Friday, September 24, 2010

cute bag..

I got this bag from my sis-in-law. Love it!
She just returned from Japan few days before raya and get me this. Dia tahu I suka bag-bag gini. Thank you so much sis!

To see more bags go to Cath Kidston.
Bukan bag je ada...macam2. Sape duduk London tolong buy for me please :)


Cerpen a.k.a cerita pendek about raya dan lain-lain..

Haha..tajuk entah apa-apa. Here you go the stori…

This year, first raya spent with my mother. I think the last one spent pagi raya with her was 2 years back. I tak kisah pun..my husband pun jenis tak kisah dan my mom pun paham anak perempuan kena ikut suami.
Lagi pun from in law’s house to my mother’s house is less than hour, about 45 min gitu. We all dah biasa berulang alik. Pagi at hubby’s house petang balik my house. No biggie deal. But this year rasa nak sambut ngan my mother dulu then the next day we all baru beraya dengan family belah husband.

Like previous raya, I do not spend much for baju raya. With 2-3 pasang baju kurung is more than enaf for me. Likewise the kiddos, I tried to make them happy tp opkoz berpada-pada. This raya nayli got one tailormade kabaya..hmmm apalagi melaram macam orang besar lah. As for Umair pulak sepasang baju melayu sedondon dgn daddynya. Baju for boys kan tak banyak choice other than t-shirt. But this time I get him more shirt, sebab I suka tengok boy pakai shirt with jeans. Smart casual la konon.

I took long holiday, about 2 weeks off from looking at the tons of work. Masa cuti langsung tak ingat kerja kat office. Time cuti kenalah relax your mind from those never ending works. Betul tak? Tapi after balik cuti, hulamak!! 500 emails dlm inbox. Masak!

My schedule was, I have to come back to KL earlier than hubby and kiddos because I have to go to Bali as I mentioned earlier. Since I knew that I will be in Bali right after raya, I cepat2 booking airasia ticket untuk balik KL. Kata balik sorang kan so kena book awai-awai. However after confirm date ke Bali, agak disappointed sebab time flight ke Bali cuma gap 1 jam setengah saja from flight dari Terengganu. Macam tak confident jer, buatnya flight delay dari KT..habislah.

Last minutes, I changed the plan ambik bas awal sehari balik KL i.e. on 15hb. Sept. Tahu…korang masih beraya sakan lagi kan! I balik sorang2 naik bas pukul 1 petang dari KT to KL. My big brother lah yang tunggu I kat tol Gombak..nasib baik tak hujan. That nite I ovenite kat rumah dia…sbb next morning tu nak tumpang my friend yang stay nearby Ampang jugak ke LCCT. So my flight ticket dari KT-KL burned. Hangus you.

Actually trip to Bali adalah untuk attend a team-building and program2 yang telah disediakan. Compulsory satu office ke sana. Co-incidence plak at the same time my sister in law kawin. It’s ok kan Nj..no big impact, majlis still ON without me pun kan…hehe.
InsyaAllah tomorrow nyer kenduri I will attend. Wiken sepanjang Syawal ni sure penuh dgn undangan open house kan. Esok my lady boss invite for BBQ session. Harus pergi. InsyaAllah kalau tak de hal. Tahun ni rasanya belum berkempatan yours truly nak buat open house. Tengok lah tahun-tahun mendatang kalau diizinkan.

Pasal trip to bali, nanti I story. Kat sana dah ada program tersusun so masa tak banyak nak bershopping. Ada laa beli sikit2. Nak cari kebaya uluwatu pun tak sempat. But on the last day I managed ke spa sebelah hotel. Murah dan sangat puas hati. Complete satu package. Lepas penat2 dgn acara teambuilding, memang terbaek dapat urut2 badan I tell ya…

last but not least...


Gambar raya. Ada 2 famili yang tak dapat beraya bersama. InsyaAllah next raya semua berkumpul.
Ini pun dah cukup havoc..dengan adanya Haziq (si kenet comel berbaju melayu pink yang dikendong oleh papanya itu) semua orang sibuk duk melayan dia..phew!

my nephews semua taller than me now...dulu kecik2 jer..time really flies so fast!

Wednesday, September 22, 2010

a very short notes..

Hi dear..

Am backkkkk in KL!!!! Safely!

Alhamdulillah selamat beraya di kampung halaman dan selamat pulang dari Bali. Had a great time there! Now start fresh and time to back to work..with a pile of works on the desk!!

Will be updates soon folks!

Monday, September 6, 2010

balik kampung smoothly...

Salam to all,

Beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Panjang umur tahun depan kita berjumpa lagi Ramadhan al Mubarak!

Maknanya lagi beberapa hari kita nak sambut hari raya. Rasanya semua my raya preparation dah settle. Bersederhana saja. Priority given for anak-anak. Kuih raya ada beli sikit2 as previous years..some for my mom and some for my MIL. Tahun ni tak beli kasut baru..pakai jer yang mana ada.

InsyaAllah Wednesday petang akan bertolak balik kampung. Masih kerja half day on dat day. Semoga semua berjalan lancar seperti dirancang. Kalau sempat berbuka di Chendering (my husband’s place) Alhamdulillah, kalau tak pun berbuka jer lah kat mana sempat.

My feeling masa tengah menaip coretan ni (on sunday afternoon) adalah sangat sedih sebab saya terlupa letak barang berharga. Masih lagi cuba recall kat mana I put it. For me it’s so valuable sebab ianya hadiah dari orang2 yang tersayang. Kalau jumpa barang tu semula saya bersujud syukur…ya Allah semoga diberi petunjuk dan ilham mana nak cari kalau ianya masih menjadi rezeki ku…amin.

Raya tahun ni dijangka jatuh pada hari mulia, hari Jumaat. And…this raya will be busiest raya for my in law ‘s family. Majlis perkahwinan my adik ipar akan berlangsung a week after kita sambut raya. Tapi..yang sedihnya I won’t be around on that day, I kena balik KL sehari sebelum majlis. Have to go to Bali. What a coincidence!!

Harap2 my journey to Bali akan selamat, knowing keadaan Indonesia yang agak kurang tenang sikit lately. Insyaallah doa dan tawakkal saja.

So my husband and kids only come back to KL after that ceremony. InsyaAllah mintak-mintak semuanya selamat.

Hmmm this entry is full with harapan…

Just in case I tak sempat lagi nak mencoret disini till raya...I would like to take this chance to ucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat. Dalam kita bergembira jangan lupa yang tiada dan yang kurang bernasib baik ya.
Akhir kata maaf zahir batin. Jumpa lagi! da...


Mode: down down :((

Saturday, September 4, 2010

alahai...

Pagi-pagi tadi tercari2 dua biji kek tupperware yang dihadiahkan oleh seseorang yang I simpan dlm peti ais. Mana? Kononnya nak letak setempat barang yang nak bawak balik kampung.
Furthermore, I pernah makan kek tu last year and I like it. Satu kek buah satu lagi kek cokelat. So bila dapat tu..ingat nak buat balik kampung makan time raya. Tapi hampa. It's disappeared!

In my mind sure my husband dah buang ke? Bukan boleh buat kira..hiks..

I kejut dia yang tengah dibuai mimpi (haha..agak terdesak disitu!). Tanya dia mana kek yang kak halimah bagi? Dia dengan mata terkebil2 jawab 'dah bagi kat orang yang datang baiki washing machine last week'. Haah! tapi redha je lah dah nak jadi rezeki dia...dan bukan rezeki saya..haih..


You are generous dear..moga murah rezeki u.. :)



Wednesday, August 25, 2010

finally...

...my new curtain is hanged.

Julung kali beli curtain sendiri..sebelum ni di-sponsored oleh Puan Samiah dan Puan Fatimah (ibu-ibu saya) eheh..

Sebab pertama kali beli so agak jakun, I thot kena lalui proses menjahit sebb too long. In my mind..jenuhlah kena jahit tangan berkeping2 langsir. Kalau ada mesin jahit senanglah pulak.
Rupanya langsung tak de proses tu..just iron pastu tempek 'plastic' yang memang dah diprovide sekali. 'Plastic' tu akan melt dan melekat. Oh..camtu easy-peasy kerja I!! Bagus betul idea tu spahsly untuk mak-mak budak macam I ni.. :D


simple jer...

ni ler so-called plastic tu..

Monday, August 23, 2010

we follow him..

'We' itu adalah me, nayli and umair.

Hari Sabtu my husband kena kerja so kami ikut sekali. To kill the time, me pun siapkan my kerja. At least my kerja done!..kalau kat rumah entah siap ke tak. Like always..bawak balik kerja then pergi office pun still tak terusik..eheh.

Nayli and umair baru first time ikut ke office daddynya so as expected..bermacam2 soalan me kena menjawab. Semuanya ditanya..ni apa? untuk apa? kenapa? hai anak-anak. Baguslah..kalau korang senyap lain macam pulak jadinya.

Lepas habis kerja, ke Sogo sekejap (my husband's office memang tak jauh dari sogo) tapi cepat2 keluar sebab ramai sungguh umat yang datang membeli belah. Then I gi collect my baju kurung kat medan mara dan keluar dari area yang paling sibuk tu cepat2 before stranded dlm traffic jam.

inilah anak-anakku..tu tengah sibuk menulis kat white board..

haa..apa yang dipandang tu ek..maybe duk pikir lepas ni nak buat apa pulak..

eh ada gambar lah..passport photo nayli & umair, family photo masa kat genting & gambar daddy masa kecik, nostalgic!

hoho..daddy countdown for raya! lagi 17 belas hari to go..

Friday, August 20, 2010

cerita buka puasa lagi..

Semalam I balik lambat sikit so decided buka puasa kat luar dulu baru balik. Tempat paling dekat dari office biasanya heading ke Bangsar aje. Sampai2 tu aim kedai nak berbuka dulu, lambat nanti tempat penuh. Kali ni try nasi lemak Tanglin. First time nak try. Ada terbaca jugak kat blog kawan-kawan pasal tempat ni.


I tak kisah berbuka ngan satu meal saja. Dah biasa. So I pilih nasik lemak tambah pari bakar. My husband pulak pilih specialty kat situ, kue teow goreng dan ayam percik.
Semua sedap. Ayam percik tu 'menjadi'...best!. Ikan pari & air asam kalau dapat makan panas2 lagi syiokk. Alhamdulillah..

my nasik lemak

his....

muka org pose..hehe..

On the way balik jalan clear..smooth sail jer sampai rumah. Alangkah baik kalau balik kerja hari2 jalan tak jam macam tu...impossible hoh in KL ni!!! but.....it is possible kalau you stay in Brunei..iya! That's my experience ke sana baru2 ni. Wah! best tau..aman jer jalan. Kereta kat sana grand-grand, maklumlah sana murah no tax imposed.


Sementara tunggu nak berbuka, sempat belikan jeans raya utk anak bujang. Ada sale. I thot nak pi cari weekend ni tp dah jumpa beli teruslah. Ok settle bab tu. Rasanya semua dah cukup utk umair & nayli. Cuma nak gi collect baju melayu husband, umair and my baju kurung. Kuih raya pun dah order. Macam biasa tak banyak..utk bawak balik kampung dan stok kat rumah sejenis dua. Ok sambung berceloteh lagi nanti..daaa.

Wednesday, August 18, 2010

nekbat oh nekbat

pic google

Tetiba teringat kuih traditional Terengganu ni..
Kat sini (KL) I tak pernah jumpa. Siapa pernah makan? Sempoi jer kuih ni..
Kalau yang belum masak it looks like bauhu tapi kering dan ringan.

Dapat yang sejuk-sejuk dari peti ais tu hmmm shedappnyer….

Nampak gaya kena lah tunggu time balik ganu nak makan ni :)

Tuesday, August 17, 2010

buka puasa

Setakat ni….

1- Kat luar – Rahimah’s Place, Bukit Puchong
2- Masak
3- Kat luar – Restoran dekat rumah
4- Kat luar – nyonya kitchen, plaza masalam
5- Masak
6- Masak
7- To be advised..tapi mungkin masak nasik goreng ikan bilis sebab nasik semalam purposely masak lebih. Goreng keropok keping. Pastu top-up lauk simple2. Jadi lah tu…

Selalunya bab minuman my husband yang prepare. Ikut selera dia…tembikai laici, jagung susu.


pic google


Bulan puasa ni routine pun berubah skit..lebih releks. Tak kelam kabut, banyak benda boleh buat sebab sampai rumah awal.
Kalau plan nak masak, I akan keluarkan lauk dan prepare mana patut dulu so balik terus masuk dapur masak simple2. Sambal belacan kena ada, pembuka selero.

Impressing :) ... sebab puasa kali ni lebih banyak masak as compared to previous ramadhan (so far lah..huhuh) dan berjaya tak mana-mana pasar ramadhan lagik. Tapi mungkin akan pergi jugak nanti nak mencari nasi kerabu yang sah-sah I tak akan buat sendiri. Mana reti deh! Belum belaja lagi..

On another note, semalam masa I tengah sibuk kat dapur tetiba Umair datang and say..mommy, rambut mommy macam lady gaga (Sila jgn imagine sebb langsung tak sama. Merely Umair’s imagination..hiks). I was like..haah!!!
By the way kenal ke dia siapa si lady gaga?…tapi I tahu dia suka menyanyi-nyanyi lagu lady gaga. Ishh! kuat betul pengaruh cik lady gaga..huhu.

Friday, August 13, 2010

-salam ramadhan-



Salam..

Rasanya still tak terlambat for me to wish all friends selamat berpuasa. Dah pun hari ke-3. Percayalah sekejap saja..tup-tup dah raya. :)

Lama jugak blog ni tak terusik sebab tuannya sangat tak 'dan' nak menjenguk. Sekali masuk hari ni semua dah lintang-pukang. Template dah expired kot. So for time being pakai template ni. Sementara tu tak tahulah sampai bila. Hijau biru bergabung looks fresh je blog ni kan..ihiks..bulan puasa kena nampak fresh!

Sungguh tak sempat nak menjenguk blog kawan-kawan, insyaAllah akan try cari kesempatan itu..seronok sebenarnya membaca coretan kawan-kawan ni.

Ada banyak benda nak story.. pasal makan, kerja, milestones anak-anak. Insyaallah..jika diizinkan akan berupdate-lah blog ni :D

Take care folks and catch up with you later wokey! Ramadhan Karim!!!

Tuesday, July 27, 2010

mix feelings...

Dearie..

Am too busy lately…really!
Last week nayli and daddynya demam. I terkena tempias…tak cukup tidur dan rehat. Kemunculan pimple-pimple tell me that I’ve got no enuf rest. Mata pun sembab jer. My body needs to sleep but my mind tak nak sleep.

Last weekend Umair pulak demam, so I surrendered kat rumah jaga dia pulak. He slept all day long. I sekejap-sekejap basuh kepala dia dengan air asam jawa bagi kurangkan panas. Alhamdulilllah sekarang dah sihat.

Semalam I off to settle all my ‘things to do’. One of them moving out to a new nest. Yupp! That makes me really busy lately..fikir itu, fikir ini. Finally, yesterday having moved all the biggy things. Now have to settle the small things pulak. Rumah macam kapal pecah okeh. Dengan berhabuknya buat I sengsara gatal hidung, mata to the max. Tak tahan.
Alhamdulillah..syukran ya Allah..dengan izin Mu aku dapat jugak selesaikan kerja ni dengan tulang empat kerat dan syukur Kau permudahkannya. Cuma sekarang terasa sakit-sakit badan. Ku mohon Kau berikan aku kesihatan tubuh badan. Amin.

InsyaAllah lepas ni kalau ada peluang nak sangat pergi berurut. Rest my mind sekejap. Do things that I like dengan senang hati.
My mother-in-law is in KL but I did not manage to see her yet. Nanti apalah dia cakap, hopefully dia paham. As at last weekend, keaadaan memang tak mengizinkan me kemana. This morning called her to tanya khabar and tell my situation right now.
My mom pun akan datang KL this Thursday. Mak, saya nak makan pulut durian boleh?! Hehe..

Owh by the way, next week I will go to Brunei Darussalam. Ini urusan kerja. Will be there for a few days. Busy sangat pasal moving out sampai tak teringat nak kena gi travel. So kena set reminder ni, to put aside things to bring, yang paling penting passport.

The following week tu InsyaAllah kita semua umat islam akan menyambut Ramadhan al Mubarak. Sekejap je kan.

Ni nak share something, masa kemas-kemas barang hari tu, I terjumpa note kecil. I tergelak bila baca a short essay (very2 short one) written by my little girl. Jom tengok..

‘Tentang kawan-kawan saya adalah Zarif, Zyad, Zhafan, Salman dan saya. Kawan-kawan saya suka bersukaria’



Hiks! terasa impress pun iya jugak walaupun ayat dia tak berapa nak betul tapi boleh diterima kalau yang tukang tulis tu baru umur enam tahun. Tang nama tu betul, semua bermula dengan huruf besar. Keep up the good work dear.

Last week dah terima surat sekolah rendah informing that Nayli Yasmin diterima untuk bersekolah di situ. Kelas IB.
Daddynya suka menyakat, panggil dia budak kelas IB..tu yang buat rumah selalu jadi hiruk piruk. Big people suka sakat small people.

I sendiri kadang tu macam tak percaya nayli dah nak masuk darjah satu..mintak-mintak semua ok. Amin.

Mintak diri dulu…take care.



ps: my mind is not in the office la..syyyhh!

Friday, July 23, 2010

a sick week..

Alhamdulillah I sihat walafiat but pity my lil' princess, awal minggu dia sakit mata. Ponteng kindy hari selasa. Luckily sakit mata tak melarat sangat. Lepas letak ubat tahan gatal dan makan antibiotik dah surut bengkak.
Ingat kan dah ok tup-tup hari rabu dia deman pulak. Kalau anak2 sakit mommy pun jadi sakit. Kat kindy muntah-muntah. Kesian dia. Then balik rumah pun still muntah, badan pun panas sangat. I dah risau. Bukan nayli saja demam, daddynya pun dah demam. Aduh..dugaan. Alhamdulillah Umair ceria macam biasa but still give him ubat takut berjangkit kakak. Tau lah dua orang tu asyik berkepit saja. Di mana ada kakak di situ ada umair.

Kat office semalam hati I sangat tidak tenang thinking about 'orang sakit' ni so I ambik half day EL. My husband dapat mc yesterday tapi still ke office as he got something to settle. Petang semalam he kena diarrhea pulak! Asyik duk ulang ke toilet every 10 minit. Hari ni still on mc.
Syukur bangun pagi tadi nayli dah ok, ceria macam biasa. Dah tak pening katanya. I give her option la..kalau nak pergi sekolah ok tak pergi pun ok. But she said she wants to go..up to you dear!

So itulah ceritanya..hari ni tinggallah daddynya seorang kat rumah. Have a good rest and get well soon daddy!



Lately I ni asyik duk fikir tu fikir ni. My mind keep working..kadang bila terjaga malam dah tak boleh tidur. Ohhh..my eye bags!!!

Monday, July 19, 2010

I loike...

Hai…no Monday blues ok..

Uols pernah buy things from cash converter tak? I suka gak menyinggah kedai ni tengok apa-apa yang patut. Recently pergi yang dekat sunway mentari. Not that big macam kat ampang point. But still ada something yang I grabbed.

I’ve got luggage tags. RM2.00 saja. Since murah, ingat nak borong banyak so boleh bagi kawan-kawan, ipar duai, mil tapi sedih yang ada tinggal sket..dah habis stock. Tak de rezeki.



Then I dapat benda utk press ubat gigi. Actually looking tempat letak ubat gigi yang jenis boleh hang gitu. I’ve got one at home tapi dah lupa beli kat mana. My sis in law pun nak jugak benda alah tu. Note to sis ah later I will pass this one for you but sorry yang jenis hang tu memang tak jumpa so far. Kalau ada next time I beli wokey!

Wajib ada bahagian untuk umair, dia pilih dua jenis kereta mainan kayu. Oleh kerana murah so mommy allow you to take two. His sista sangat baik that day..dia tak berkenan apa-apa. Ok good girl.

That’s all, keluar kedai dengan muka yang gumbira sebab dapat benda yang I suka spashly the luggage tags..hooyeh!


ps: Kawan2, sorry ek lately I lack of chance to update this diary konon busy sket. Komen kawan2 pun dah lama me tak reply. Sorry yer..InsyaAllah ada kesempatan will do visit ur blog. Ni pun curi time lunch. (:

Friday, July 16, 2010

jom masak puzzle

This is what she's doing after getting bored nak main susun puzzle. Hehe.. semua pun boleh!!
Let's masak. After mixing up the puzzle I bet she takkan susun puzzle tu balik, percayalah. Buktinya, semalam I tengok selonggok dia letak dlm bakul tak susun elok2 pun dalam buku.
Sib baik masa tu mommy dia tak cranky....kalau tak sure kena paksa susun puzzle time tu jugak. :D




my senduk, pan habis dia ambik jadi toys dia...
hmm bila besar esok tak rajin masak tak tau ler..


ps: umair tak heran kakak dia nak main apa...he got something else that makes him really-really occupied nowadays. Haih..kids jaman sekarang ni.
dah lama tak cerita pasal anak bujang sorang tu ek...ohoho dia semakin banyak mulut lor..funny boy! windu both of ya!!!

Wednesday, July 7, 2010

wear-nes-day




yeay...wear-nes-day lagi. Kali ni si model cilik, siapa lagi kalau bukan cik nayli kita ni, telah memilih pakaian kebangsaan atau baju kurung untuk ke kelas mengaji quran. Huhuhu...

OK, baju kurung tu baju raya tahun lepas. Kain cotton dibeli dari Bandung. Sangat murah kat sana. Seriyes mak pengantin mak model dah lupa berapa harga semeter. Hantar tempah jahit kat kampung baru RM12.

Tudung from aryani. RM23 (beli masa sale)

Bag merah tu koleksi lama model dari Adams kids. RM60

Kasut NYC. RM49.90

Gambar ketiga si model cuba untuk wear-all-in-red lalu memakai kasut merah maknya..hehehe


Jumpa lagi dalam segmen wear-nes-day yang lain ok.




ps: entry wear-nes-day ini untuk rujukan model dan mak model dimasa akan datang dan bukan untuk tujuan lain. Hopefully jangan silap faham yek!

Tuesday, July 6, 2010

** :/ **

I think I’m having selsema now. Tekak very uncomfortable. Dah telan clarinase but looks like tak jalan. Remember an old friend told me to drink the hottest plain water that I can take bila raca cam nak selsema (I guess lain orang lain tahap kepanasan yang boleh ambik) Dah try jugak tp tetap bersin. Ni dah sah lah ni selsema. Issshh tak cukup bitamin c ke? :(

kasut anak-anak...


koleksi kasut nayli. Yang shocking pink tu from cotton on kids. RM29 saja tapi nayli suka benor pakai. Yang putih tu dia nak sangat sebab tinggi macam wedges orang besar..dia kata nak pakai that shoe masa her aunty's big day nanti dengan white dress. Apa-apa je lah kakak.

Sekarang ni alhamdulillah senang skit nak cari kasut utk dia kalau tak dulu-dulu susah sebab kaki petite sangat. Bukannya tak de kasut size kecik tapi taste dia nak yang bertumit bagai so size kecik yilekkk..selalu dia frust sebab tak dapat kasut idaman. :(


koleksi kasut umair pulak. Yang hitam tu from cotton on kids jugak. biasanya kasut dorang ni I tak beli yang mahal-mahal sebab pakai sekejap jer dah tak muat. Kaki cepat membesar. Usually beli bila time sale so get cheaper. Yang kuning tu lepas less about RM40 jer. Ok lah tu. Dah boleh kira kasut raya terus lah..huhuhu.

Kat cotton on kids harga baju/kasut/seluar for kids berpatutan. Ada lah 2-3 kali pergi yang kat sunway pyramid tu. Time sale T-shirt RM15 pun boleh dapat... I tak de specific kedai nak beli baju anak2. Yang mana berkenan dan harga affordable beli jer lah. Jusco, Parkson, Sogo semua boleh. Isetan pun I suka sebab bila time sale, sangat berbaloi dan some stuff can only get from there.

Shopping baju kids kat FOS pun best..seluar tidur utk girl comel-comel, can't resist me from buying it tapi nayli kadang tu bila mom dia suka dia plak tak suka...kalau dia tak suka please jgn beli sebab end up dia tak akan pakai. Apalah kakak ni...
Time kecik2 senang, apa yang kita beli semua pakai sebab tak pandai memilih lagi but now dah ada taste sendiri...well anak-anak mommy dah grown-up!

Monday, July 5, 2010

for your info…



I passed by butik coach last Saturday morning (iyer morning2 udah keluar tp sekejap sajork).
Ada summer clearance. Saja jer masuk tengok sambil cuci mata..hiks.
For those yang intent to buy something from coach boleh try luck (if stock is still available).
Ada less sampai 50%..Huuh..

jadi ibu anak tiga sekejap...

on weekend I kena jadi babysitter to my niece si allysha sebab bibiknya cuti dan mak ayahnya kena kerja. Tengahari dia dihantar oleh her father (my big bro) to my house. At first 2-3 hour semuanya seems good and under control. Dia ni memang boleh tahan lasak... Buat susu suruh tido tapi tak tido jugak..oh my..dalam hati kalau i ada anak tiga, gini lah kot..penat melayan 3 kerenah.

Petang bring them out to taman kat cyberjaya. Mula tu ingat nak lepas dorang ni mandi kolam tapi memandangkan kelasakan allysha forget it. Worry tak terlayan pulak nanti. Itupun masa kat taman dia berlari sampai jatuh..luka lutut. Isshh! now I know it's not easy to babysit anak orang. I meant kena betul2 jaga sebab tu our responsiblity and under our custodykan.

Ok balik rumah mandi tiga-tiga...havoc dalam bilik air! Bagi makan..senang cerita I suapkan semua bagi makan kenyang2. Kalau makan sendiri banyak main daripada makan. Told my husband, kalau anak kita 3 kecik-kecik macam ni...sure i quit kerja jaga anak. :)

Sleeping time plak satu hal...(yes, allysha overnite at my house) susahnya budak bertuah allysha nak tido sampai I kena offkan semua lampu...huh. Nayli and Umair dah selamat tapi dia sorang lagi belum tido. Ingatkan penat berlari sana sini siang hari dan tak tido petang, malam akan 'pengsan' awal...tak jugak!!! At last pukul 10 lebih baru tido..I pun start meng-laundry/kemas rumah skit then rehat. Penat deh!
this half japanese girl baru 3 tahun lebih tapi badan lebih besar macam budak 5 tahun...

cousin sista, kakak nayli



Next weekend insyAllah akan ke perak ada kenduri kawin. Thereafter I bet my weekend will be busy as bees bzbzzzz. I have to settle this 'projek kacang putih' (projek yg tak de kena mengena dengan makanan...hiks) before fasting month. I can foresee that I have to do a looooot of things, perhaps i shud start with a proper list. Hopefully semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. ..InsyaAllah.
Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker