Friday, April 24, 2009

bahasa ibunda

Saya sudah balik ke pejabat hari ini selepas 3 hari pergi menuntut ilmu huhu..

Keluaran hari ni saya tulis dalam bahasa ibunda, tiada bahasa rojak saya atau bahasa inggeris saya yang lebih kepada bahasa pasar!

Yang menarik pasal kursus 3 hari tu, pertama kali yang hadir cuma 4 orang saja dalam kelas...masa mengantuk tu memang tak boleh nak sorok muka ni. Aduh! Masa buat ‘case study’ (tak tahu dlm BM) asyik2 pusing kat 4 orang ni saja..terus terbuka besar bijik mataku! Haa...

Selama 3 hari kursus kat Maju Junction Jalan TAR, 3 hari jugak lah saya menghabiskan masa lepak kat Sogo. Nak pergi Jalan TAR macam tak seronok pulak lenggang lengguk sorang2. Naik muak saya pusing2 kat Sogo sementara menunggu suami habis kerja.

Ni cerita lain pulak. Untuk pengetahuan awak semua saya pertama kali ke Daiso store yang baru dibuka kat IOI mall. Katanya itu yang terbesar.

Boleh dikatakan kebanyakan barang-barang jepun yang pelik, unik dan comel ada dijual di situ. (tapi ada jugak yang dari China)
Semua barang harga MYR5 jadi kena lah pandai2 pilih yang mana rasa berbaloi dengan harga tu.

Saya suka tempat tu mungkin sebab pertama kali ke sana. Saya sempat ambil gambar sikit. Jom tengok kat bawah tu…

Tahu ini apa? ini adalah bekas simpan sebiji pisang
Yang ni pulak sepit yang comel2
Ini bekas kek cawan yang warna warni
Ini pulak bekas bekal (lunch box) yang macam2 bentuk
Ini sarung untuk kaki meja dan kerusi supaya lantai2 yang mahal tak calar. Kreatif.

p/s:
♥ Hujung minggu lepas saya sangat seronok sebab mak saya datang ke rumah jauh dari Terengganu.

♥ Selamat berhujung minggu untuk semua. Semoga gembira bersama orang2 yang tersayang.

♥ Rasa macam sangat formal bila berbahasa begini..apa-apa pun saya bangga dengan bahasa ibunda saya walaupun bahasa saya lintang pukang! :-D

4 comments:

rasp said...

i loike bekas pisang tu..hehehehe kreatip tul dorang nie kan ...

sis, u dah 'fly' ke? bila ek?

Neway, have a great wiken

a-as said...

Belum lagi la sis..next week.
u sms me ok!

u too hv a nice wiken ya!

LiLa said...

betul...i pun like that bekas pisang...my hubby selalu bawak bekal pisang dalam kereta. Kadang2 pisan tu lunyai tak sempat makan :(

xoxo

a-as said...

Dear Lila,

u nak ke? boleh i pos kan..betul ni email ur add to me..amn_azmi@yahoo.com

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker