Friday, October 30, 2009

one year ago today…

blog ni ‘dilahirkan’. Hari ni genap setahun me berblogging..blogging just for suka-suki.
I treat blog ni just like my little diary which I can write anything and the most important me and anak2 boleh baca all the entries again in future (hope so..)

At one time me rasa dah malas nak berblogging (that was last month!)…tp macam ‘rugi’ plak tak mencorat-coret momen-momen yg boleh dikatakan best in my life. Then, me sambung balik lah berceloteh disini.
Blog ni ada reader ke tak.. not an issue for me. Kalau nak dibandingkan dgn other blogger…this personal blog is nothing.
I admire blogger tegar like redmummy tu..tabik spring lah kat dia. Rasanya jauh sekali me nak jadi mcm dia hiks! Tak tahu lah plk kot-kot in future me nak try luck buat income thru blogging.
For time being me ikut priority..ada masa me akan berblogging. I like to read other blogs..kadang tu just baca & tak sempat left any comments. Tapi believe me, baca blog ni fun..macam2 cerita kita jumpa. Let’s read blogs & enjoy!!

me and my lollipops..



ps: kalau baby setahun boleh jalan dah ni.. :)

Thursday, October 29, 2009

me and my kids..

Me kan cuti on Tuesday, actually tak de mission apa2 pun cuma send and fetch Nayli to kindy. Dia happy sangat sekali-sekala mommynya dpt hantar...siap tanya esok mommy cuti lagi tak? alahai sayang..mommy kerja. Kalau boleh mommy nak jer hantar-ambik kakak hari-hari tapi..tapi apa? Tapi mommy kena kerja la… :)

That day pun me ambik dorang awal from rumah babysitter. The first thing after dorang tahu me cuti, dorang cakap..‘mommy, nak jalan-jalan’
Mula-mula me berkeras jugak.. ‘no..no..jalan weekend saja’
Tapi me pulak kesian.. ‘ok..jom teman mommy cari barang kat jusco, tapi promise no toys’. Dua-dua menyahut, ‘ok mommy!’

Instead balik rumah me pun melencong sekejap ke Jusco IOI.

Tak lama pun kat situ..beli grocery saja. Ada some barang dapur I suka cari kat jusco. Lepas lite-lite shopping, we all balik terus sebab mata dah ngantuk.

On the way ke jusco me kena ler dengar budak dua orang tu bercerita..potpet-potpet. Macam biasalah..

Nayli:
Mommy, teacher Salmah cakap..nanti kakak darjah satu, kena potong rambut pendek skit..
Mommy, teacher Salmah kata tengok ‘cartoon english’ bla..bla..
Mommy, Monday kakak exam..mommy..mommy (adoi fening mommy)

Me just meng’iya’kan saja..sebab tengah drive kan.

Kids, apa yang teacher dorang inform dorang sangat patuh..

Me memang encourage my kids to watch channel 613. More educational I suppose..
dan pasal rambut time tu jugak nayli minta nak gunting rambut. I cakap orait nanti mommy guntingkan’..selalunya setakat fringe depan tu me sendiri jer gunting. Bila tanya lagi petang tu.. 'mommy dah tak jadi’ … hehe dah agak dah..

Umair: Mommy, tadi Umair makan banyak.. (I know he wants my attention too)
Me: Iye?! Good boy.
(Umair senyum puas hati..sebab mommy cakap good boy..)

Kat Jusco plak..bila lalu jer area stationery, Nayli says: ‘Umair nak beli book apa? Mommy, beli la book utk Umair..nanti kakak ajar..nak bagi Umair pandai’
I know she’s the one yang nak beli book..tapi dia tanya Umair..so clever..
Me: It’s ok..book kakak yang lama tu boleh bagi Umair baca..nanti kakak ajar ok!

Both of them tak puas hati.. :(

Kids macam tu lah.. As their parents, give attention and spend quality time with them. :)
I believe you all semua memang parents yg sangat sporting kan!

Wednesday, October 28, 2009

BZ BEE..

buzz..buzz..

akak bz melampau la hari ni..sehari cuti balik-balik tengok banyaknyer offers to do. Owh lupa..for those yg tak tahu, salah satu kerja akak ni jadi tukang review offer reinsurance..yg datang dari all over countries. Sebelum nak support satu2 risk tu kenalah study/review dulu background of that risk..tengok claim experience, high risk ke low risk etc..etc..
Fun tu fun lah (kerja mesti enjoy kan)...tapi bila dah banyak2 sangat dan semua nak urgent dah tak jadi fun langsung! :(

Alang2 update blog ni sekejap, me nak say thank you to aici, kawan kepada my adik for the souvenir from Korea. Hari tu dia disponsor ke Korea to attend one of exhibition yg related dgn her study. Right sis??! She’s now pursuing her master. So nice kan..

Tambah lagi my fridge magnet..


kerongsang & pen yg cute (nayli likes the pen very much!)


T-shirt korea..i like..


Thanks again sis!

Monday, October 26, 2009

Congratulation..

To iffa (cousin sister sebelah hubby) yang dah selamat bertunang last Saturday.
Dah sampai seru.. kan sis! A simple but very nice and memorable ceremony. I like that!

pretty iffa and granny

with her mom..

Tunangannya di UK so upacara bersiaran langsung via webcam. Luckily got such technology nowadays kan. No worries, be cheerful!..heh :)

To show you something here..


Guess what! Ini adalah makanan yg selalu ada untuk ceremony camni spashly for those from Terengganu.
Yepp! Itu adalah jala mas dan mas sejemput. Very traditional tau kuih ni. Rasanya manis, nak buat ni banyak guna telur..thats I‘ve been told lar..

Ramai family berkumpul including makcik2 dan ibu mertuaku yg fly all the way from ganu. Lepas majlis bersurai ramai dah balik tapi semua mak2 sedara yang very jarang dapat berkumpul camni bersembang sampai malam. Semua cerita ada..flashback stories ada, cerita2 yang suspen pun ada…
Me and hubby ralit dengar endless stories tu sampai pukul 10 malam baru we all gerak balik. Tu pun my kids masih cerah mata seronok main kalau boleh tak nak balik..

to see more photo go here

Sarapan di mana?


Me bersarapan depan pc jek, biasalah pukul 7.30 orang masih sibuk bersiap2 nak keluar kerja tapi me dah ada kat opis.
My breakfirst hari ni ialah se-mug milo, seketul karipap dan seketul muffin. :)

Hari ni ramai orang kat my division ni tak dok, sunyi sepi..ada yg pi conference & course, ada yg cuti exam, ada yg cuti2 malaysia..

Tak per..tomorrow is my turn cuti pulak..ngehngehngeh.. (what is my mission for tomorrow?)
For those yg involved ngan conference hari tu diberi unrecorded leave sehari..Alhamdulillah.

Ok got to go now..ciao!

Friday, October 23, 2009

skaf yang lembik..

Ada material skaf yang sangat lembik so bila pakai tak jadi molek terletak gitu.
Me jenis yang suka pakai skaf sempoi jer..tak lipat pun, pakai jarum bagai tu sangat2 jarang sekali tapi kalau pakai tudung bawal tu ada masa lipat jugak (tengok keadaan)

Bila kena yang jenis kain lembik tu sangat sakit hati kan pusing2 serba tak kena. A bad scarf/tudung day. Masa beli berkenan kaler dan corak tak pikir sangat pasal material..main ambik jer.

Walaupun sekarang ni semua pakai yg jenis ‘tudung ekin’ tu tapi me tak keen sangat sebab nyer..my hubby kata tak sesuai. Me pun kekadang tu nengok muka jadi sangat bulat hiks..macam dlm entry ni.
See my face..nampak sangat gemuk dan cubby kan!. Itu pun pinjam my mom punya. Actually memang sangat praktikal tudung macam tu, I pun suka tp tak sesuai dgn muka ku ini. Nengok orang pakai comel jer. Tak tahu lah pulak in future kalau jumpa yang nampak tersangat ‘in’ with this face surely me rembat gak..huhuhu

Sambung cerita skaf lembik tadi..sayang pulak bila jarang pakai skaf yang selalu buat hal ni..
Kebetualan masa balik raya hari tu me sembang2 ngan adik ipar. MRS TAJ..dia pun suggest me to use kiwi starch. Me langsung tak terpikir...bukan tak tahu pasal kewujudan benda tu sebab my kakak ipar selalu guna. Tu la kan ..sometimes kita ni terlupa lepas di-highlight-kan tu baru la….Ooo!

So sekarang my problem dah settle..no more bad scarf day. Thank you yer ah!
Lepas spray dgn benda alah tu skaf lembik akan senang diuruskan… :)



Thursday, October 22, 2009

hari ni hari apa ek...

Hehe hari pun boleh lupa sekarang ni..hari khamis! Yeay esok jumaat..semua orang suka kan!
From the itinerary conference fair tu..speaker hari ni adalah Tun Dr. Mahathir. Mesti ramai delegates yang tak ponteng..hiks..

Last Selasa, my bos bawak semua kuncu2nya (including me) jumpa client kat Mandarin Oriental (MO) i.e. venue of the F.A.I.R (Federation Alfro-Asian Insurers and Reinsurers)
Masa ni lah nak kenal ngan orang yang biasa kita dealing kot telefon jer..

Lepas that meetings me terbumped into my friend yg kebetulan ada meeting kat situ jugak..wah kecoh kejap. Kak chik ni baru balik buat market visit ke Seoul dan Hong Kong..best kan! Tapi for her yang selalu travel ni dah tak excited dah..letih adalah. I follow dia sekejap sebab nak ambik barang from her car..dia park kereta kat klcc. From MO to carpark me ngan dia sempat mengular kejap, masuk butik aigner. Kitaorang ni pantang jumpa, memang tak habis cerita, kepala gilo-gilo skit!
Kitaorang duk pusing2 nengok jam & accessories ..wah..memang cun habis! Harga pun cun..hiks.. Lepas tu say tq to S.A butik tu then we all terus berlari ke carpark (tak leh lama2 mengular..nanti kantoi plak)

Dah ambik barang me berlari ke MO semula..tercungap2 den. Pastu dalam pukul 5.30pm menapak pulak dari MO ke Crowne Plaza sebab ada duty jaga transport transfer utk delegates yg stay kat situ. Sebelum apa2 makan dulu kat UOA building, janji with my buddy yg kena duty sekali. Lepas isi pewut kenyang2 baru ke lobby hotel. Lepas settle semua dalam pukul 8 lebih baru gerak balik..sampai rumah dah kul 9 lebih. Masa tu emas..jumpa anak2 sekejap jer..pastu dah nak tido.. memang penat sungguh. Nak urut kaki please…

Jom tengok jam aigner yg kitaorang berkenan..



tq mr. google for the photo!

Monday, October 19, 2009

another hectic week is started!

Huh tengok tajuk pun dah letih. (not good..not good). Actually every day pun hectic day for me tapi minggu ni terlebih hectic. Kenapa?

Sebab hari ni dan besok me involved in F.A.I.R conference (Federation of Afro-Asian Insurers and Reinsurers). My opis is a co-organiser utk this conference..kena jaga transportation utk semua 500++ delegates. My duty dan 10 orang colleagues lagi adalah utk bereskan transportation delegates yg stay kat 6 designated hotel ke conference venue i.e. mandarin hotel. I kena stationed kat crowne plaza petang sampai malam. Then pagi2 esok dah nak kena ada situ..tengahari balik opis, then petang duty lagi..tapi nasib baik 2 hari je on duty lepas tu on standby mode. Me dapat hotel yg locationnya baekkk punya..kawasan jem ditengah2 golden triangle..nasib ar..
Tak pe lar... (tak kata camtu nak kata camne lagiks huhu) yg penting kena do the best atas tanggungjawab yg diberi. Dok gitu??!

Setengah hari kat opis ni boleh la settlekan yg mana baki2 kerja last week..kerja yg tak akan habis tapi makin bertambah ada la.. (ni bukan kes rungutan ok tp luahan perasaan..kan kita kena luahkan perasaan supaya senang hati skit..kuikuikui)


Ps: ni jumpa bagai2 orang ni hopefully tak de lah incident yang bleh buat my blood go upstairs..mintak2 dipermudahkan urusanku hari ni. amin.

last open hause

Hi..
Raya sudah habis yer anak-anak. Insya-Allah, panjang umur tahun depan kita beraya lagi.. :)

Semalam was the last day of Syawal..me sempat ke open house/hi-tea SIS RASP. Thank you sis..and it was a pleasant meeting with you!

Itu adalah pertemuan pertama kami dan jika ada rezeki lepas ni boleh jumpa lagi..kan sis!
Sebelum ni just kenal in blogosphere saja...now dah jumpa. She is a lovely mother, very soft spoken..and like to smile.

Pusing2 jugak kitaorang mencari teratak sis rasp ni biasalah first time ke sana, kitaorang terlepas lorong masuk jer.. tapi tak lah susah mana pun.

Sampai2 jer nampak si princess kecik yg putih melepak..sapphire anak bongsu sis rasp. Comel lah dia..my kids pun apalagi..suka bangat main ngan budak kecik. Kalau boleh nayli nak jer dokong sapphire tu (macam la dia tu besar sangat)...umair siap usap2 muka sappire. Eh..anak dara orang tu! Si kecik tu dah kepenatan..lepas tu dia terlena atas riba ibunya. Senang sangat nak tiduk..maybe penat la tu.

Masa kat situ..jumpa Masviona and family. Nice meeting you too sis. The best part is, sis masviona ni kata dia familiar nengok muka my hubby. Cerita-cerita, rupanya sis masviona ni pernah berurusan dgn tempat kerja my hubby couple of years ago. What a small world kan!

Ni ada photo skit utk kenangan...

with sis rasp. See... sapphire yg lena diribaan ibunya..

with sis rasp & sis masviona. blur la plak gambar ni..layan je lah :)

Sebelum balik we all ke rumah my big bro sekejap to fetch my mom yang sampai KL the day before..double happiness to my kids sebab tok wan nak datang rumah yeay! :))

Thursday, October 15, 2009

sekitar makan-makan event

yuhuu..makan event lagik!

Ya..last Monday my opis having a potluck raya. Foods..hmm..heaven!
Seronok bergathering & chit-chating sambil isi pewut. Even satu opis tapi jarang berkesempatan nak bersembang panjang. Kadang tu just hi-hi bye-bye je bila terserempak.
So masa kumpul camnilah nak beramah mesra kan. So fun!

The foods..macam2 ada. That's only part of them..

hey me..jd miss hot-hot that day..I tulun panaskan apa2 yg patut kat pantry :)

well..pantang nampak camera..we love!

top photo, me, ajja (middle) & my lady boss..tabik bos!

Tadaa...that's my puding karemel..fyi I buat tu for the second attempt! nasib baik jadi (angkat bakul eheh)..tq to sis-in-law, mrs taj for the recipe.

Wednesday, October 14, 2009

delima (tak de kena mengena dgn previous entry - dilemma)

Tersangat lama tak makan buah delima, rasanya last masa pregnantkan umair sebab orang kata delima ni bagus untuk ibu yg mengandung.

Last sunday, kawan my husband ajak lunch kat rumah dorang..so we all melepak sampai petang. Biasalah sekali sekala jumpa borak tak hengat..padahal the day before dah buat gathering kat my house. Tapi masing2 tak dpt nak spend masa lama that day sebab ada jemputan open hause lain so maybe tak puas borak ler tu..that's why the next day dorang arrange nak jumpa lagi. Budak2 happy sakan bermain..first time jumpa malu2 kucing jer pastu terus kamceng sampai tak nak balik. Lepas lunch, tuan rumah hidangkan buah mangga dan delima. Lama tak nampak delima rasa teruja plak.

Haa..tu dia panjangnya intro, padahal nak cerita macamane boleh terjebak makan delima je..hiks.
The best part, all kiddos termasuk my kiddos la tak pernah makan delima. Jakun. Tapi dorang semua suka, siap duk keliling mengadap buah delima..haha. (tp sayang tak de photo) Semua mak-pak tak tahu yg anak dorang suka makan delima!

Semalam balik kerja tengok my hubby plak yang beli delima. Katanya nearby his office ada orang jual, 3 biji for RM10. Last nite jugak kitaorang kendurikan sebiji sambil layan tv. Pagi ni bekalkan utk kiddos bawak pi umah babysitter sebiji. Sebiji lagi bolehlah 'selamat'kan malam ni sambil layan tv lagi..huhu.


Nampak kaler pucat je kan tapi manis & juicy. Orang tua2 kata kalau mengandung makan sebiji delima..jgn kongsi2 sebab dalam banyak2 biji (isi dlm) tu ada sebiji yang excellent dan baik utk baby.
Betul ke tak?

Monday, October 12, 2009

Dilemma..

Bukan dilema apa pun. Ni tengah duk fenin fikir mana nak register si nayli sekolah kebangsaan. Sekarang ni babysitter kat shah alam (hicom), her kindy pun area umah bbysitter. Sekarang me ada 2 choices.. sekolah rendah hicom atau sekolah nearby my house. Dia masuk darjah satu tahun 2011 tapi by now dah kena decide lah mana satu sekolah yang sesuai.

smiley nayli yg teruja dgn smiley miley (miley cyrus)

Anak sulung dan tak dok pengalaman lagi ni..
Tapi selepas ditimang2 ditimbang2 rasanya adalah baik didaftarkan saja ke sekolah yang dekat dengan rumah babysitter. At least petang lepas sekolah boleh balik rumah babysitter dan kebetulan pulak sekolah agama pun dekat jugak dgn rumah babysitter. Masalah jugak, mommynye ni jenis yang suka pikir benda2 in advanced..tengok daddynya relaks sajork. Dlm kepala otak ai ni banyak betul nak dipikirkan..masa tidor je otak boleh berehat huhuhu..

Umair pulak sekali nak pi kindy sekali tak nak..tapi tak lah worry sangat sebab baru nak masuk 4 tahun.

Dilema seorang ibu..

Friday, October 9, 2009

main masak-masak..

Bulan puasa beras kat my house tu cepat skit habis sebab masak nasik hari2 tapi bila bulan tak puasa, ada slow skit, sebab masak during weekend saja.
Al-maklum lah hari2 my rutin adalah hectic so selalunya on da way balik kerja terus tapau. Boring jugak dgn rutin macam tu but setakat ni I’ve got no choice lor.. :(

Ini adalah ikan kerapu masak ‘manis masam’ (sweet sour). Masak ikut style my mak mertua. Tapi my one ada slack skit..terkurang kuah la plak. Kalau banjir lagi best. Bila tanya anak my mother-in-law (my hubby daa..) katanya the taste is up to his mom’s standard dah! Ecece..betul ke?


Dan ini pulak, tumis sardin. Kalau dah mati kutu tak tau nak makan apa sardin adalah the best. Laju jer makan ngan nasik panas2. Seriyes..cuba try test. Sebab tu kat rumah mesti ada stock sardin sokmo.



Thursday, October 8, 2009

g.l.a.m


latest - gambar tok ti. gorgeous.

Sekarang me addicted to majalah GLAM. Korang pernah baca tak majalah ni? Rasanya sebelum ni me pernah baca tapi lepas tu jarang plak nampak kat kedai buku so langsung lupa pasal this mag.

Bulan puasa hari tu, kalau tak silap hari pertama puasa me berbuka di JM Bariani, Bangi. Ada buffet. Sementara tunggu waktu berbuka, ada macam2 majalah terhidang. Terus capai majalah glam ni belek2. Dlm banyak2 mag in BM, rasanya mag ni contents nya lain dari yg lain, tu buat ku rasa harus own it every month. Terus jatuh chenta..

Selang beberapa hari je, me berusaha dapatkan the latest edition..jenuh gak lah carik sebab kebanyakan kedai sold out..(no wonder la me jarang nampak kat kedai sbb cepat habis rupanya)

Bagi mengelakkan kekecewaan, me terus roger kakak ipar yg kerja kat kinokuniya suruh dia tolong reserve kan satu for me every month. Yang bulan ni pun dah dapat..tak habis baca lagi. Tapi dah tak risau sebab mag tu dah ada..anytime je tunggu me khatam kan.

Rasa-rasa kan membazir ke beli mag? Hobby mar..(now I dah berjaya to slash down dari membeli mana2 mag yg tak berkenaan, just beli yg informative dan contents best sajork)




Try luck hantar contest.. :)

random pics..

some random pics masa pergi open haus rumah mak ni last weekend..

aunty sharaf yg cun wit umair yg baru lepas bojeng..baru nampak mcm boy!

aunty iffah yg gorjes wit umair

nayli yg bergaya dgn big pink earing

eh..that's me! u r in candid camera :)

Lepas umah mak ani we all went to ampang. Pastu ada lagi open haus kat bangi and semenyih, tapi dah pancit dan kiddos pun dah penat then terus balik umah. Sorry banyak2 to emma & k.dayang! Insyallah next time kita jumpa.

Me ingat lagi few years back pernah buat open haus..penat gilos u! Dari pagi sampai petang melayan tetamu. But fun!! dapat jumpa kawan2. Tahun tu je buat, lepas2 tu rumahku sentiasa open, kalau ada tetamu nak datang baru masak or order apa2 yg patut...
InsyaAllah tahun2 yg akan datang ada kudrat dan kesempatan boleh lah buat lagi..

Kalau tak silap this year kitaorang akan jadi tuan rumah potluck raya for my husband's geng (geng bola gong kapas or lebih tepat lagi his bff) Haa.. daddy pls confirm a.s.a.p.
Kalau jadi kena gak buat preparation kan, walaupun utk small gathering jer. Coming monday my opis pun buat potluck raya..me buat dessert jer tp tak tau nak buat dessert apa. Biasalah kalau tak last minute tak leh decide.. :)


Tuesday, October 6, 2009

bersantai dihari raya...

:
:
dah lupa pada hari raya ke berapa..

Saje bawak my bonda keluar makan. Sekali sekala time anak2 balik seronok lah mak dapat bersantai bersama cucus. (kalau lah arwah ayah masih ada…) Masa ni my big brother dah balik KL. Tinggal my family dan Mikail jer..

Pusing2 bandar KT cari tempat nak makan. Eh! dah banyak jalan kat bandar ni berubah..banyak dah jd one way street. Sempat jugak we all jalan2 kat Syahbandar sekejap ambik angin pantai. Mula2 ingat nak ke restoran terapung kat tepi pasar payang tu tp tutup lagi..masih beraya. Lastly makan kat Secret Recipe jer. Tu pun mak aih..ramainya orang. Most of them nampak gaya macam kitaorang jugak, keluar makan with family...
Happy hour..snap2 photo (click-click) :)



As usual, dua budak ni..sibuk jer enter frame bila orang nak bergambar. Dan sibuk nak jadi tukang ambik gambar. Dah boleh harap, kalau tak de orang nak snap kan gambar suruh jer umair or nayli. Kadang tu umair snapkan gambar tak de kepala..haha.. (camera kecik boleh lah..itu kalu mommynya ada DSLR tak de la nak bagi dorang ni ambik..ish verangan nak dslr plak! ^ ^ )

Gambar atas tu mak tak pakai spek..tetiba pakai spek plak. Sebenarnya mak sibuk tengok hasil gambar yg disnapkan oleh umair dan nayli so kena pakai spek..baru clear. Nayli suka kacau tok wan..dia tanya tok wan kenapa kulit tok wan dah kedut-kedut. My mom tergelak..cakap tok wan dah tua..ada saje yg dia nak tanya. Sib baik kat mak sendiri..kalau tak saje2 kena..isshhh anak sapa la ni?.sape yg malu? Mommy jugak! Hhuhuh.. curious girl.

On another notes...
This is my anak buah, Mikail Takeshi..anak sulung my big bro, abang kepada Alisya, the cubby girl..hiks. (habislah achik kena marah bila alisya besar baca belog ni..asyik kata alisya chubby jer!)
Nickname, mik.. (hiks..mik jgn mare ek..achik story pasal mik skit kat sini)
Besok nak sit for PMR, same to his cousin hairi..good luck yo! (Semalam tok wan dah pergi hantar air semayang hajat kan ! - salah satu cara berikhtiar selain usaha dan tawakkal padaNya) Oh..mik ni sekolah asrama kat Setiu (bestari school) Tak jauh dari my kampung. My bro nak anak dia jd kampung boy..see sekarang dah fasih cakap orang setiu. Kalau dulu terpinga2 dia dengar sepupu or pakcik2 bersembang cakap ganu, tapi sekarang ni dia dah terer tak leh kelentong, cakap mcam orang tua..

Kalau dulu dia panggil my bonda ‘oba-chan’ ikut stail jepun tp since dah duduk ngan tok wan, oba-chan dah hilang, panggil tok wan jugak. Walaupun duduk study kat kampung, tapi very stylo pak cik ni..nak t-shirt all the way from topman jer! His mommy supplykan buku fashion jepun for him tau. I pun terjebak membelek buku fashion tu..hiks. Mik & Hairi..jawab exam elok-elok! Baca Bismillah banyak2…

Cari punya cari..jumpa gak gambar Hairi...(tp pejam mata la plak)
Ok la dr tak dak. Achiknya kena la fair & square kan.. tempek dua-dua gambar calon PMR esok..selamat berjaya!

Tension!..apakata update blog sekejap.

:
:
Hari ni me tertinggal handphone kat rumah. Dah lah petang ni nak pi open haus. Kena paksa-rela dek bos utk menghadirkan diri ke undangan 'open house' yg dihoskan oleh satu Reinsurance company..nanti kalau tak pi kena cop anti-sosial plak :)

Tetiba baru sat-sat ni ada orang called. Dari corong telefon opis kedengaran suara lelaki yg macam ku kenal..eh best nyer sora mamat ni! Hak.kakaka ^-^ tak kusangka, suara suami ku rupanya! (maklumlah selalu call hp jer) Dah..dah..nanti kalu dia baca belog ni, abis. (kadang-kadang dia rajin gak baca tp lelama baru masuk sekali hiks!) Nasib baik dia dah call (tak payah me call dia), so janji terus to fetch me @ 6pm kat Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara.



You all dah dapat ker catalog ikea yang baru? Me dah dapat last week. Berhari2 me duk study dan verangan ngan catalog tu hahaha..
Teringat one of my old fren yg duk nun jauh di pantai timur, yg pesan kat the other kawan ambik kan latest catalog ikea ni satu utk dia sebab dia nak buat ‘koyal’ malam2. Me terbahak2 ketawa bila baca pengakuan dia..maknanyer bukan me sorang lah suka verangan sambil belek catalog ikea. Me still simpan catalog ikea yg lama2 tau..suka!

Wee!!…this is budak chubby..



Alisya Nur Kyoko with Nayli Yasmin. Sweet jer pakai baju kurung. Both kain alisya and nayli yg me bought kat Bandung. Regret me tak beli banyak. Speaking pasal Bandung, teringat pulak mangsa2 gempa bumi yg dasyat kat Padang. Kesian kan. Me pun ada gak plan nak ke Padang next year tp with the recent incident dan sedikit huha kat Indonesia, rasanya simpan dulu lah hasrat tu. Cuti2 malaysia saja..teringin nak pi penang & stay hard rock penang yg baru buka tu. What say u?! Jom…

Balik kampung sesekali, happy sungguh si alisya ni. Agaknya this is the time dia rasa very freedom, berlari ke-sana ke-mari. Wee!!!.. tu lah bunyi yg selalu keluar dari mulut si kecik yg chubby ni. Happy sangat la tu. Dia nak bercakap tapi dlm bahasa jerman, jepun, english, malay dia lah…nayli selalu tanya “mommy, alisya cakap apa tu?” tak faham tapi suka tengok keletah dia. Compared dengan abangnya si mikhael masa kecik, this girl is very hyper-active. ^-^

Me suka cubit pipi dia… geram weh! Sangat penakut dgn bunyi mercun. Malam raya dia meraung satu kampung boleh dengar sebab takut mercun.

Actually banyak lagi photo dia tapi me tak rajin nak upload :)


This is a pre-set entry.

Additional note @ 1.22 pm today: Me currently sangat stress ngan kerja yg melambak2..waaa!.

Thursday, October 1, 2009

Assalamualaikum…

Ada orang ke tak ni??? Dah lama tak terusik blog ni..

Masih tak terlambat kan nak ucapkan salam aidilfitri utk semua sedara-mara, sahabat-taulan and to all buddies yg baca blog ni.

Weekend dlm bulan syawal ni mesti penuh dgn agenda open house kan! Wah..asyik makan sajo. Elok2 badan dah turun skit masa bulan puasa dah naik balik..hiks..

Me tak buat open house tapi my house sentiasa terbuka untuk datang beraya. Sila..sila..

Ada photo raya skit to share here. Cilok gambar from FB ^ ^

Mula2 tengok gambar budak 2 orang ni dgn cuppies raya. Too cute to eat la..me order from cousin sista -elle cuppies-

With bonda & nayli..hii..mukaku dah berkilat2 .. rayanyer dia..

with umair, ada yg tak kena tu..muka monyok jer..

shocking-pink or orang ganu panggil pink 'cela' - tema tahun ni. Tapi nayli tak berapa nak 'cela' la..eh ada sorang pakai purple tu sape..anak buah, azim...family azim pilih purple tahun ni.

pose from my anak bujang. Semalam dah kena paksa gunting rambut..semua duk kata dia mcm pompuan..hehe tak leh jadi ni..
susah betul nak gunting rambut, kena pujuk macam2.

last but not least pose dari minah kecik ni..


Nak cite skit ‘kronologi’ raya saya..huhu..biar pun dah basi.

Raya tahun ni kira panjang jugak bercuti..tapi kalau dapat stay longer kat kampung lg best.
Before raya hari khamis I dah start cuti. Pagi2 lepas sahur gerak balik ganu..(tp malam sebelum balik sempat lagi keluar shopping kat sunway, very the last minit one..cari something utk mak mertuaku ^ ^ )

Hari pertama di kg buka puasa kat my in-law's house. Seronok sangat even tak semua family members berkumpul lagi..tapi berbuka dlm suasana yg berbeza, tu yg make me happy. Next day, Jumaat baru balik rumah my bonda (dlm 40-45 min drive from rumah mak mertua).

This year, my family tak cukup korum..3 of my siblings beraya diperantauan (hee.. sabar yer bro!). Kalau tak lagi best dan kecoh dgn anak buah yg dah makin membesar tu..
Selalunya my mom masak special skit, maklumlah bukan sokmo dapat berkumpul anak beranak. On that day yg special ada ikan, sotong & udang bakar utk berbuka puasa walla!! Dan special task was given to my hubby and sister-in-law..hiks jadi tukang bakar. I buat tasks indoor jer..

Dah rutin every year, last day buka puasa selalunya kat my kampung then malam skit tolak balik rumah mertua. Pagi raya pertama beraya sebelah my hubby dulu, then petang baru balik beraya ngan my family pulak. Gitu lah sokmo kitaorang..pi mai..pi mai..

Dipagi raya, mak mertua masak nasi impit kuah kacang yg sangat tiptop sehingga menjilat jari (seriyes).
Lepas siapkan kiddos yg super excited dan bermacam2 ragam tu, tunggu semua balik sembahyang raya utk mulakan sesi ambik gambo dan bersalam-salaman. The kiddos, jgn cakap lah..ada yg moody, ada yg tak nak salam..adoi pening kepala den. Tu baru 3 orang budak kecik tapi havoc.. Tahun depan insyallah ada kot family member belah hubby ni bertambah..kita tengok lah nanti..

Then we all akan keluar beraya ngan makcik-pakcik belah hubby, habis round semua barulah bertolak balik my kampung. Kat rumah my mom, as usual me jadi tukang buat air utk tetamu..dan my japanese sis-in-law ambik alih jd tukang basuh pinggan mangkuk. Dia pun cakap tu jer yg dia boleh tolong, nak masak2 tu out! Hiks..sama mcm adik ipar dia ni..tolong potong sayur, bawang tu boleh lah..masak2 mak jugak yg kena buat. Heh..bila nak belajar masak ni? (mak…kitaorang boleh masak tp nanti tak sesedap yg mak masak lor)

2nd day raya malam tu balik rumah hubby plak..macam biasa raya ke-3 my mertua buat open house (rasanya selama me kawin memang buat raya ke-3 without fail lah org kata..). Masa ni dapat jumpa semua sedara-mara yg jauh dan dekat. Huh..puas me makan nasi dagang dan laksa kuah putih.

3rd, 4th, 5th syawal….raya dan raya..sakan.

Pejam celik – pejam celik…cuti raya dah over..time to go back to KL plak.. huhu sedih. We all bertolak balik KL pagi2 buta on Sunday (8 syawal) nak elakkan traffic jam. By 10.30 pagi we all dah sampai KL. Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik.

Masuk je KL, my kiddos tuntut janji..janji manis dari daddynya..huhu.
Demi anak, walaupun daddy tak berapa sihat sanggup lah pegi beli 2 ekor hamster utk nayli ngan umair. Haa..sekarang depa happy duk jaga ‘baby’ baru tu yg diberi nama ola dan oli (nayli yg pilih). Actually depa mintak nak bela kucing, tp I tak kasi..mana boleh! Kalau my casa tu besar maybe boleh consider..yg hamster ni pun dah berkali2 mintak baru I bagi tapi bersyarat. Syarat tu pun me imposed to bapaknya sekali (kira daddy lah yg akan bertanggungjawab keatas hamster itu) hehehe…

Ok then nanti me berceloteh lagi kay!


Foot note: To kuna, kalau baca entry ni..sorry dok dang nok gi raya ur house..jumpa lain kali ek!!

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker