Monday, April 13, 2009

Simple & Sempoi..

Me memang jarang masak spashly hari kerja. Syukur dapat suami yang memahami.
Kalau dah boring giler dan tak tahu nak makan apa I akan masak tapi yang simple + sempoi.
Tetiba teringat nak makan ikan singgang pulak.
You all tau ke singgang? Tu masakan orang ganu & kelate.
Senang je..hiris bawang putih, kunyit skit, potong lengkuas nipis2 (my mother kata letak banyak lengkuas lagi sedap).
Pastu kalau nak pedas letak cili padi. Tambah bendi pun sodap. Kasi gelegak lepas tu campak lah ikan. Jangan lupa garam secukup rasa.

Pelengkap untuk masakan ini (my selera la) ialah sambal belacan dan ikan goreng yang garing-garing gitu. Uhhhh bestnya makan dengan nasik yang panas2.

My sambal belacan pun simple…I ni jenis sensitip skit bila makan belacan. So kurangkan skit belacan tu.
Cili tu dipotong2 nanti senang skit nak tumbuk. Kalau suka pedas campur lah cili padi sesuka hati. Then get ready asam limau nipis yer. Alternatively boleh jugak letak limau kasturi. My mother sometimes dia potong halus2 kulit limau kasturi tu campur sekali (jgn banyak ye nanti pahit)
Masukkan semua sekali cili, gula, garam, belacan dlm lesung. Lepas tu apalagi..tumbuk sampai lumat. Kemudian perah asam limau. Dah siap.

Orang tua kata bila tumbuk apa2 kalau nak keluarkan dari lesung tu guna tangan (salah satu cara untuk suami selalu ingat kat kita..betul idok, tak tahu lah hamba)
Tapi kalau tumbuk sambal belacan dinasihatkan guna sudu bila nak cedok nanti habis pedas tangan tu huhuhu. (agak-agak la yer tuan2 dan puan2)

Satu lagi nak kongsi petua, according to my mother…bagus untuk perempuan. Untuk elakkan keputihan, minum air bilasan beras yang last tu. Kalau tak nak minum air mentah, yang last tu kita letak lah air masak. Ambik lebih kurang setengah cawan, selawat then minum. Kena amal.
I ask my mak, kalau case macam I ni jarang masak guane??? Sendiri mau ingat la… (^_^)


see..my sambal belacan, merah menyala..(abaikan ketidak'center'an pic ni)

2 comments:

manggisboy said...

singgang...my haus mate used to masak that one..macam senang je buat...lebih kurang macam masak asam lah kalau kat belah sini...sedap jugak singgang ni...hmmmm...lama plak lah tak makan he he he

a-as said...

o..ur hausmate kan org kelate, mesti tau masak singgang punya.
Nanti hint-hint la hausmate tu suruh masak singgah. kata lama tak makan kan..
report x siap ni...uwaaa..