjang sangat beratur. Lastly beli jer sata, pulut panggang. Tu jer yang cepat skit. Frust lagi..
jam 6 petang we safely reached KL. Perut pun lapar so singgah naili's place kat ampang point menjamu selera dulu. Kat situ..my hubs buka cerita lama bagitau nayli yang namanya dapat dari naili's place..haha
iya ke daddy? tapi dulu kitaorang dating kat naili's place sentul..eheh!
nayli tanya daddynya..kenapa naili tak de 'y'..?????? my hubs jawab apa ntah lupa... ;)
apa yang penting alhamdulillah we all selamat pergi dan selamat balik.. :)
Wednesday, February 10, 2010
baby..
Dah beberapa kali lawatan ke rumahnya asyik terpostpone so this time tak boleh delay lagi. Actually she just entering to a new phase in her life i.e. menjadi ibu. Iya...satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata bila bergelar ibu, kan Ina?!
Owh anak-anakku sangat teruja tengok baby..yang ni baby boy. So cute!
Umair tiba2 jer cakap 'mommy bila baby dalam perut mommy ni nak keluar?' sambil menepuk-nepuk my tummy. Ishh..selambanya anakku ni..nasib baik tak de orang lain masa tu! Si Ina tergelak besar bila dengar.
Oppss! blame me sebabnya me selalu bagitau dia ada baby dlm perut mommy bila dia mintak didukung. boleh??! Aiseyman..lepas ni nampak gaya tak boleh teruskan trick tu lagiks. ehehe...
Si Nayli pulak suka belek-belek jari baby..dia geram tengok jari jemari yang kecik tomei tu. :)





baca blog ni lagi rasa nak baby..hiks..
ps: kecut perut..esok ada appointment with dentist!
Tuesday, February 9, 2010
Menderma..
Busy ker uols? What to do kan..kerja. Even jadi housewife pun busy...inikan pula kerja kuli-kuli like me ni.. :)
Tapi dalam busy-busy pun pagi tadi me menyempatkan diri pergi menderma darah. This is my first time ever you know…berdebar la jugak…hiks.
Since ada program derma darah in my office building so me pun ambik kesempatan lah. Nak harap me pergi pusat derma darah sendiri rasanya susah skit kot.
Mula2 kena timbang..ok pass berat 48kg then check darah after that ambik takanan darah. Semua pass, tp doctor kata tak boleh derma banyak-banyak. Ada limit (according to our weight). Lupalah berapa banyak dr. tu mention tadi. Tapi ok lah tu.

Jeng-jeng.. (tak kira..nak jugak tunjuk!) ni haa..dapat certificate.
Alamak kecoh arr..tu baru sekali derma darah. I know… tp kalau tak start yang pertama, mana ada kedua, ketiga kan.
I nampak ada one lady tu, dia derma utk kali yang ke-13 kali. Huh..tabik-tabik :)
Sunday, February 7, 2010
sad news...
Ya Allah, semoga rohnya dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
since last few weeks I knew dia sakit and warded kat hospital..almost every 2 days I call my mom dan tak lupa tanyakan khabar ayah haji. Last week dah bawak balik ke rumahnya and my mom kata he was getting better..tapi nak buat macamana Tuhan lebih menyayanginya.
kenangan bersama dia..nayli and umair takut bila jumpa dia sebab dia suka menyakat kids..tu mula2 jumpa saja lepas 5 minit terus kamceng. Dia suka panggil umair..'umar al khattab'. Tadi pun me informed my kids tok haji yang panggil umair 'umar al kattab' tu dah tak de..terus dorang ingat sebab only him call umair like that!
nampaknya tak de rezeki me nak jumpa dia..baru jer plan nak balik kampung cuti CNY ni, ingat boleh visit dia sekali tpi dia pergi dulu. Terkilan jugak..me hanya mampu sedekahkan Al Fatihah untuk rohnya.
ps: masih terbayang our last meeting during last raya..sedih :(
pavillion...
Sampai je sana isi pewut dulu kat food court. My husband pekena ABC, me pun tumpang sekaki..walla heaven!
Lepas tu baru mulakan sesi jalan2. Suka pavi sebab kedainya teratur, I meant for kids satu floor..ladies and so on. Me masuk C&K, dorothy perkins bla..bla..tapi macam tak de hb yang betul2 menarik perhatian. Hmmm selamat duit huhuhu... tapi tak puas hati sebab tak dapat apa-apa.. :(
ps: Nayli jugak yang dapat sepasang sandal yang comel..terus pakai dan2 tu jugak :)
Saturday, February 6, 2010
kisah hari ni..
Me? kenapa tak ikut..entahlah, lagipun dah pergi last year. Nanti lah...kalau ada rezeki tak ke mana ;) Memang lah seronok shopping kat sana..
Lepas hantar mereka we all terus balik, kain baju harus dilaundry bagai..biasanya malam tadi basuh seround tapi tak larat sangat, masuk tido pun awal..
So hari ni kena settlekan semua.
The 2 lil' fella like always la..weekend memang ditunggu-tunggu sebab tahu parents dorang cuti dan dorang boleh keluar jalan-jalan. Sekarang ni dua-dua dah knock-out, taking nap sebab me paksa tido dulu baru boleh keluar.
Dua-dua mintak susu then menyusu sambil layan kartun hagemaru (actually me pun suka..hiks..tak logik tul kartun ni..hehe nama pun kartun kan!)
Tengok2 hmmm..sekejap jer 2-2 dah selamat belayar. Mengantuk tapi sayang nak tido sebab asyik nak main jer..ishh..ishhk
ok ciao, nak take shower dulu sementara 2 lil' fella tu sleeping..nak keluar jumpa my big bro plak.
Have a splendid weekend ya all..
Friday, February 5, 2010
Betul tak?

Working ladies…tak sah kalau tak simpan berpasang-pasang kasut bawah meja kat office. Most of us biasa buat kan?! Ececeee tak mengaku ek..
From my observation (pengakuan..sometimes me suka observe people) kebanyakannya memang gemar spare kasut kat office.
Satu lagi fav spot adalah dlm boot kereta for those yang own a car. Siap ada kotak-kotak lagi. Owh! I did that too during zaman I tak share kereta dgn sape-sape dulu. That was zaman belum kawen lor.
However now, family car is fully taking care by hubs so dia tak suka kasut bersepah2 dlm kereta..hiks..
Thursday, February 4, 2010
Falling in love..
Yes..am falling in love tengok mural/sticker yang comei-comei paste kat wall. Sekarang trend wall sticker tengah in kan…
Ye lah nak pasang wallpaper pakai bajet lebih busat…me memang minat banget ngan wallpaper.
That day went to 'carboot sales', I bought 5 keping sticker dinding. In my head kononnya plan nak buat ‘face-lift’ utk bilik nayli subject to budget is available…heh.
Since stickers dijual murah2 so me rembat lah. Sekarang ni ada lah rough idea skit-skit how to deco yang penting, simple yet nice.
Sekarang bilik nayli adalah ‘penuh sesak’.
For time being sticker tu disimpan dulu..sooner or later will use it. :)
Wednesday, February 3, 2010
Mommy..Ola pergi shopping jer..
Ola ni chubby sikit dan agak clumsy.
Sometimes me tersengih sorang-sorang perhati gelagat depa ni. Dulu me nak dekat pun tak ingin sebab geli. But since depa with us dekat 5 bulan dah rasa sayang pulak..ye lah sayang as a pet la..
Alkisahnya camni…last Friday, my hubs bangun tido due to nature’s call at 4.30am. Habit dia bila bangun sure pergi on tv tengok golf channel, checking kot-kot ada live games. Believe it ok.
If me baik sambung tido lagi shiokkk.
Then when he on tv dia nampak benda merayap atas carpet..he thought that’s a cockroach (besarnya lipas!) maklumlah mata still mamai. Sekali lagi tengok rupanya si Oli..apalagi harus tangkap masuk cage. Cari sekor lagi tak jumpa.
Pastu hubs kejutkan me..grrr..
Me pun tengah mamai dengar jer hubs cerita…mana nak cari pagi-pagi ni?
Rupanya si Ola-Oli ni dah berjaya ‘mengerik’ plastik yang kitaorang cover part of the lubang cage. Dah berapa lama plastik tu kat situ tak pernah usik pun, tak tahu apasal malam tu hamster 2 ekor ni sangat agresif.
Balik kerja on Friday tu pun bayang si Ola tak nampak langsung. Kesian si Oli duduk sekor-sekor dalam cage...susah hati sampai tak lalu makan. Binatang pun ada perasaan ok!
Hari Sabtu me cari lagi dalam bilik, dapur..tapi tak jumpa. Risau jugak kalau dia tersepit kat mana2..kan dia ni clumsy. Me dah give up.
Pagi ahad..hubs kejutkan me cakap Ola dah ‘balik’. Eh miraclenyer..wondering macamana dia boleh ada dlm cage?
OOO…IC rupanya my mother-in-law yang jumpa dia kat dlm bathroom tengah malam tu. Mak tangkap then masuk dlm cage. Kesian si Ola ni..maybe dia dahaga kot.
So me pun happy la sebab dua hamster ni dah bersatu semula :) On Sunday tu me bersemangat singgah ke petshop belikan depa ‘toys’ baru. Me pun belikan bath sand yang berbau lavender utk Ola-Oli..sanggup spend RM50++ for them.
Tapi the happiness tak berpanjangan..b’coz last nite when we reach home, Umair jerit “mommy hamster dah mati”. Biasanya masuk rumah jer my kids mesti jenguk hamster sampai me pun dah terikut2.
Sekali tengok si Ola dah tak bergerak. Alahai...tinggal lah si Oli keseekoran. Tak tahu kenapa maybe dia termakan ubat lipas/semut ker masa dia missing dat day. Dah sampai masanya…kita pun macam tu jugak..bila sampai masa kita pun pergi (eh..tiba-tiba emo plak)
Tamat lah riwayat Ola…bye-bye Ola..
Monday, February 1, 2010
yeay..cuti!
me cuti hari ni..hari wilayah. For those yang bekerja, kerja baik-baik wokeh :)
Sabtu Ahad..were owesome days! spent time with family.
Ok let's start with Saturday. Went to bukit a'bangsa. Birthday my niece. Fullfil with acara makan kfc, sushi (sushi lagi..habis tu maknyer orang japang mestilah ada makanan jepun deh!) Kata birthday kan.. tak sah tak dok candle, cake bagai..kids were happy meniup lilin beramai2 walaupun harijadi orang lain, orang lain yang sibuk nak tiup lilin eheh.
Lepak sana sampai petang. Then we dropped by klcc sebab kena tunaikan janji to two lil' fella.
Sunday - pagi I went out to meet my old friend kat paparich while 2 lil fella dijaga oleh daddy ;) Well sekali sekala..apa salahnya daddy babysit anak2 & kasi can mommy outing alone kan! :)
Tengahari lepak jer kat rumah. Sempat masak sambal telur burung puyuh..sape suke? Burung puyuh goreng pun me suke..
Petang out again..pergi jemput my mom-in-law and sis-in-law kat bus station shah alam. They arrived from KT. Then we heading to kelana jaya. Dinner. Ada 2 choices, either Wiliam or Fatty Crab. Lastly as recommended by bro-in-law we went to fatty crab. First time makan sini. Masakan ketamnya memang terangkat-lah..super sedap. Sure boleh datang lagi lepas ni.. :)
Sampai rumah dah pukul 10 lebih..tapi budak 2 orang tu seems segar bugar lagi..biasa laa selagi me tak masuk bilik dorang tak kan masuk punya.
Hari ni nayli went to school and umair pun ke rumah baysitter mcam biasa. Hhehe mommy nak rehat lor..