Tuesday, December 29, 2009

Mihun goreng tanpa keropok keping ibarat muzik tanpa lagu..

Hehe..tajuk ala-ala pujangga padahal pasal mihun goreng jer.

Ni kisah petang hari minggu. Rasa nak makan yang lite-lite untuk dinner.
Ting! Terfikir masak je lah mihun goreng. My hubby’s fav ni. Apalagi, defrostkan daging yang kebetulan ada sikit. Ada sayur sawi dan carrot aje..ok lah tu.

Senang jer korang..cara I masak mihun ni.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumbuk jugak udang kering. Tumis semua tu sampai naik bau..masukkan cili boh, kicap, garam, sos tomato, sos cili secukup rasa lah. Then masukkan daging. Agak-agak daging dah empuk gaulkan mihun. Campak sayur. Gaul-gaul lagi sampai masak. Oh ya I masukkan telur jugak dlm mihun goreng ni.

Ktong-ktang-ktong ktang..sekejap saja dah siap untuk dimakan.


Taburlah apa yang patut. I ada bawang goreng saja so boleh lah tabur bawang goreng…

For me wajib nak makan dengan keropok keping.. potong betul..tengok keropok keping dah out of stock plak. Sungguh tak lengkap rasanya tapi sebab makan panas2 so laju lah jugak. Macamana boleh putus stock makanan ruji I ni..salah check stock kot theheee...

Yes, am very the typical orang pantai timur yang suke makang kepok.. ;)

3 comments:

rasp said...

ur meehon very mengiurkan *ihiks*
kepok tu, layan dgn apa2 pun memang sodap...
i pun mesti ada lah kepok nie kat umah...makan sajo pun sodap :D

Dee said...

sedapnya mihun u tu..nti lunch nk mkn mihun goreng ar..

a-as said...

dear...
rasp: nasik goreng pun makan dgn kepok..bagi setengah orang cam pelik tapi best tau..pernah try kepok keping cicah kopi o tak? hehe lagi pelik kan...

dee: datang umah i nanti i hidang mihun..aci?